Terasa bagai terhimpit…dan semakin dihimpit…

Dengan tidak semena2 minggu ini aku tidak mampu duduk senang..ada saja kerja yg perlu dilakukan…semuanya bermain di kepala..bermula dari 13 haribulan hingga ke hari nie,22 haribulan januari 2010..aku bagaikan robot..he2. Lalu Mengeluh la sana-sini..owang kata kalo mengeluh satu kali..tua satu hari..aku pun buat lawak bodo,kalo mengeluh 360 kali maknanya boleh tua satu tahun la ea…haha..ketika kelas PBT (Persamaan Beza Terbitan),soalan yg di berikan menyebabkan ramai yg mengeluh..lecture bagi tahu supaya jangan mengeluh ataupun merungut..kerana di sebalik itu semua ada hikmahnya dan ganjarannya..dan kelas PBT masa tue jadi kelas penglipur lara lecture..lama sudah aku merindui kepada swang cikgu yg menyelitkan nilai murni dan pengajaran dalam kelas,kerana selalunya disini dah tiada lagi “guru kelas” semua “guru kuliah” dua terma berbeza..baru kini aku dapati…
itulah hakikatnya penghidupan di Universiti..tak sama lagi macam sekolah menengah mahupun sekolah rendah dahulu…barulah kita tahu betapa kita rindui zaman2 kita dimarahi atas kesalahan,di puji atas kejayaan,di rotan,di leteri,dibelai,diberi soalan latih tubi..di ajak datang kelas tambahan,di tanya mengapa tak datang kelas,diberi nasihat,di didik, di asuh,di tatang…yg dahulunya kita rasakan tak penting..kini menjadi kenang-kenangan terindah…jika di beri pilihan ingin aku lalui sekali lagi zaman sekolah dahulu..tapi..masa itu telah jauh pergi..tiada satu kenderaan pun yg mampu membawa ku kembali…nasihatku kepada pelajar yg masih bersekolah rendah dan menengah yg membaca tulisan ini…hargailah masa kalian di sanahargai guru,belajar sungguh-sungguh..kerana apabila kalian telah berada di tempat saya sekarang…baru kalian tahu betapa tidak ternilai kasih sayang yg tidak terucap itu….dan jangan lah kalian lupa..akan jasa guru2 kalian dahulu…
tanpa mereka saya takkan sampai ke Universiti Kebangsaan Malaysia ini… dan apabila anda menjejak sahaja kaki di tempat yg selalunya di dambakan dengan kemegahan title Menara Gading..jangan lengah untuk mendaki menara itu…kalo sekali kalian terpesona,dgn keindahan di tengah pendakian..Gading yg di kejar itu..mana mungkin dapat di gapai..seperti saya sekarang..ketabahan dan kesabaran serta ketaqwaan kepada ilahi perlu disemai, bagi menghadapi hari esok..kerana ianya sentiasa rahsia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: