implikasi penggunaan kalimah Allah….

Pada malam ini aku mendapat suatu ilmu yg sangat berguna untuk di kongsikan…

kita selalu di kelirukan dengan sesuatu isu..dan sekarang nah,isu berkenaan dengan penggunaan Kalimah Allah oleh Gereja Katholik dalam penerbitan diorang….Apabila timbulnya hal sebegini kita selalunya melatah dah terus mengikut emosi dan sensitiviti kita,tanpa menimbang dengan ilmu dan melihat kembali ayat2 Allah dalam Kitab al-Furqannya yg kita baca setiap hari..dan hadis2 nabi yg di jamin jika kita mengikutnya takkan sesat selamanya..namun kita tidak…ingatkah kita dengan perjanjian hudaibiah, yg dulunya di katakan buyers,berat sebelah dan merugikan islam..namun kerana pemikiran genius dan jauh melampaui pandangan manusia lain,nabi kita Muhammad S.A.W menandatangani perjanjian tersebut walaupun ada tentangan…namun lihat lah hasilnya,pertambahan yg memeluk islam pada masa itu bertambah dari tahun2 sebelumnya…kenapa…?? dalam perjanjian tersebut peperangan tidak boleh berlaku dalam 10 tahun,jadi dialog dan dakwah islam tersebar secara licin dan lancar..lihatlah sekarang bumi Mekah 100% Bumi islam…samalah dengan apa yg berlaku sekarang..akibat daripada isu yg sebegini telah terbentuk banyak dialog2 antara agama dari sebelumnya….kalo nak di ikutkan takut terpengaruh akan kalimah Allah yg digunakan dalam bible itu..kenapa baru sekarang di utarakan..setahu saya penggunaan nama Allah telah di gunakan dan di edarkan sejak zaman james brook di sarawak pada zaman dahulu lagi…namun saya tak mengelak sentimen emosi..sensitif.. kita masyarakat islam apabila ada yg bukan islam hendak menggunakan nama Allah,saya pun sensitif kerana sentimen ini yg menjadikan kita manusia..namun jika kita rujuk kembali Al-Quran..

Allah berfirman maksudnya, Dan jika engkau bertanya kepada mereka,siapakah yg mencipta mereka,nescaya mereka akan menjawab,Allah..jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)..Az-Zukhruf 43: ayat 87.

Mereka mengetahui Allah..tapi tidak kenal..disini lah kita memainkan peranan untuk berdakwah…kita harus berfikiran terbuka..mereka hendak menggunakan nama Allah ok tak pa..kita dakwahkan pula siapa Allah itu sebenarnya..bukan dengan cara membakar gereja atau provokasi yg negetif yg sekaligus memburukkan imej islam di mata masyarakat…disini saya ingin tekankan..kita membenarkan tapi bukan meredhai..ingat sekali lagi…kita membenarkan bukan meredhai..jika hendak membincangkan tentang Allah yg di sebut di dalam surah Al-ihklas..silakan..namun jika Allah dalam konsep trinity sory,itu kamu punya hal…kita mungkin membenarkan…namun bukan sekali-kali meredhai….keadaan kita sekarang ini telah terang di ceritakan oleh Nabi kita,iaitu

pada akhir zaman kamu bagaikan seketul daging yg dikerumuni oleh musuh2 mu..sahabat bertanya adakat kita sedikit pada hari tu? nabi menjawab, tidak bahkan kamu sangat ramai..namun kamu bagaikan buih2 dilautan..kerana Allah telah mencabut perasaan gerun musuh2 kamu terhadapm kamu dan melemparkan kepada kamu penyakit wahan..sahabat bertanya apakah penyakit wahan itu ya Rasullullah? Rasul menjawab cintakan dunia…takutkan mati…(riwayat abu daud).

Sekali kita di cucuk oleh musuh2 Islam,kita dah mula gelabah..try kita buat cool ja..mesti diorang berfikir kembali..dan ada Paderi2 kristian yg mencadangkan supaya di tarik balik permohonan penggunaan kalimah Allah itu,kerana takut semakin ramai yg kenal Siapa Allah sebenarnya…mari renung-renungkan…Cuba kita fikirkan kembali,kalau kita takut disebabkan hal ini ramai owang islam yg akan keliru dan murtad..adakah sebelum muncul isu ini tak ramai umat islam yg murtad..sedangkan di barat bilangan penganut kritian yg masuk islam semakin meningkat dan Islam adalah agama yg paling cepat berkembang di sana..bahkan ada paderi2 yg memeluk islam..ini menunjukan jika islam itu dihayati sebetulnya..dan di sana banyak dialog2 antara agama yg di jalankan..bahkan jika mengkaji bible sekalipun pasti akan menuju kepada agama yg satu iaitu Islam,namun di Malaysia tak banyak dialog2 sepeti ini yg di jalankan..kalo ada di surau2 tentang perkara2 taharah pun masih di bincang lagi..yg mendengar tue pakcik makcik yg dah umur 50-60 tahun,apa salahnya kalo diadakan dialog sebegini di sana…

itulah yg berlaku kepada penganut kristian disana yg betul2 menghayati dengan hati yg akhirnya membawa kepada Islam…selalunya orang yg murtad itu tidak tahu pun isi kandungan dan ayat2 dalam bible..mahupun murtad di sebabkan dakwah pihak kristian..tetapi akibat kecewa hajat tak dimakbulkan..tekanan..penceraian..ikut kekasih..dan lain2 lagi..senang cter masuk kristian..seharusnya kita sebagai seorang islam lebih mengutamakan dan memperbanyakkan dakwah..tak kiralah kita ustaz,ustazah,doktor,engineer,dan sesiapa saja yg mengucap lailahaillallah,dakwah perlu kepada yg islam mahupun yg bukan islam..memberi kefahaman kepada siapa saja apa itu islam..melalui dialog2 antara agama..melalui perbincangan dengan kawan2 yg non-muslim secara berhikmah agar mereka mengerti konsep akidah Islam itu sebenarnya…kita sebagai ummat islam,ummat yg terbaik perlu bersatu menghadapi akhir zaman ini…wallahua’lam..

sebarang komen dan kritikan sila utarakan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: