KEKASIHKU PEMBUNUH (18++)

Assalamualaikum…sebagai pengajaran..
Memang tidak disangka,
Itulah kenyataannya
Hidup ini tidak seindah seperti yang Disangka
Disangka panas ke petang
Hujan gerimis di tengah hari.
Keindahan menjadi kengerian.

2 tahun dahulu, seorang sahabat membaca akhbar tempatan yang bertajuk ‘pelajar perempuan UUM membunuh diri’. Heboh satu Malaysia. Hari ini peristiwa itu telah menjadi sejarah ngeri bagi para pengkagum cinta sepertiku. Kusoroti kembali kisah tragis cinta ini. Cinta yang memakan diri sendiri.

5 tahun dahulu, Sedi(bukan nama sebenar) seorang anak muda-belia yang tampan. Petah berkata-kata. Malang benar jika seseorang gadis yang tidak mengenalinya. Pelajar paling glamour di tingkatan 6 SMK Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Jaguh dalam permainan sepak takraw dan antara harapan sekolah untuk berjaya dalam STPM. Latarbelakang pendidikan agama sewaktu belajar di SMA Wataniyyah, Temerloh membolehkan Sedi menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Pra U sekolah dengan mudah. Tanpa tandingan.

Begitulah lengkapnya peribadi sedi. Insan dipuja oleh ramai orang. Kisah bermula setelah kedatangan ani(bukan nama sebenar) ke sekolah itu. Ani juga tidak kurang cantiknya. Kecantikannya yang menggegarkan jiwa si pemerhati.

Kisah cinta Ani dengan Sedi bermula apabila Ani ditugaskan sebagai pengarah program lawatan ke Kuala Lumpur dimana Sedi sebagai pemantaunya. Hubungan rasmi bertukar menjadi hubungan cinta. Semakin aktif Ani dalam persatuan semakin sayang Ani kat Sedi. Suatu hari sedi mengadu kesempitan wang, Ani sedia memberi kad ATM BSN untuk menampung kehidupan Sedi.

Hubungan romantik cukup indah umpama pasangan muda zaman sekarang. Pi mai, pi mai. Bonceng motorsikal, makan bersama dan berkempit-kempit di taman bunga atau di pantai. Cukup bahagia sampai tahi hidung masin pun menjadi manis.

Apabila exam mendatang, mereka belajar bersama. Melakar perancangan bersama untuk ke universiti. Exam disudahi dengan baik. Sesudah exam, Sedi bekerja di KL manakala Ani bekerja di Kuantan. Setiap hari minggu Sedi pulang. Kerinduan kepada kekasih. Akibat kerinduan yang teramat sangat, syaitan mula memujuk sehingga tidak terbilang kondom dibasahi cecair yang hasyir. Dan Ani tersenyum dengan layanan Sedi yang cukup ganas itu. Kuda liar tanpa pengalaman katakan.

Kenapa
intan bertukar menjadi batu pejal
kenapa
wali menjadi syaitan
kenapa
kasihku dipersiakan
kenapa
pengorbananku tidak dihargai

keputusan diumumkan, Ani dan Sedi memperolehi result yang cemerlang dan terbilang. Tapi malang nasib mereka apabila Sedi mendapat tawaran ke UM dan Ani pula ke UUM. Meraunglah si Ani. Bagi meraikan hari terakhir mereka. Mereka melafazkan janji, baiah sesama mereka untuk setia selamanya. Mereka pun bertunang. Majlis bertunang ini diraikan dengan dua-tiga kali gobek tanpa kondom dimasukkan ke dalam sarung. Inilah tanda setia, tanda kekal bersama kekasih yang paling dogol. Paling BANGGANG.

Kehidupan kampus bermula. Peringkat awalnya seminggu sekali Sedi ke UUM, lama-kelamaan 2 minggu sekali dan akhirnya sebulan sekali. Pelbagai alasan diberi sibuk dengan tugasan, kelas dan persatuan. alasan diterima baik oleh Ani, maklumlah pelajar varsiti uniperdana yang terulung di negara ini. Sekarang, Bekerjasama dengan Cambridge pulak, lagi besar lubang hidung NC.

Di UM, Sedi mula membariskan kata-kata indah kepada gadis-gadis cantik. Antaranya budak sabahan, Ana dari kolej pertama. Tugasan bersama membuat Sedi dan Ana semakin rapat. Fikiran terhadap Ani semakin menipis. Alasan untuk ke utara semakin dipelbagaikan. Ani mula bergelodak jiwanya. Resah, gelisah dan binggung.

Suatu hari, ‘Sedi, datang ke UUM, Ani nak bincang tentang masalah kita’ ujar Ani dalam keadaan tersedu sedan. ‘masalah apa?’ tanya Sedi. ‘Ani mengandung’ jawab Ani ‘ apa…….’ terkejut Sedi bagai halilintar membingit telinga yang dipenuhi 2 gram tahi telinga.

Di UUM, ‘Sedi, kena tanggungjawablah! Kan Di yang buat’ paksa Ani. ‘Sedi tak ada duit nak kahwin’ lemah suara Sedi… ‘Ani, tak kira Sedi kena tanggungjawab. Perut semakin besar, nanti kita yang dapat malu’ tegas Ani. ‘sapa yang malu, Anilah yang malu. Entah jantan mana Ani gauli’ balas Sedi. Tergaman Ani dengan alasan Sedi, meraunglah Ani.

mudah,
sesudah maduku kau rampas
sesudah kelapaku ditebuk tupai
kau menjauhi diri
tinggal aku dalam kegelapan ciptaanmu

kurayu,
kupujuk
kusujud
kuugut
kau tetap menyundalkanku
kesudahan bunuh diri pilihanku
padan muka engkau
padan muka aku…

perut semakin membunting, Ani gelisah dan resah. Ani terpaksa ke UM untuk menagih janji Sedi. Akhirnya Sedi telah mendedahkan bahawa dia mempunyai teman baru, Ana. Menangislah Ani. ‘Di, kalau tak nak kahwin, Ani nak matilah’ ugut Ani sambil menunjukkan racun ditangannya. ‘minumlah kalau berani’ jawab Sedi secara selamba. Sedi ingat ia satu gurauan. Ani terus meminum racun tersebut. Keadaan gawat, Sedi tergaman. Darah membuak keluar dari mulut Ani.

Di Hospital, Ani disahkan kritikal. Sedi semakin kaget. 2 hari selepas itu Ani meninggal dunia.

Tajuk akhbar ‘PELAJAR UUM MEMBUNUH DIRI’ di ruang yang agak tersembunyi di dalam akhbar tersebut. Pelajar perempuan tersebut membunuh diri di hadapan kekasihnya, seorang pelajar UM. Pelajar UM yang tidak ada belas kasihan membenarkan gadis yang dibuntingnya membunuh diri.

KOMENTAR SAHABAT

Edie : Sedi, kau cukup licik. Tidak bertanggungjawab.

Naim: Sedi, Pembunuh…..

Ayu: tak sangka, Sedi yang nampak baik ini tergamak melakukan perkara ini.

Aku: sukar nak percaya tetapi inilah realitinya.

Ha……ha…….. kini Sedi rancak bersama Ana yang tidak mengetahui cerita. Mereka nampak bahagia. Setiap kali berjumpa, ketawalah si Ana, Sedi tersenyum puas. Cinta mereka berterusan, mungkin akhirnya tembelang akan pecah. Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Woi….yes….yes.., gembira Sedi dan Ana bersama keluarga semasa konvokesyen UM 2003/04. kisah yang berlaku 2 tahun yang lalu telah menjadi sejarah. Sejarah yang bisu. Bisu untuk selamanya??……………

Sahabat
Sukar mengenalimu
Isi didalam tak seindah kulit diluar
Hingga aku tertipu dengan keterbilangan dirimu

Aku tak sangka
Disebalik baikmu
Ada rahsia besar
Yang gila dan zalim

Sahabat
Taubatlah
Kembali ke jalan benar

P/S : Ingatan kepada Diri Hamba Allah yang hina ini..

1 Comment (+add yours?)

  1. Trackback: kembali tekan2..tit,tit,tut,tut,tuuuut « ~JuStNaim~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: