Sekitar pilihan Raya….

Salam PRK…

Setakat ini berita yang baru di terima Pro-Mahasiswa (Pro-M)Universiti Putra Malaysia (UPM) hanya menang 11 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kampus (PRK) kali ini.

Proses pengundian yang berlangsung semalam menyaksikan calon Pro-M menang di empat fakulti iaitu Fakulti Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Ekologi Manusia dan Sains manakala tujuh kerusi umum.
Keputusan diumumkan kira-kira 7.15 petang semalam di Kolej Kediaman Ke-3 UPM.

Peratus mahasiswa keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus dan tempoh mengundi yang sepatutnya tamat pada jam lima petang dilanjutkan sejam sehingga 6 petang bagi memberi laluan kepada mahasiswa yang sedang menghadapi ujian pertama bagi penggal ini.

Kebanyakan calon yang bertanding ialah muka-muka baru iaitu pelajar tahun pertama. Justeru, mereka masih mempunyai banyak masa dan peluang untuk menyertai PRK akan datang. kata Pengerusi Pro-M UPM, Ahmad Faris Rakbi.

Setakat ini, empat kampus termasuk UPM selesai menjalani PRK iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Islam Antabangsa (UIA).
Ketiga-tiga kampus berkenaan dimenangi oleh Pro-M.

Pada keesokkannya tiba pula giliran adalah pilihan raya untuk  Universiti Kebangsaan Malaysia. Di harapkan proses pengundian pada esok hari berjalan lancar dan di harapkan juga kemenangan yang Allah berikan kepada pihak yang sepatutnya menang. Agar nasib mahasiswa terbela kelak…salam nukilan, salam perpaduan, salam,pilihan raya.

Undi Calon Mahasiswa…Calon Pilihan Semua..

Calon Umum Tahun 1 Dan 2 (Layak diundi oleh tahun 1 & 2 sahaja)

CALON NO. 3 : Mohd Nazri Bin Mohd Tahir

CALON NO. 6 : Siti Zaharah Binti Ramli

CALON NO. 7 : Mohd Fariq Fitri Mohd Saleh

CALON NO.8 : Mohd Hafiz Bin Abdul Razak

CALON NO.10 : Muslimah Binti Marsi

CALON NO.11 : Muhammad Hilmi Bin Ramli

Calon Umum Tahun 3 Dan 4 (Layak diundi oleh tahun 3 & 4 sahaja)

CALON NO. 2 : Muhammad Syafiq Bin A Aziz

CALON NO.3 : Muhammad Faiz Bin Ismail

CALON NO.5 : Nabilah Binti Mohamad Maiyidin

CALON NO.6 : Alia Suzana Binti Asri

CALON NO.9 : Rabunah Binti Ahmad

Calon Fakulti (F.Pend)

Fakulti Pendidikan

Tahun1&2
CALON NO.2 : Wan Ahmad Fahmi


Tahun3&4
CALON NO.1 : Khairul Anuar Bin Mat Lazim

segala gambar dan calon2 pilihan raya adalah kredit dari GMUKM.blogspot.com.. copyrigth reserve..(entah betul ke tak ni ejaan)..salam mengundi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: