Jumaat yg terkesan..

Khutbah Jumaat pada hari ini sangat memberi kesan kesedaran pada diri ini dan insyaAllah kepada sekalian jemaah yg hadir di masjid UKM sebentar tadi. Isu yg di bincangkan kalau sekali imbasan adalah perkara yg biasa pada kita setiap hari. Namun jika di hayati isi khutbah jumaat hari ini baru kita faham akan kesiriusan yg menimpa umat islam di Malaysia pada ketika ini.Masalah sosial,ianya telah acap kali di perbincangkan,tidak kira di mana pun,forum,perbincangan, perdebatan, perbentangan kertas kerja,surau2 dan masjid2.

Namun sejauh manakah kesedaran kita terhadap perkara ini?. Khatib memberi khutbah dengan penuh penegasan,tanda serius dan masuk ke dalam hati,sehinggakan sekarang saya menukis di ruangan ini.Antara perkara yg dapat saya rakam ialah,Ibu bapa yg membiar dan merestui pula anak2 mereka  dalam hal hiburan.Nah memang telah terbukti di depan mata dan boleh di lihat setiap hari di TV ,mahupun di sekitar. Khatib Mengambil Contoh rancangan realiti kanak-kanak yaitu “Idola Kecil” bagi sesiapa yg pernah atau mengikuti rancangan tersebut anda akan lebih mengetahui akan tatacara pemakaian kanak-kanak yg menyertai rancangan tersebut.Cuba fikirkan,jika sejak kecil kanak-kanak yg tidak bersalah ini di biarkan terus sebegitu rupa,apakah nanti nasib mereka ketika dewasa.Hal berpakaian yg dianggap kecil ini lah yg bakal menimbulkan masalah yg lebih besar di masa hadapan kelak. Hasilnya dapat kita ambil lihat kepada artis-artis dewasa yg ada sekarang.tanpa perlu banyak bercerita apa akibat dan kesannya.anda lihat, anda fikir, anda ambil tindakan,terhadap diri dan keluarga anda untuk mengelak bala azab Allah daripada menimpa.

Sahabat,sesungguhnya diri ini menyeru diri Hamba Allah yg hina ini dan sahabat-sahabat sekalian marilah kita merenung sejenak apabila Kalimah Allah yg kita sungguh-sungguh pertahankan takut tercemar kesuciannya,tapi malangnya adakah kita sendiri betul-betul menjaga kesucian tersebut,malangnya ketika malam sambutan tahun baru yg lepas dengan ramainya anak gadis yg bersosial dengan tanpa batas dan adab pergaulan pada malam tersebut dengan sewenang-wenangnya,apakah yg kita lakukan untuk perkara ini. yg manakah lebih penting? mengelabah ketika ada yg hendak menggunakan nama Allah atau Berjuang bagi mengelak kehancuran pemuda-pemudi kerana akhlak yg tidak terdidik dan akidah yg tidak mantap.Di sana Khatib menegaskan kepada institusi kekeluargaan iaitu ibu bapa perlu memainkan peranan yg genting dan jitu,mendidik dengan Iman kepada anak-anak mereka.

Cuba bayangkan jika setiap keluarga memainkan peranan dalam hal ini,perkara yg tidak diingini seperti ini pasti berkurang,tidak ketinggalan juga pihak pemerintah (Islam),jangan lah di anggap Hukum HUdud itu sebagai satu polimik POLITIK,kerana itu lah tuntutan Pencipta alam ini Allah S.W.T,sebagai jurutera manusia yang mengetahui apa yg terbaik bagi makhluk ciptaannya.Jika menggunakan hukum manusia yg bercampur dengan nafsu,akibatnya sangat buruk. Rasullullah S.A.W juga pernah bersabda,

“Akan datang suatu masa apabila perkara yang mungkar itu di anggap makruf dan perkara makruf itu dianggap mungkar.”

Perkara yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad lebih seribu tahun yg lalu telah pun terlihat hari ini.oleh kerana itu,

Allah melemparkan penyakit wahan(cintakan dunia dan takutkan mati ) kedalam hati orang2 mukmin dan mencabut perasaan gerun musuh terhadap kita. (riwayat abu daud)

Marilah kita kembali.Fikirkan apabila datangnya hari dimana harta,pangkat,anak-pinak tidak memberi apa-apa faedah apabila bertemu denganNya kecuali orang-orang yang mempunyai hati yang tenang……

Betulkan jika terdapat kesalahan pada penggunaan dalil2 di atas.segala yg baik itu datangnya dari allah dan yang Cacat itu datang dari diri Hamba Allah,yang hina ini. wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: