Asemen Group..techno..

04 februari 2010

FASA PERTAMA-ANALISIS

NAMA AHLI KUMPULAN

Siti Zakirah Binti Yussof                                                  A123886

Khairol Naim b Abd Rahman Dairi                             A124717

ITEM TINDAKBALAS
Tajuk Projek Sujud Cinta Seorang Hamba
Objektif
  • Untuk mendedahkan penonton (mahasiswa/siswi) tentang dilemma hidup berpasangan semasa di alam universiti.
  • Untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan membuat keputusan yang tepat,khususnya yang melibatkan tentang masa depan seseorang.
  • Untuk menunjukkan kepentingan dalam menilai masa depan.
  • Untuk menonjolkan kasih sayang yang sememangnya wujud dan dikurniakan oleh Ilahi pada setiap insan.
Persoalan
  • Membangkitkan tentang perasaan kasih dan sayang terhadap diri dan orang lain.
  • Kekeliruan dalam membuat pilihan antara mengejar cita-cita ataupun cinta.
  • Mempersoalkan tentang tanggungjawab terhadap diri,orang lain dan tuntutan agama.
  • Tentang mebuat keputusan dan penilaian terhadap kesan keputusan yang telah dibuat.
Penyelesaian Masalah Kisah ini membangkitkan banyak persoalan seperti yang telah dinyatakan di atas. Oleh itu, kami telah merancang untuk menghasilkan satu tayangan video yang melibatkan teks,rakaman video,audio,animasi,gambar, dan grafik bagi memudahkan dan memastikan mesej serta objektif projek ini berjaya disampaikan kepada penonton.
Sasaran penonton Mahasiswa/siswi tahun 1-4, terutamanya pelajar tahun 1 yang baru menjejakkan kaki ke alam universiti.

RINGKASAN

Projek multimedia ini adalah tentang kisah dilema kehidupan berpasangan atau tajuknya ‘Sujud Cinta Seorang Hamba’. Projek ini akan memperlihatkan tentang seorang mahasiswa dan mahasisiwi yang telah mengalami satu alam percintaan ketika di awal semester. Tetapi disebabkan kami ingin menonjolkan sedikit pengajaran dan ketanggungjawaban yang mesti wujud dalam diri setiap mahasiswa/siswi, kami telah membuat satu proses di mana percintaan mereka terpaksa diputuskan walaupun kasih sayang mereka masih berbaki. Ini berlaku untuk menunjukkan mereka masih perlu berfikir tentang masa depan dan komitmen yang lagi penting. Oleh itu, mereka terpaksa mengorbankan perasaan masing-masing. Namun, pergorbanan tersebut telah membawa mereka kepada sebuah kejayaan yang amat bermakna. Di samping itu, cinta antara mereka turut masih utuh dan terus bersambung dengan izin Ilahi. Dengan itu, cerita ini akan menunjukkan segala usaha dan pengorbanan yang betul akan diberi balasan yang setimpal.

P/S : Kredit kepada sahabatku Kyra..segala hak cipta terpelihara…COMING SOON…..

2 Comments (+add yours?)

  1. Rosseni
    Feb 05, 2010 @ 07:48:54

    wah…gazzettenya pun dah menarik…pasti saya akan menantikan tayangan full video presentationnya…tayangkan di sini nanti ye…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: