episode 3..adam dan zulaikha…

Adam memerhatikan Siti dan Sarah yg duduk di belakang kereta. Seronok benar
diorang perhatikan persekitaran KL ni. Waktu malam begini memang la nampak
cantik.
“Nak singgah mana-mana tak” Adam berpaling dan senyum.
“Ha? Singgah mana? Mana la orang tau, Along. Ni bukan tempat orang la” Siti
mencebik. Sarah sekadar senyum.
“Yela. Nak makan-makan ke, nak jalan-jalan ke” Adam memberi cadangan.
“Entah la Along. Sarah nak terus gi umah along jek. Makan kat rumah je la,
kan Siti?” Sarah mencuit Siti supaya mengangguk sama.
“Ha’aa. Mak pesan tak baik la perempuan merayau malam-malam. Ni kan pulak
kat KL. Takut la” sokong Siti.
“OK. Kalau macam tu kita pergi market jap, beli barang nak masak. Pastu
balik rumah. Puas hati tak ni?” Adam senyum.
“Ha, Along. Orang nak coklat besar” Siti sudahpun tidak tentu hala setelah
terdengar Adam menyebut market.
“Sarah nak aiskrim…” Sarah pun turut eksaited.
“Eii..perempuan..” Adam mengomel.
Adam memerhatikan Zai yg sejak tadi membisu. Mukanya agak pucat.
“Awak? OK tak?” Adam berbisik pada Zai.
Zai menggeleng. Ahh…sudah. Apa yg dah jadik ni.

Sebaik saja sampai di rumah, Zai bergegas masuk ke bilik. Mujur la Siti dan
Sarah tak perasan sangat keadaan dirinya itu. Mana tak nya, dah di rasuah
dek Adam dengan coklat dan aiskrim.
“Siti, Sarah. Jangan lupa telefon mak karang tau. Risau pulak diorang kang”
pesan Adam sebelum menaiki tangga.
“Awak?” Adam mengetuk pintu bilik. Tidak berjawab. Adam menguak pintu dan
terlihat Zai sedang menekan perutnya, seperti menahan sesuatu.
“Awak period ke? Jap saya ambilkan tisu” Adam berpaling dan tiba-tiba Siti
terpaku memandang mereka.
“Kaklong period?” Siti seakan terkejut mendengar perbualan yg tak sengaja
didengarinya itu.
“Ala, biasa le tu Siti. Perempuan, kan?” Adam mengalihkan pandangannya pada
Zai. Muka Zai pucat.
“Saya gi ambik menda tu jap ye” Adam berlalu.
Siti memasuki bilik dan menutup pintu rapat-rapat.
“Along tak sentuh Kaklong lagi ye?” Siti duduk disebelah Zai.
Zai diam.
“Nasib baik Kaklong. Kalau Kaklong kat kampung, nak jawab apa kat mak?” Siti
menggeleng. Walaupun ini bukan urusannya, tetapi Siti seakan tidak percaya
yg Zai masih keras hati. Ingatkan dah semakin OK.
“akak…akak…” Zai tak terkata sambil menahan kesakitan.
“Dah la tu kaklong. Sampai bila nak simpan dendam macam ni? Tak rasa sakit
ke, ha? Apa, Along tu tak baik ke?” Siti menggenggam tangan Zai.
“Kaklong tau tak, dalam bas tadi, ada orang mengurat Siti dengan Sarah. Tapi
kami tak layan, sebab kami ni kecik lagi. Tapi kami berharap satu je.
Harap-harap bila besar nanti dapat orang macam Along” Siti memandang Zai yg
tunduk sepi itu.
“Apa salah Along pada Kaklong? Sebab dia anak mak? Memang dia nampak
sayangkan makcik Salwa lebih dari Kaklong, tapi dia juga sayangkan Along tau
tak? Itu mak dia, ini isterinya..” Siti sudah tidak dapat menahan air
matanya.
“Siti betul-betul berharap, satu hari nanti. Allah akan uji Kaklong. Biar
Kaklong sedar, yg tempat Kaklong adalah disisi Along..” perlahan-lahan Siti
bangun meninggalkan Zai yg masih duduk diam.

“Awak, ni tisu” Adam muncul dengan senyuman.
“Terima kasih” Zai mencuri pandang wajah Adam.
“Ye?” Adam perasan.
“Tak..tak de pape” Zai bangun dan menuju ke bilik air.
“Nak saya papah ke?” Adam menghulurkan tangannya.
Zai menggeleng.
“Jalan elok-elok, nanti jatuh nak tanak saya terpaksa papahkan. Take care,
OK” Adam masih lagi memerhatikan Zai.
Sebelum Zai menutup rapat pintu bilik air, sempat Zai mencuri pandang pada
Adam. Adam tersenyum setelah menyedari Zai memandangnya.
Zai bersandar pada dinding dan melepaskan keluhan panjang.

“Hei, korang. Bawang dah potong ke belum? ni dah nak tumis ni. Cepat la,
cepat la” suasana agak bising di dapur dengan hilaian tawa Sarah, Siti dan
Adam. Kelihatan Sarah sedang memegang sudip manakala Siti dan Adam sedang
tergesa-gesa memotong bawang, cili, daging dan sayur di atas meja.
“Ala, Sara ni nape awal sangat panaskan minyak tu..” Siti berlari anak
membawa bawang.
“Hei, korang jangan lupa halia ni..” Adam berlari mendapatkan Sarah.
Bergamit bunyi bawang ditumis. Mereka pula tergelak-gelak bila percikan
minyak mengenai mereka.
“Adeh, adeh..” Sarah mengaduh sambil ketawa melihat Siti mengusap-ngusap
tangannya.
“Ei, jangan gelak je tau. Ni, masuk daging pulak” Adam menghulurkan daging
pada Siti. Sebaik saja daging dimasukkan, bau harum menyelubungi dapur.
“Wahh…” mereka bertiga terpaku seketika dengan bau itu.
“Eh, cepat masuk telur pulak…” Sarah mematikan lamunan.
Dari tadi Zai memerhatikan gelagat mereka bertiga dari pintu dapur. Walaupun
hanya memasak mee goreng, tetapi keadaannya seperti mahu berperang.
“Udang ada tak Along?” Sarah menyerahkan sudip pada Siti dan menyelongkar
peti ais.
“Ada kat belah atas tu. Meh sini Along basuhkan dulu” Adam mendapatkan
Sarah.
“Along, along. Carrot ade tak?” Siti menjerit meminta carrot.
“ha, ade ni. Jap Along potongkan” Adam bergegas ke sinki mendapatkan pisau.
“haha..banyak nye rencah mee ni. Along nak letak pe lak ha?” Adam
memerhatikan Siti menggaul mee.
“Along nak letak pe plak ni?” Sarah turut memerhatikan mee digaul.
“Along nak letak cendawan masin bole? jap Along ambilkan”
“Ha? Cendawan masin?. Tanak..tanak” Sarah dan Siti menggeleng membantah.
“Ala, korang boleh..” Adam tergelak kecil melihatkan wajah protes mereka.
“Ala, Along saje ngade nak sabotaj mee kitorang. Tak boleh, tak boleh” Sarah
bergegas mendapatkan Adam dan menyimpan kembali cendawan masin.
“Siti, cepat angkat mee..” Sarah tergelak.
Adam tergelak melihat Sarah dan Siti berusaha menyelamatkan mee goreng yg
penuh dengan rencah tu.

Selesai memasak, Zai membantu mereka mengemas dapur. Zai menggeleng
melihatkan dapur berselerak. Kalau kat rumah, tau la apa jadi kat diorang
ni.

“Along baca doa makan” Sarah sudahpun menadah tangan.
“Ala, Sarah la yg baca. Kat rumah asyik Along aje” Adam mengada-ngada tak
mau baca doa makan. Ape hanginnye malam ni tah.
“Along sorang je lelaki kat sini. Ketua keluarga pulak tu. eii tak malu
tanak baca doa makan” Siti menyampuk.
“Hehe..memang Along tak malu malam ni. Siti la baca.” Adam menahan ketawa.
“Tengok la Along kite tu Siti. Malu la orang jadi adik dia…” Sarah mengadu
pada Siti yg sedang tergelak.
“Tahpe hape betul Along ni. Tengok, adik orang dah kecik hati. Along kene
denda basuh pinggan karang. hehe” Siti mengusap-ngusap rambut Sarah. Sarah
memang manja dengan Siti yg setahun lebih tua darinya tu.
“Jangan main-main masa makan” Zai bersuara.
Terus jadi senyap sunyi rumah tu. Tetapi Sarah, Siti dan Adam masih menahan
ketawa.
“Jangan takut Sarah, kita ada Along” Siti berbisik pada Sarah. Diorang tak
tau ke yg Along diorang ni pun turut kecut perut melihat Kaklong ni marah?

Sudah seminggu Siti dan Sarah berada di KL. Perasaan rindukan mak semakin
menebal di hati mereka. Dan esok Adam sudah berjanji untuk menghantar mereka
pulang ke kampung.
“Siti, nape ngan along-along kita tu?” Sarah bertanya semasa melipat baju.
“tah, diorang tu perlukan masa kot” Siti menyedapkan hati Sarah. Seminggu
mereka disini, sudah dapat rasakan yg Zai dan Adam menyembunyikan sesuatu.
Walaupun tak ketara, sudah dapat agak. Zai yg bercakap bila perlu tu nampak
janggal bersama dengan Adam yg suka mengusik.
“Sarah sendiri tahu,kan. Dulu Kaklong tak macam tu” Siti menepuk-nepuk
bantal.
“Tapi Sarah tak sedap hati la nak tinggalkan rumah ni” Sarah termenung.
“Tak ada apa yg boleh kita buat, Sarah. Kita kena balik rumah jugak. Tempat
kita bukan kat sini” Siti memujuk.
“Ha, tu la…tak apa la Siti. Eh, apa kata kita buat sembahyang hajat?” mata
Sarah bulat.
“ha’aa kan?” Siti bergegas mengambil wuduk.

[2 bulan kemudian]
“…assalamualaikum” terdengar suara perempuan sedang memberi
salam dari luar. Zai dan Shima yg sedang minum kopi mengintai dari jendela.
“Wa’alaikumsalam. Cik cari siapa?” Zai mendekati pagar yg tertutup.
“Maaf mengganggu ya. Saya nak cari encik Adam” perempuan itu senyum. Manis
wajahnya.
“Ya, ini rumah encik Adam. Tapi dia belum balik lagi” Zai merenung perempuan
itu. Nyata zai tidak pernah mengenalinya.
“Oh, ye ke. Saya ni kawan lama dia. Tak apa kalau macam tu” perempuan itu
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Lela!” Shima separuh menjerit dari pintu rumah.
“Ema?” perempuan itu tersenyum lebar.
Zai terkejut mendengar nama ‘Lela’ disebut. Tersentap hatinya.
“Zai, ini Zalela. Kawan satu universiti dulu” Shima memperkenalkan.
“Bila sampai?” Shima pula bersalaman.
“Dah sebulan la” Zalela tersenyum.
“Jemput masuk…” Zai membuka pagar.
“Ini Zulaikha” Shima sudah mula serba salah.
“hai…” Zalela salam sekali lagi dengan Zai penuh ceria.
“Isteri Adam” sambung Shima.
Ketika itu Zai dapat rasakan Zalela tersentap. Cepat-cepat Zalela melepaskan
tangannya. Zalela merenung Zai dalam-dalam. Macam tak percaya, Adam yg cukup
dikenalinya selama ini sudah kahwin? Nak ada girlfriend pun punya payah!
“Lawa orangnya..” sepatah perkataan yg keluar dari mulut Zalela.
“Jemput la masuk. Boleh minum sama-sama” Zai cuba untuk bertenang.

Malam itu Zai termenung di beranda. Zai sedang berperang dengan perasaannya
sendiri. Perlukah dia mengalah demi kebahagiaan Adam dan Lela? Setahunya
Lela baru pulang dari Edinburg setelah menamatkan pengajiannya. Lepas tu
terus cari Adam, sebulan lepas tu baru jumpa. Agaknya cinta Zalela begitu
mendalam, tidak sepertinya. Zai membayangkan wajah Adam dan Zalela. Sesuai,
secocok. Agaknya, sudah tiba masanya untuk Zai berundur.
Lagipun, dia dan Adam tidak melakukan apa-apa pun. Jika Zai berterus-terang
dengan Zalela sudah tentu Zalela akan faham. Akhirnya, Adam akan hidup
bahagia jua. dan Zai, dia akan kembali ke pangkuan ibu dan adiknya di
kampung. Masa depannya akan difikirkan kemudian. Biarlah Zai korbankan Adam,
korbankan kursus mengajarnya.
“Awak, nape duduk sorang-sorang kat luar? Sejuk la” Adam selimutkan badan
Zai dengan tuala kecil. Zai tunduk, tidak berkata sepatah pun.
“Saya masuk dulu, ek. Takmau kacau awak” Adam sudahpun menghilang.
“Semoga awak berbahagia nanti” Zai menekup mukanya. Air mata deras mengalir,
tetapi tiada esakan.
“Eh,awak. Senario dah mula, la. Jom la kita..” Adam terhenti ketika melihat
Zai tunduk tidak bergerak.
“Awak?” Adam sudahpun melutut didepan Zai. Perlahan-lahan Adam membuka
tangan yg menekup muka isterinya itu.
“nape? Saya ada buat salah ke? maaf,ek” lembut tutur Adam.
“Tadi…” Zai membuka mata.
“Ya?” Adam menumpukan perhatiannya.
“Zalela dah balik” Zai merenung anak mata Adam.
“Biar la dia balik” Adam senyum dan menggenggam erat tapak tangan Zai.
Zai menggeleng. “Saya nak balik esok” Zai bangun meninggalkan Adam yg masih
melutut disitu.
Tersirat darah Adam. Dunia seakan kosong dan kegelapan mula menyelubungi
persekitarannya.”Kenapa?” satu perkataan terpacul dari mulut Adam itu sudah
cukup untuk menggambarkan kekecewaannya. Apalah dosanya selama ini?

==================================================================

Hmm.. amacam? Nantikan saat kemunculan bahagian penutup kisah ini… Apakah Mahligai Kasih Adam dan Zulaikha teguh seteguh mahligai kasih Adam dan Hawa??? Atau terlerai sudah ikatan suci antara dua insan ini… Nantikan Episod Finalnya tak lama lagi……………

—————–
Jangan Terlalu Merendah Diri, Kelak Kau Akan Ditindas ~ Jangan Pula Meninggi Diri, Kelak Kau Akan Dipintas

“Saya tak mahu paksa awak. Saya serahkan 100% keputusan pada awak. tapi awak
fikir la elok-elok. Nanti saya sunyi tinggal sorang-sorang” Adam mencuri
pandang pada Zai yg duduk disebelahnya. Kereta meluncur laju menuju ke Kuala
Kangsar malam itu. Setelah Zai berkemas dan meminta Adam menghantarnya balik
malam itu, Adam akur. Adam tidak mahu bergaduh.
Zai diam tak berkata apa.
“Awak, tolong cakap sesuatu. Saya tak tahu apa yg awak fikirkan ni” Adam
masih cuba memujuk Zai.
“Saya akan ceritakan semuanya pada Lela esok” Zai tunduk.
“ha?” Adam terkejut.
“Saya masih tak percaya yg awak buat semua ni kerana Lela, ye” Adam sudah
tidak dapat berkata apa. Terserahlah..

“Saya tolong angkat kan beg” Adam membuka bonet kereta dan mencapai ber Zai.
Cepat-cepat Zai menahan begnya.
“Saya angkat sendiri” Zai berlalu meninggalkan Adam di hadapan rumahnya itu.
Lama Adam memerhatikan Zai, sehinggalah Zai menutup rapat pintu rumahnya.
“Eh,mana Adam?” Halimah terkejut dengan kepulangan Zai.
“Ada kat rumah mak agaknya” Zai mengeluarkan kain bajunya.
“Kenapa tak ikut sekali?” Halimah mengambil tempat disisi anaknya.
“Sebelum apa-apa mak anggap, biar la saya ceritakan semuanya” Zai memandang
Halimah dengan penuh harapan agar memahaminya.

Sementara itu di rumah Adam..
“Sabar la Adam. Zai tengah keliru tu” tenang saja air muka Salwa.
“Entah la, mak. Mak rasa la kan, apa yg jadi kat saya lepas ni? Saya
betul-betul sunyi tanpa Zai” Adam baring disisi Salwa yg duduk bersimpuh.
“Cakap la elok-elok dengan dia. Ha, tu la kamu. Mak selalu pesan, bercakap
tu penting. Kamu dengan Zai tu bukannya banyak bercakap pun. Mengusiknya ada
la..” Salwa memandang Adam yg terbaring kaku itu.
“Kenapa kebanyakan perempuan tak faham ketulusan hati lelaki. Diorang anggap
benda ni main-main ke mak?” suara Adam mendatar menahan sebak.
“Tak lah. Kebanyakannya tersalah tafsir yg zahir. Tersalah anggap yg batin”
Salwa senyum.
“Zai tau tak yg saya tak pernah buat main dengan kasih sayang?” Adam
membelek cincin perkahwinannya.
“Kenapa cakap macam tu?” Salwa membelai lembut rambut Adam.
“Entah la mak. Mungkin dia anggap saya ni meletakkan cinta pada orang. Jika
hilang orang tu, hilanglah cinta saya. Dan sampai mati pun saya akan tetap
cintakan orang tu” Adam mengiring memandang ibunya meminta dibelai.
Sudah cukup hatinya kehilangan kasih, tak tahu mana lagi tempatnya melainkan
emaknya. Kerana Adam tahu, emaknyalah antara perempuan yg betul-betul
menyintainya dalam dunia ini.
“Entah la Adam. Kadang kala perempuan akan bertindak dengan perasaannya
ketika itu” Salwa tak terjawab persoalan yg ditimbulkan. Ketika ini Salwa
seakan-akan dapat merasakan pilunya hati Adam.
“Saya berserah pada Allah saja, mak..” Adam menitiskan air mata, lalu diseka
oleh Salwa.
“Sabarlah, sayang” Salwa menghela nafas pendek.

Di dalam jiwaku disirami salju kasihmu
kususuri jalanmu walau ranjau berliku
cintamu abadi untukku
Tengah saat merindu tafakurku dihadapanMu
deraian air mata gugur dalam sujudku
betapa agungnya cintamu

Gelora, silap tak bisa terpadam
namun harapan menggunung di hati
gelora, kasih tak mungkin terluput
kerana hatiku merantau jauh
ingin bertemu denganmu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
sebak dada tiada tertahan
hanya padaMu tuhan ku serah diri ini
pohon cintaMu yg suci hakiki
(Salju Kasihmu – Siti Nurhaliza)

Halimah diam tidak beerkata apa. Itu keputusan anaknya. Moga-moga Zai diberi
hidayah dari Allah.

[subuh]
“..” Adam sudahpun terpacak di hadapan rumah Zai.
“Wa’alaikumsalam” Siti membuka pintu. matanya lebam, air mata masih lagi
bergenang.
“Siti, nape ni. Along datang ni, kan?” Adam memegang erat bahu Siti.
“Kaklong ada kat dalam bilik” Siti duduk di birai tingkap.
“He’ee, comelnya adik along ni menangis..” sempat lagi Adam menyakat Siti.
“Tak mau la kacau orang. Gi jumpa Kaklong, lah” Siti mengorak sedikit
senyuman.
“Jumpe lagi, ek. Bye..” Adam melambai Siti.

“Awak, boleh saya masuk?” Adam mengetuk pintu bilik Zai. Lalu menolaknya
perlahan.
“Hei, assalamualaikum..” suara Zai agak keras. Sedikit marah kerana Adam tak
reti nak bagi salam sebelum masuk bilik orang.
“eh, tadi saya dah bagi salam,la.” Adam tunduk. Teringat tujuannya kesini.
Bukannya nak menyakat, tapi nak berbincang.
“Saya nak tanya awak. Awak dah buat keputusan?” Adam menghampiri Zai yg
masih bertelekung.
“Saya tetap dengan keputusan saya” Zai cuba untuk bertegas.
“Baiklah. saya hormati keputusan awak. tapi sebelum tu saya nak beritahu
awak banyak benda. Sebab kita tak banyak bercakap, tu yg saya pendamkan.
Sekarang saya nak beritahu jugak, walaupun awak tak mahu mendengarnya.” Adam
menghampiri Zai.
“Awak tahu tak apa yg saya suka tengok awak menjeling kat saya? Saya dapat
rasakan ada mata yg akan memerhati pergerakan saya. Saya rasa selamat disisi
awak. Awak berdikari, dan boleh hidup tanpa saya. Saya rasa selamat
tinggalkan awak sekejap kat rumah, masa saya pergi kerja. hehe..Tapi saya
selalu rindukan awak. Saya suka kena cubit bila awak geram. Masa kena cubit
tu saya rasa macam saya tidak keseorangan, ada peneman disisi yg akan
membetulkan langkah saya yg copek ni…Tapi awak tau tak apa yg saya tak
suka tentang awak?” Zai tersentak.
“Saya tak suka bila mengenangkan awak akan biarkan saya sorang-sorang kat
rumah tu. Nanti saya sunyi, tau?” Adam terdiam.
“Kalau awak tetap dengan pendirian awak, saya terima. Kalau boleh saya
takmau lafazkan perkataan keramat ni. Tapi jika itu kehendak awak, saya
turutkan. Macam mana nak sebut ni ha? Saya tak reti la…” Adam menggaru
kepalanya. Bingung!
Zai menoleh dan melihat Adam terketar-ketar untuk melafazkan sesuatu.
“Ah, saya tak boleh cakap. macam ni la. Bila cincin kahwin saya ni keluar
dari Kampung Manong ni, jatuh talak satu untuk awak. Tapi…” Adam diam
seketika untuk menelan air liur yg terasa pahit setelah melafazkan kata
keramat yg bisa menggoncangkan tiang luh mahfuz itu.
“Nampaknya saya terpaksa mengaku pada satu perkara. Saya rasa…saya..” Adam
menutup matanya supaya air mata tidak mengalir keluar.
“Saya cintakan awak…” Adam tersenyum ketika pejam.
Zai terkedu. Sebak melihat Adam terpaksa melalui detik-detik yg pahit itu
seorang diri sedangkan dirinya diam mambatu sejak tadi.
“Saya minta diri dulu, maafkan segala kekasaran abang” Adam berlalu setelah
tidak mampu menahan air matanya.
Zai tidak berganjak dari tempatnya sejak tadi. Tiba-tiba zai merasakan
kehilangan. Bergemersik telinga Zai mendengar Adam melafazkan perkataan
‘abang’ padanya tadi. Baru Zai sedar yg dirinya telah mengabaikan seorang
lelaki yg begitu agung untuk dijadikan seorang pencinta. Tiba-tiba tangannya
menggeletar. Sunyi merewang di udara.
Siti menguak pinti bilik sambil menangis.
“Siti, ape kaklong patut buat?” Zai mendapatkan Siti.
“Siti, jawab la..” Zai merayu.
“Dah lega dendam akak terhadap Budin tu? Akak ingat mak kawinkan akak dengan
Along ikut suka-suka? Mak fikirkan kebahagiaan kaklong tau tak? Kenapa akak
ni terlalu ikutkan perasaan? Degil !” Siti melepaskan genggaman Zai. Kecewa
dengan sikap kakaknya itu.
“Siti…” Zai menangis teresak-esak.
“Akak ingat senang ke nak dapatkan cinta yg ikhlas? Cinta yg kaklong abaikan
ini hanya datang sekali saja dalam hidup. Sekali dia hilang, tak perlu la
kaklong carik lagi” Siti memapah Zai yg terjelepok di lantai ke katil.
“Jangan la seksa kaklong lagi, Siti…” Zai merintih.
“Siapa dera siapa?!” Siti menggenggam erat bahu Zai.
“Maafkan kaklong, Siti..” Zai memeluk erat Siti.
“Maafkanlah diri kaklong tu sendiri. Tolong la buat sesuatu sebelum
terlambat, kaklong” Siti merayu. Air mata sudahpun membasahi telekung Zai.
“Nak buat apa ni, Siti!!” Zai seakan hilang arah nya.
“Kaklong dah dapat rasakan sunyi tu, kan? ha? Lebih pedih dari dendam
kaklong, kan? Cepat la pergi la kejar Along!!” Siti menggoncang bahu Zai.
Moga-moga kakaknya itu kan tersedar.
Zai mengangguk. Disekanya air mata lalu berlari sekuat hatinya. Bagai
dirasuk, Zai berlari meredah kabus pagi yg masih menebal. Dalam hatinya
hanya memanggil satu nama. Adam…Adam…

“Mak, semoga kaklong dapat kejar kebahagiaan yg dia abaikan selama ni” Siti
memeluk Halimah dan menangis tersedu-sedu.
“Sabar la sayang. Selalu mak doakan kebahagiaan kamu semua” Halimah turut
menangis melihat Zai berlari meredah kabus dan menghilang di balik
kesamaran.

“Mak..” Zai termengah-mengah setibanya di rumah Adam.
“Zai?..Kenapa ni, nak?” Salwa bergegas mendapatkan Zai.
“Abang Adam mana mak? Abang Adam??..” Zai menahan nafasnya. Zai melihat
sekeliling, kereta Adam sudah tiada. Tiada!
“Abang…” Zai menangis teresak-esak dan terjelepuk jatuh ke tanah.
“Ya Allah..Zai. Kenapa ni?” Salwa kaget.
“Kenapa ni mak?” Sarah menjengah ke luar rumah.
“Awak?” cepat-cepat Adam memapah Zai untuk masuk ke dalam rumah.
“Abang..abangg..” cepat-cepat Zai memeluk Adam.
“Jangan tinggalkan Saya, abang” Zai menangis teresak-esak dalam dakapannya.
“Syukur, abang tak pergi lagi..” Zai merintih.
“Maafkan Zai, abang” Zai merenung dalam anak mata Adam.
“Awak, cincin, awak..dalam kereta” cepat-cepat Adam meleraikan pelukan Zai
dan berlari entah kemana. Meninggalkan Zai terpinga-pinga.
“Kenapa ni Zai?” Salwa yg tidak faham sudahpun risau.
“Kereta Abang Adam mana mak?” Zai menyeka air matanya.
“Amir bawak ke pekan. Ke pasar katanya. Apa halnya ni?” salwa menibas-ngibas
Zai.
“Kalau cincin kawin kami keluar dari kampung ni, saya jatuh talak satu, mak”
air mata Zai mula bergenang kembali.
“Ya Allah..” Salwa terkesima.

Adam berlari merentas jalan yg tidak berlampu. Samar-samar.
“Ya Allah, semoga restuMu bersamaku” Adam terus berlari tanpa memikirkan
dirinya kepenatan.

Ketika itu…
Amir masih lagi menunggu sekumpulan lembu dihadapannya melintasi jalan yg
sempit itu. Sudah berapa lama dia menunggu disitu.
“Amirr..” terdengar suara memanggilnya.
“Aik? Biar benar.”Amir melihat sekelilingnya. Tak ada orang, lembu ade la.
“Amirrr..” suara itu makin dekat menghampirinya. Cepat-cepat Amir masuk gear
satu.
Tok Tok Tok !! Cerminnya diketuk.
“Tidakkk…jangan ganggu akuuu…” Amir menjerit sekuay hatinya.
“Hoi! Ni Along, la” Adam bersandar pada keretanya.
“La, Along ke yg jerit tadi?” panik Amir sudah hilang.
“Iye la..” Adam mengambil nafas sebanyak mungkin.
“Lar..nape tak jerit name Along je tadi. Baru la saya tau Along yg panggil.
Hehe” Amir keluar dari kereta dan bersandar ditepi Adam.
“Loyar buruk” Adam tersenyum. Mengah tak hilang lagi ni.
“Ha, along muncul kat sini nape lak? Dah tak sabar nak balik KL?” Amir
menepuk bahu Adam.
“Tak. Along stay. Sebelum tu…” Adam bingkas bangun dan mengambil sesuatu
dari dashboard nya.
“Okay, along gerak dulu, ha” Adam mula berlari lagi merentas kabus yg
dingin.
“Aii…nape la ngan Along aku ni. Dah seronok lari-lari pepagi buta pulak”
Amir memasuki kereta dan terus ke pasar.
“Hmm…dah lama tak makan ayam ni. Elok gak aku beli daging, bole la masak
daging masak kicap” Amir sempat mengomel.

Zai mundar-mandir di ruang tamu. Resahnya hati.
“Bawak berehat dulu, Zai. Jemput minum air ni ha” Salwa menghidangkan teh.
“..” Adam muncul di muka pintu.
Zai terpaku. Cepat-cepat Zai menarik lengan Adam lalu menuju ke bilik Adam.
“Eh, hei..nape main kunci-kunci pintu ni. Saya..saya tak biasa lar..” Adam
bersandar di dinding.
“Awak ni..ngada la” terus Zai memeluk Adam. Adam terdiam, terkedu habis
diperlakukan begini.
“Jangan tinggalkan saya lagi, ya. Saya nak jadi ustazah. Nak makan burger
ngan awak lagi..Tolong jangan tinggalkan saya” Zai menangis.
“Tak lar. Saya takkan buat macam tu lagi” Adam memujuk.
“Awak buat ape?” Zai mendongak.
“Arr..entah..Saya nak senangkan hati awak je. Tu yg cakap macam tu” Adam
melalut ape tah.
“Eii..awak memang nak dera saya tau..” Zai mencubit pinggang Adam.
“Adeh. Sakit..” Adam tersenyum melihat Zai.
“Takpe..banyak lagi masanya awak akan kene cubit, tau” Zai menguatkan
pelukannya.
“Awak, saya cintakan awak” Adam berbisik.
“Saya cintakan awak juga” Zai mengucup bibir suaminya itu. Merah pipi Zai.

Di rumah Zai..
Siti berlari mendapatkan Zai yg beriringan dengan Adam kembali ke rumah itu.
“Tahniah, akak” Siti tersenyum gembira.
“Siti, kaklong nak tanya ni. Mana Siti belajar cakap macam tadi tu?” Zai
berbisik.
“Owh. Orang baca novel, la” Siti tersenyum malu mengenangkan dirinya tadi.
“Terima kasih, Siti” Zai mengucup dahi Siti.
“Nak..” Adam bermuka manja meminta dipeluk sama.
“Eii..gatai..” Zai cubit sekuat hatinya.
“Adeh, awak…awak..tercabut buah pinggang saya lar..” bergema jeritan Adam
mematikan kesunyian kampung.
……….
Jika isterinya terteguk racun, suaminya carikanlah penawar,
Jika isterinya rusuk yang rapuh, suaminya perlu luruskan dengan
berhati-hati,
Suami adalah orang yang mengetahui semua tentang diri isterinya,
Kelebihan, kekurangan…tetapi tetap menyayanginya.
……….
Note:
mmmph –> sukati awak la
mmm –> apa?
mmmphh –> malas layan awak
mmmh–> yer?

SELAMAT BERBAHAGIA ADAM DAN ZULAIKHA

2 Comments (+add yours?)

  1. missfiza
    Apr 20, 2010 @ 03:47:15

    wahhh da abs da citer ni…
    smpt lg ye ko tls citer ni ngh2 exam..haha~
    papepon ok la citer ni..=D

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: