BirthDay My Mom dah dekat..he2..i have a surprise..!!!

Assalamualaikum

kehadapan kawan2 ku sekalian….wah..dah berkurun naim tak menaip atau tak meng’update’  blog ni… agak cbuk kebelakangan nie…maaf la yer…he2..mcm2 pikir dalam kepala nie..nak pergi sekolah wat pemerhatian lah..asemen..dan mcm2 lagi(amboi cbuk mcm la die tu PM)… 🙂

Dan ada jugak beberapa perkara yang menyebabkan naim menyepi..perkara yang membuatkan bukan setakat lidah kelu..tetapi pemikiran pun kelu untuk menyatakan sesuatu yang tak dapat di ungkap dengan kata-kata(perkara nie biar lah naim simpan dulu ea,nnti naim cter la…)

Dalam diam ubi berisi..Naim sudah 21..baru2 nie.he2..dok tggu hadiah ada owang jnji nak kasi tak bagi2 lagi… dan tak lama lagi birthday my mother plak akan menyusul…hu2.. kepada ibuku yang ku sgt sayang wanita pertama dan terakhir dalam hidupku.. Siti Rokhiah bt.Hamid,tunggu..kerana ada surprise yang bakal menyusul..telah dirancang khas oleh anak-anak mak nie(along dan angah(shahrul)..:)

hu2….adik naim yang no.2 skang nie berada di matrikulasi penang..walaupun kami jauh….mak tetap dihati..mak tak tahu naim akan balik minggu nie..he2(cakkkkk!!) ..walaupun cuti selama 3 hari naim ambik..tapi itu dah berbaloi jika dapat melihat wajah suci mak walaupun sekejap..rindu sangat… tapi kali nie surprise…he2..

Hanya kami 3 beradik menjadi harapan mak dan ayah…semua rijal2 dalam rumah kami adalah hero mak.. ayah adalah hero kami..dan mak heroin kami…. walaupun nnti dah berumah tangga…naim akan pastikan mak dan ayah sentiasa bersama kami…kerana dari kecil kami dibesarkan dengan baik oleh mak dan ayah..bila dah besar,kami akan lakukan begitu juga…

Point naim kat cni…INGAT!!!!!! anak anugerah Allah, setiap yg kita lakukan itu ada balas buruk baiknya…pembuangan anak yang berlaku berleluasa sekarang nie melambangkan keruntuhan moral yang berlaku dan kedatangan zaman jahilliyah moden yang lebih teruk dari zaman jahilliyah dahulu..

anak2 anugerah Allah yang tidak ternilai…

Nabi S.A.W pernah bersabda:-

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Alhamdulillah… mak melahirkan kami 3 beradik kedunia ini dengan baik…semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa mak dan ayah..doa kami tetap bersama mak dan ayah setiap masa……ameen…

P/S: balik kampung!!!!!! he2:)

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Leave a comment