Sakit itu kafarrah dosa…

Assalamualaikum…

entry kali nie..naim nukilkan dalam keadaan yang kurang stabil..kurang stabil bukan bermaksud dari segi mental atau kewarasan..tetapi dari aspek fizikal yang telah naim alami sejak beberapa hari yang lalu…

Tiadalah bencana atau segala kesakitan melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita untuk kembali mengingatinya, kembali ke jalannya, dan bermuhasabah diri kita..

Kesakitan seluruh badan ini mungkin berpunca dari naim sendiri yang kurang menitik beratkan kesihatan badan..tidurnya lewat,makan pun tak jaga dan naim bersyukur kerana masih bernafas lagi di dunia nie,pada mulanya naim cuma mengalami selsema yang agak biasa tapi lama kelamaan seluruh badan terasa bisa…pada hari jumaat yg lepas naim hampir tak dapat bngun dari katil. keseimbangan menjadi celaru,deria rasa,bau dan sentuhan menjadi kabur.. masa tue naim hanya ingat mungkin dah tiba masanya…dalam zikir terasa bagai nyawa sudah sampai ke pengakhiran..

Allah berfirman dalam Surah Asy-Syura ayat 30.

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah dari tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.”

Alhamdulillah…ajal masih belum sampai…ketika terdengar azan solat jumaat,naim rasa bagaikan ada tenaga yang mengerakkan naim untuk bangun bergerak ke masjid… walaupun terpaksa menahan kesakitan..tapi mengenangkan besarnya rahmat Allah yang ada di masjid..naim melangkah jua..

Alhamdulillah.. hari nie naim beransur pulih..walaupun batuk2,lidah terasa tawar(makan apa pun tak da rasa…) pening2..tapi masih boleh bergerak kerja dengan exco2 pendidik yang lain untuk hari sukan…

Disini point naim,marilah kita sama2 bermuhasabah diri kita… kita manusia adalah lemah..dengan senang sahaja jika Allah mahu..nyawa kita boleh diambil sangat rapuh..jadi kita hidup atas nikmah rahmat-Nya.. macm mana kita hendak membalas nikmat rahmat itu..marilah kita sentiasa mengingatinya.. janganlah kita sesekali bongkak dan takabbur..

Kita yang membuat bencana dan sakit, tetapi Allah ampunkan dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.Maksudnya :-
Allah SWT sangat sayang kepada kita.
Bukankah kita selalu mendengar: sakit itu kafarrah dosa?
Mari kita bermuhasabah diri kita.
Sakit itu satu nikmat, jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia.
p/s: hari jumaat tu ada 2 kelas….jadi paham2 la..dapat MC… :)
About these ads

1 Comment (+add yours?)

  1. MIMIE
    Aug 09, 2010 @ 16:07:18

    Betul tu naim…setiap orang ada je sakit2 die..cara nak ubati hati kite,kite pk ada ramai lg org sakit yg lebih teruk dari kita and Allah akan ampunkan dosa kita dgn sakit yg Dia bg tu..papepon..aku doakan ko cepat sembuh..insyaALLAH..T.CARE!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: