Adam dan zulaikha episode 2….

Dalam panggung…

Sejak tadi anak mata Adam tidak lepas dari memandang Zai mengekorinya dari
belakang. Risau kalau-kalau tersesat dalam panggung tu. Dah la besar, ramai
orang pulak tu. Kang kene ngorat pulak sape susah? hehe…
Zai jalan tunduk ke bawah. Mata-mata yg galak memandang susuk tubuhnya itu
terlalu liar. Banyak pulak tu. Perasaannya ketika ini sama saja ketika
berjalan pulang seorang diri dari mengaji dan melalui jalan kampung yg tidak
berlampu tu. Ei, seram…patut la mak kata wayang ni masjid setan.
“Hai” tiba-tiba Zai ditegur oleh seorang lelaki yg datang dari arah
hadapannya. Cepat-cepat Zai berlari mendapatkan Adam dan berjalan
berdampingan dengannya. Adam tersenyum. Takut juga dia ni ye. Eh, silap.
Sayang jugak dia ni kat aku ye. Hehehe…perasan la aku! Ceh!

“Sejuk tak?” Adam memandang Zai yg memeluk tubuh disebelahnya.
“Tak” mata Zai masih tidak berganjak dari memandang tayangan di hadapan.
“Nah…” Adam membuka baju sejuknya.
Zai menggeleng. Adam menggangguk. Zai menggeleng lagi.
“Eii…ambik je la. Sejuk ni…” Adam memandang serius wajah Zai.
“erm…” Zai mengangguk. Bermaksud ‘terima kasih’.
“ermmm..” Adam tersenyum. Bermaksud ‘sama-sama’.
Leka juga Zai menonton cerita kartun ni. Sampai tak sedar yg dari tadi Adam
asyik memerhatikannya. Bila agaknya Zai nak gelak ye? Macam mana rupanya
kalau Zai tersenyum? Ketawa? Lambat lagi ke. Adam masih menunggu. Niatnya
membawa Zai menonton kartun ni bukannya sebab apa. Trick aje ni. Sebenarnya
dia nak lihat Zai senyum ketawa. Tapi nape tak gelak jugak ni? Tak kelakar
ke?

Adam memandang Zai yg terlena disebelahnya. Sebaik saja memasuki kereta Zai
terus lentok. Penat la tu. Hmmm…tak pegi market. Ala Hamdi, sorry le
bebanyak. Ko makan aje la ape yg ade dalam peti ais aku esok.
Zai masih lagi terlena ketika kereta memasuki anjung rumah. Mungkin Zai ni
mudah terlena bila kena air cond tak? Okay, esok gak aku pasang air cond
dalam bilik. Huhuhu…
“Eh…” Zai tersedar. Jam menunjukkan tepat pukul 12:30 malam. Zai
mengesat-ngesat matanya.
“Nak saya papah tak?” Adam mula menggatal mencari nahas.
Tajam anak mata Zai memandang Adam.
“Err…saya gi kunci pintu pagar” pantas Adam keluar dari kereta dan
mendapatkan pagar-pagarnya. Nasib baik ko ade pagar. Kau la penyelamat aku
malam ni. Aku bukan takut bini la, encik pagar. Aku cuma tak nak bagi dia
marah je. Tu je. Lagipun, dia sepatutnya hidup aman damai sekarang tau.
“ehem…” Zai berdehem dari pintu rumah. Maksudnya ‘dah tak nak masuk rumah
ke?’
“Eh, kejap…kejap” Adam bergegas memasuki rumah.

[esoknye]
Adam balik cepat dari office hari ni, nak masak skit. Masak kuey tiaw goreng
aje. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu meniaga dengan mak. Pagi-pagi lagi
dah bukak gerai kat tepi pekan. So, kalau setakat nak rush masak kuew tiaw
goreng, nasik lemak, mee hoon goreng, tak ada masalah punye.
“…” Adam memberi salam perlahan semasa memasuki ruang tamu.
Lalu terus menuju ke dapur.
“Hai…” Adam menyapa Zai yg sedang memotong bawang. Eh, bawang putih,
bawang merah, halia, kunyit, dan sawi pun ade kat atas meja.
Zai memandang tajam pada Adam yg tercegat di tepi pintu.
“Eh, saya dah bagi salam la tadi” Adam seakan-akan faham apa yg difikirkan
isterinya itu.”Tapi perlahan la…” Adam tersenyum.
“mmmph…” Zai meneruskan kerjanya. Adam faham-faham aje ape yg patut dia
buat.

Tak lama selepas itu…
“…” Hamdi mengetuk pagar rumah Adam.
“Abang jangan main-main. Betul ke Adam dah kahwin?” Shima masih ragu-ragu.
“Abang jangan pakat dengan Adam lagi nak kenekan Ema ye?” Ema memberi
amaran. Sudah tak larat lagi nak melayan mereka berdua nih. Suka mengenakan
orang aje kejenye.
“Ishh..tak la. Mane ade nak kenekan Ema. Sebenarnya, abang pun tak tau betui
ke idak si Adam tu dah kawin ke belum. Kalau iye, iye la. Kalau tak, terkene
la kite berdua hari ni. Hehe…” Hamdi menggenggam tangan Shima. Ema jangan
risau, abang di pihak Ema hari ni. =)

“Ha, dah sampai?” Adam muncul berseluar jeans, dan berkemeja-T.
“Ala, dia ni lagi. Aku bukan nak jumpe ko. Datang ni pun nak tengok bini ko
tau. Mane? Mane?” Hamdi menjengahkan kepalanya.
“Abang…” Shima menggeleng kepala melihat dua sahabat tu yg henti-henti
bergurau.
“Ade kat dalam…” Adam berbisik pada Shima. Hamdi perhatikan aje Adam dan
Shima. Ni yg tak puas hati ni.
“Dia cakap ape Yang?” Hamdi mencuit bahu Shima.
“Hehehe…ade kat dalam, la…” Shima berbisik pada Hamdi.
“Ooo…” Hamdi mengekori mereka berdua melangkah masuk ruang tamu.

“Duduk ler. Jangan pegi mana-mana tau.” Adam berlalu menuju ke dapur.
“Ala, dia suruh kita duduk pulak la,Yang. Nape tak terus tunjuk? Hehe” hamdi
menahan ketawanya.
“Hei abang ni. Ni nak datang melawat ke nak gatai tengok bini orang?” Shima
merangkul tangan Hamdi.
“Bukan pe,Yang. Abang cam tak percaya je ngan Adam tu. Dia tu kan selalu
buat lawak yg orang lain tak pernah fikir. Kan?” Hamdi menyuarakan
pendapatnya. Ada bernasnya pendapat tu, Shima pun sedia maklum dengan
perangai Adam tu.

“Weh, meh jemput makan” kelihatan Adam menghidangkan sesuatu atas meja
makan. Disebelahnya kelihatan seorang wanita yg kemas berbaju kurung dan
bertudung.
“ha, tu dia lawak Adam hari ni” Shima menarik lengan Hamdi menghampiri meja
makan. “Cantik nye lawak dia kan?” Shima mengusik Hamdi yg terdiam sejak
melihat Zai tadi.
“Betul ke awak ni isteri Adam?” tanpa disedari Hamdi bertanya soalan yg
sering bermain dalam fikirannya.
Zai memandang Hamdi dengan satu pandangan kosong. Tidak berkata apa, terus
menuju ke dapur.
“Abang…” Shima mengetap bibir pada Hamdi. Dan mengekori Zai ke dapur.
“Eh, Adam. Dia nangis ke? Weh, sorry la. Aku tak maksudkan apa-apa pun…”
Hamdi mula rasa bersalah.
“Entah la, Di. Aku rasa dia OK. Cuma malas nak layan ko. Hehe” Adam menyusun
cawan di atas meja.

Di dapur…
“Maaf ye. Suami saya tu memang macam tu. Kadang-kadang saya ni pun
disakatnya. Awak tak ambil hati, kan?” Shima menolong Zai mengelap pinggan.
“Saya tak ambil hati pun.” Zai menggeleng kepala.
“Alhamdulillah. Nama saya Shima. Diorang panggil saya Ema. Awak?” Shima
menghulurkan tangan.
“Zulaikha. Mak panggil Zai.” Zai bersalaman.
“Ema rasa, kan. Zai pun mesti kene sakat dengan Adam tu kan?” Shima
berbisik.
“Mmm…ade la jugak. Dia memang macam tu ke?”
“Ha’aa. Same macam lagi sorang kat luar tu. Tapi, Adam lagi nakal. Hehe”
“Ema macam dah lama kenal Adam aje”
“Ade la dalam tiga empat tahun ni. Masa kat university dulu satu course”
“Owh..suami Ema?”
“Hamdi? Adam yg kenalkan. Macam-macam Adam buat supaya kitorang jumpa.
Eii…taknak ingat, nakal tau dia tu” Shima tergelak kecil.
“Ema…” Zai memandang Shima.
“Adam ada perempuan lain tak?” Zai menguatkan dirinya untuk bertanya. Sejak
berkahwin dulu dia tertanya-tanya tentang diri Adam. Yang Zai tahu, mak adam
Makcik Salwa, ayah Adam Pakcik Said. Adik nya Amir dan Sarah. Itu aje. Masa
kecil dulu selalu la jugak main tepi bendang sama-sama. Tapi sejak Adam
masuk sekolah asrama, tak pernah jumpa lagi.
“Tak. Saya berani kata dia tak ada perempuan lain…” jawab Shima dengan
tenang. Macam mana Adam boleh ada girlfriend? Selama ini pun keluar berjalan
dengannya dan Hamdi. Mereka bertiga aje.
“Dulu?” Zai bertanya lagi.
“Ha, dulu ade. tapi tu dua tiga tahun lepas” Shima senyum.
“Nama dia Lela.” Shima menambah.
“Nape tak tanya Adam sendiri?” Shima pula bertanya.
Zai menggeleng. “Saya…saya…” Zai terkedu.
“Tak apa la. Tak salah kalau Zai nak tahu. Kan?” Shima memegang bahu Zai dan
menghadiahkan senyuman.
Zai menggangguk.
“Jom…” Shima sudahpun mengangkat pinggan dan beriringan menuju ke meja
makan.

“Maaf ye” Hamdi menghadiahkan senyuman.
“Tak apa” Zai mengangguk.
“Ema kerja apa?” Zai berbisik pada Shima yg duduk ditepinya.
“Cikgu” laju aje Adam menjawab soalan yg tak ditujukan padanya itu. Sibuk
aje.
“Kaunselor…” Hamdi memotong cakap Adam.
“Cikgu kaunseling la” Ema tersenyum melihat gelagat Hamdi dan Adam setiap
kali bertengkar tentang profesion nya itu.
“Tapi itu kan cikgu namanya” Adam tak berpuas hati dengan Hamdi.
“Aii…sudah la tu. tak kisah la Ema keje ape. Zai keje ape?” Shima
tersenyum lagi.
“Tak tahu” zai menggeleng.
“Sebelum ni ajar mengaji kat surau” pintas Adam. Zai menjeling pada Adam.
“Ha, bagus la tu” Shima mengangguk.
“Hei, mana ada orang kata AJAR MENGAJI? Orang kata ajar baca Quran la” Hamdi
sengaja mencari salah Adam. Memang macam ni la selalunya. Loyaq buruk.
“Zai jangan layan diorang tu. Ha, nak jadi ustazah tak?” Shima berbual
dengan Zai perlahan, membiarkan Adam dan Hamdi.
“Ha? Boleh ke? Saya ni lulus SRP je ” Zai mencari kepastian.
“Boleh ape. Tapi kene ambik kursus mengajar dulu la. tak lama, dalam 3 bulan
aje. Nak tak? Nanti Ema tanyakan pada pengetua, ye?” Shima memberikan
harapan.
Zai sekadar mengangguk.

“Terima kasih sudi datang. bila-bila jemput la datang lagi” Adam menghantar
Shima dan Hamdi hingga ke kereta mereka.
“Nah. kalau nak borak-borak boleh call Ema” Hamdi menghulurkan kad Ema pada
Zai.
“Terima kasih” Zai memandang Shima. Satu-satunya kawan disini.
Trit trit(konon² bunyi hendset)…
“Hantar sekarang boleh tak? Saya tengah free ni” terdengar perbualan Adam.
“Ok. Kami balik dulu. Senang-senang nanti Zai kena datang rumah Ema pulak
tau” Shima melambai Zai.

Tak lama selepas itu…
Sebuah lori sederhana besar berhenti betul-betul di hadapan rumah mereka.
“Ha, dah sampai” Adam tersenyum memandang Zai.
“Ha?” Zai tak mengerti.
“Air cond. Yg macam dalam kereta tu…” Adam menuding keretanya.
“ha??” Zai bertambah bingung. Apa ni? Tak faham betul la dengan orang tua
nih.
“Hehe..tak ada apa-apa la. jom masuk” Adam tersengih.
[seminggu kemudian]
“Hello. ” Zai teragak-agak mengangkat telefon.
“Wa’alaikumsalam. Ini Ema la. Ingat lagi tak?” ceria Shima.
“Ema…” Zai lega. Selalunya Adam yg telefon rumah ni. Itupun waktu tengah
hari aje. Tapi tak ada la awal pagi macam ni.
“Ni nak bagitau Zai. Tadi Ema ada tanya pengetua pasal kursus mengajar.
Minggu depan tau. Petang karang Ema datang rumah hantar borang, ye”
“Terima kasih Ema. Datang la awal sikit, bole borak-borak”
“OK. Tak ada masalah. Jumpe nanti ye.”
“mmm…” Zai mengangguk. Ada juga teman berborak petang ni. Sejak berkenalan
minggu lepas jika ada kelapangan, Shima akan datang melawat Zai di rumah.
Temankan berbual. Di sekitar rumah itu bukannya ada sesiapa pun. Nak
harapkan jiran cina yg sombong tu? Bila berselisih senyum pun tak mahu.

malam itu…
Zai sengaja letak borang di atas meja di ruang tamu. Mudah-mudahan Adam akan
bertanya padanya nanti.
“?” seperti biasa Adam muncul tiba-tiba di pintu dapur.
“wa’alaikumsalam” jawab Zai perlahan.
“Nak saya temankan balik kampung ke? Ambil sijil awak” Adam melabuhkan
punggungnya di kerusi makan.
Zai angguk.
“Esok gak saya ambik cuti. Boleh jenguk mak. Dah lama tak balik, kan?” Ada
mencapai segelas air yg duhulurkan Zai.
“erm…” Macam la lame sangat tak balik kampung tu. Tau la dia tu anak mak.

[esok]
“…” Adam memberikan salam. Keadaan semakin gelap ketika
mereka sampai.
“Wa’alaikumsalam” Siti membuka pintu rumah.
“Mak! Kaklong ngan Along dah balik!” Siti separuh menjerit memanggil emaknya
di belakang rumah.
“Ha, masuk la. Takkan nak bagi salam aje kat luar tu” Siti berlari
mendapatkan kakaknya.
“Akak dah makan?” Siti berpimpin tangan dengan Zai menaiki anak tangga.
“Dah, singgah kat gerai tadi” Zai mencubit pipi adiknya itu.
“Siti dah habis SPM kan?” Adam cuba masuk kedalam perbualan adik-beradik tu.
“Belum la. Esok, petang esok baru habis. nape? Nak bagi soalan bocor ke?”
Siti berseloroh. Tak macam kakaknya, nak senyum pun tak mahu.
“hehe..tak la. Along nak ajak kamu tinggal kat KL sekejap. Temankan kaklong
kamu tu. Nanti kita boleh gi jalan-jalan. Nak?” Adam tersenyum.
Siti memandang Zai yg mengangguk perlahan disebelahnya.
“Ajak Sarah sekali boleh tak?” Siti tersenyum.
“Dah bercadang pun” Adam mengangguk.
“Yes! Nak gi nak train!” Siti separuh melompat.

“Jemput minum air ni Adam” Mak Mah muncul dengan sedulang air teh.
“Eh, susah susah aje mak ni. Patutnya saya yg buatkan air untuk mak” Adam
membantu Mak Mah menghidangkan air.
“Patutnya ini kerja anak dara ni” lalu mencubit peha Siti.
“Yang terjerit-jerit ni kenapa?” Mak Mah mencubit lagi, geram dengan telatah
Siti yg hyper aktif tu.
“Adei…adeh…mak. Peritnye…” siti mengaduh meminta simpati Adam dan Zai
menyebelahinya.
“Ha, jangan tengok along. Along tak campur” Adam menahan ketawa.
“Mak, Siti nak gi umah Along la camni..” Siti pura-pura merajuk. Padahal dia
ni tak boleh tinggalkan mak lama-lama. Mula la tak tentu hala.
“Merajuk ke?” Zai membelai rambut Siti.
“Tak la. Kan Along yg ajak tadi. La, jangan kata tak jadik pulak, ha. Nanti
Siti merajuk betul-betul…” Siti memberi amaran.
“Ai..mesti la jadi. Siti nak naik train sampai lebam pun takpe” Adam kenyit
mata.
“Adam, Zai ni macam mana? Baik ke perangainya?” Halimah mula bertanya hal yg
meresahkannya sejak Zai menetap di KL.
“Jangan selindung dengan mak. Kalau ada yg tak puas hati beritahu, ya”
Halimah memandang Zai yg sedang tunduk.
“Mak, Zai baik la. Makan minum saya terjaga. Pandai ambil hati, senangkan
hati saya. Mak jangan la risau” Adam duduk merapati Zai.
“Zai ada melawan tak?” Halimah curiga dengan anaknya itu. Rasanya macam ada
sesuatu yg terlindung.
“Tak, tak pernah. Kalau ada apa-apa kami bincang. Kan Iqa?” Adam senyum.
“Kaklong, Along panggil nama manja kaklong kat rumah ke? Hehe…best nye”
Siti berbisik.
“Siti, apa yg disibukkan hal along kamu tu, ha? Dah gatal sangat?” satu
cubitan hinggap di peha Siti. Kali ni kedua belah pehanya perit.
“Aduh, mak. Ampun…tak, tak mau…” mata Siti sudah berkaca. Perit la tu.
“Mak, saya nak minta diri dulu. Nak jumpa mak” Adam meghabiskan airnya.
“ha, elok la tu. Dia pun risaukan kamu berdua” Halimah senyum puas.
“Minta diri, ya” Adam salam dan cium tangan Halimah.
“Zai, apa yg kamu tunggu lagi tu? Cepat…” Halimah memandang tajam.
Cepat-cepat Zai mencapai beg tangannya dan bersalaman dengan Halimah.

Adam memerhatikan sekeliling rumahnya. Kereta berhenti di depan rumah.
“Awak, apa kata kita berpecah? Awak cari lalu ikut pintu depan, saya ikut
pintu belakang? Ok, gerak sekarang…” Adam tersenyum menyakat dan
cepat-cepat menuju ke belakang rumah.
Zai tersenyum melihat telatah anak mak yg dah dua tiga minggu tak jumpa mak
dia. Eh, nasib baik Adam tak nampak. Zai melangkah menuju ke pintu depan.
Dalam fikirannya masih terbayang lagi ketika Adam memujinya di depan ibunya
sendiri. Tapi setakat ini apa lah sangat yg dibuatnya utk Adam?
“, cik Salwa…” Adam berbisik di pintu dapur belakang
rumahnya.
Dengan pantas Salwa menoleh dan ketawa. Mana ada orang lain lagi yg
memanggilnya cik Salwa?
“Wa’alaikumsalam” Salwa menggeleng kepala. Anak bertuah ni dah balik lagi.
Tak pernah yg lama kat bandar tu.
“Mak…” Adam memeluk ibunya.
“Iye, anak mak? Ni nampak dek bini kamu mau jeles ni” Salwa ketawa kecil.
“Ala, dia tak kisah..” Adam senyum. Gembira rasanya dapat pulang ke pangkuan
mak.

Ketika lahir aku menangis
dan orang disekelilingku tersenyum gembira.
Mak sahaja yg turut meratap menangis,
merangkul aku sambil menatap wajah pucat ini.
Aku terasa selamat, sungguh…
Dan kini aku kembali ke pangkuannya.
Peluklah daku…

“Along, nape tinggalkan Kaklong kat luar?” Amir muncul sambil tersenyum.
“Adam? Kenapa buat macam tu? Dah, pergi panggil menantu mak. Nak ajak dia
minum sama-sama” lembut tutur kata Salwa.
“Ala, baru nak…”
“Pergi la” Salwa pujuk lagi.
“Mak tau yg anak mak ni sayangkan mak. Tapi dari dulu lagi mak dah pesan.
Satu hari, kalau Adam beristeri, dialah bakal ibu satu hari nanti. Dia akan
pegang gelaran ’emak’ pula. Ingat, kan?” Salwa mengusap lembut pipi Adam.
“Tapi Adam sayangkan mak” Adam sudahpun sebak.
“Kalau macam tu, sayangkan emak itu juga. Boleh? Bab sayang ni jangan dibuat
main” perlahan-lahan Salwa meleraikan genggaman Adam.
“Ya, mak. Adam ingat pesan mak” Adam cuba untuk senyum.
“, mak” Zai sudah muncul di dapur.
“Wa’alaikum salam” Salwa bersalaman dengan Zai lalu mencium dahinya.
“Mak, mak masak pe?” Adam menjengahkan kepalanya ke kuali.
“Cekodok. Meh duduk sini” Salwa menarik lengan Zai dengan lembut untuk duduk
disisinya.
“Mak sihat ke?” Zai menuangkan air untuk mak mertuanya.
“Alhamdulillah…” Salwa tersenyum melihat Adam dan Zai balik melawatnya.
Terubat rindu di hati. Emak mana yg tak gembira melihat kehidupan anaknya
dalam bahagia? Itu kan yg diperjuangkan untuk anak-anaknya selama ini?
“Ada tak Adam buat apa-apa pada kamu? Cakap je, tau la mak ajar dia tu”
Salwa menjeling pada Adam. Bukan dia tak percayakan Adam, tapi hendakkan
kepastian.
“Tak. Dia baik. Mak jangan la marah dia” Zai meminta simpati.
“Bukan mak bermaksud nak campur urusan kamu berdua, tapi mak ambil berat
aje. Maaf ya, Zai” Salwa mencapai tangan Zai.
“Tak. Tak. Tak. Zai tak kisah” cepat-cepat Zai menggeleng.
“Mak, orang angkat cekodok ni ye. Dah kuning lar..” Adam yg sedang sibuk
menggoreng itu buat-buat tak dengar perbualan Zai dan emaknya.
“Ha, sudah la tu Adam. Meh duduk sini. Biar Sarah yg sambung karang” Salwa
menuangkan air kosong untuk Adam.
“Adam tak minum teh, tau” Salwa sempat berpesan pada Zai.

“Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur semalam dua kat sini?” Halimah memandang
Zai dan Adam dengan sayu. Baru dapat jumpa sekejap, dah nak balik.
“Esok kerja, mak. Lagipun saya nak daftarkan Zai esok. Kalau ada rezeki,
boleh jadi ustazah nanti” Adam senyum, memujuk Halimah.
“Iyelah. Jaga diri baik-baik” Halimah yg masih rindu itu seakan tidak mahu
melepaskan anak-anaknya itu.
“Minta diri dulu ya, mak” Zai melambai sayu.
“Siti jangan lupa telefon Along bila sampai KL nanti tau” Adam sempat
berpesan pada Siti yg senyap sejak tadi. Sedih nak berpisah dengan kakaknya
la tu. Esok nak berpisah dengan maknya macam mana la pulak.
“Sarah kan tau rumah Along” Siti mendekati Adam yg sudahpun berada dalam
kereta.
“Ah, tak mau la naik teksi. Esok Along jemput, boleh naik train. Amacam, OK
tak?” Adam menghulurkan sekeping not 50 pada Siti sorok-sorok. Masa
bersalaman dengan Halimah tadi sempat juga dia hulurkan 100. Puas berperang,
baru la diterimanya.
“Eh, tak nak la” Siti menggeleng sambil berbisik. Tak mahu menerima not
sebanyak itu.
“Ambik la Siti. Tak yah la sopan-santun sangat. Ni Along la. Balun je.
Hehe..” Adam kenyit mata.
“Ha, ajar la adik saya tu balun-balun..” Zai menjeling, tapi cover-cover.
“Awak jangan sakat saya, nanti saya jerit. Mak ada tu” Adam sempat buat
lawak bodo semasa riverse kereta.
“Sape yg selalu sakat sape?” Zai mengetap bibir.
“Baik awak senyum, kalau tak, mak nampak. Kantoi la awak. Huhu..” Adam
senyum menyakat.
“Mmmphh…” Zai berpaling. Maksudnya ‘malas layan awak’. Adam je yg paham.
“Hehe..” Adam tak habis gelak lagi. Adam gembira bersyukur. Zai dah boleh
bercakap lebih dari 5 perkataan dengannya sekarang. Berbanding dulu satu
perkataan jek.

==================================================================

Nantikan episod seterusnya…. ehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: