Lemahnya Aku Ya Allah..

Hari nie dirasakan terlalu malas otakku untuk berfikir,entah mengapa. Telah ada beberapa program yg ingin aku lakukan tuk hari ini,namun ada saja yg tak terbuat. NAim2..mengeluh lagi…

selepas sahaja kelas Pengurusan Persatuan Pagi tadi,perutku terus saja terasa lapar.Tanpa berlengah lagi Terus la aku dgn Ego ku ke Za’ba.walaupun naim tggal di KHTO,selalunya makan di Za’ba..Pasal kolej nie insya Allah akan di ceritakan kemudian..he2..

Setelah selesai makan harap2 dapat la naim dengan penuh semangat melakukan aktiviti tuk hari ini.Terus balik kolej tuk buat persediaan..sesampai saja di bilik.setengah jam lagi dah nak masuk zohor,naim ambik masa tuk lelapkan mata nie sekejap.Dengan jam telah disetkan tuk kejutkan naim agar tak terlepas waktu afdalnya..

Dan cuba teka apa yg terjadi…bukan main khusuk lelap sampai la tertidur. maka zohor pun dekat2 kul 3 jugak la (Aik pasang jam loceng pun tak jalan jugak,bahaya ni).. astaghafirullahhalazim.Kesannya Stay dan buat kerja kat bilik ja la..walaupun niat asalnya nak pergi PTSL. hati dan perasaan dah lemah untuk meneruskan apa yg di rancang.malas semakin menguasai diri. Untuk makluman tidur sebelum zohor adalah baik dan nabi pun tidur jugak waktu2 macam nie.sebab dapat refreshkan otak kita untuk meneruskan kerja.

bahkan ada kajian yg di buat oleh saintis di jepun kepada sebuah syarikat industri yg pekerjanya di galakkan tidur di waktu tersebut dapat menghasilkan pengeluaran produk yg lebih berkualiti dan banyak berbanding syarikat lain. kajian ini telah di lakukan pemerhatian selama 25 tahun.

Masalah naim lain pulak,ialah bila dah malam tdo lewat pukul 2 atau 3 pagi memang esoknya cari bantal la nak tidur.. namun diingatkan juga ada yang berpendapat daripada buku Tibb Al-Nabawiy(Perubatan Kaedah Nabi) English edition:

Aisha R.A mengatakan bahawa sesiapa yang tidur lewat petang akan menyebabkan dirinya kurang waras – dia hanya boleh menyalahi dirinya sendiri kerana perkara tu.kitab juga menyebut bahawa tidur di siang hari tidak elok kecuali pada ‘mid-day heat’ (sebelum zohor)selepas di translate.

Kitab juga ada melarang orang tidur selepas Subuh sehingga terbitnya matahari. (alamakkkkkkkkkkk )

Wallahu’alam.

1 Comment (+add yours?)

  1. Trackback: Senyum PADA masalah ;-) « ~JuStNaim~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: