Andai aku berubah sikap…!!

Assalamualaikum…..

Salam alaik kepada semua kawan2 yang mengenali diri naim nie….

Pernah tak suatu pagi…anda terbangun…dan berfikir sejenak..dan bertanya diri anda sendiri “kenapa aku adalah aku…?” naim selalu tanya benda nie…

Dan cuba anda fikir semula..jika anda bukan anda yang sekarang… jika sekarang anda rasa anda baik…cuba pikir bagaimana jika sifat anda buruk…dan jika sekarang anda rasa kurang baik…cuba bayangkan bagaimana anda jika anda bersikap baik…

Kenapa kita kena ambil berat akan perkara ini…?? pernah anda tanya hakikat anda dijadikan manusia oleh Allah S.W.T… kenapa tak saja dijadikan batu ker..pokok ker….burung-burung yang berterbangan di udara ker…kenapa..??

Subbahanallah…!! itulah kebesaran yang maha ESA…Penuh dengan Belas kasihan…

setiap manusia yang lahir ke dunia ini,adalah yang terpilih dari berjuta-juta sperm….dan Allah telah merancang sesuatu yang bermakna untuk kita di sana…Setiap yang Allah jadikan dimuka bumi ini jauh dari sia-sia… jangan sesekali bosan dengan hidup ini..kerana bnyak perkara yang Allah jadikan untuk kita kaji untuk kita teroka….

Tapi cukupkah dengan mendalami ilmu yang hanya berdasarkan kepentingan dunia sahaja..??? tidak…..!!

Orang barat sangat bijak dalam hal mengkaji hukum dunia ini…tapi malangnya semua itu terhad kepada perkara yang boleh dilihat,disentuh dihidu semata-mata..sehinggakan saat mereka hendak mengkaji tentang roh…mereka buntu….lalu mereka mengkafirkan Roh….disinilah buktinya keterbatasan akal fikiran manusia…

Disana kita perlukan pertunjuk….yakni Wahyu dari Allah..yang memberi tahu tentang perkara-perkara ghaib..dan dengan itu juga kita mencari siapa diri kita…apa tujuan kita hidup…dimana kita akan berakhir…??

persoalan yang selalunya buntu di pemikiran manusia,terpampang jawapannya di dalam kitab Allah itu…. termasuk persoalan di atas yang kadang-kala gagal dijumpai oleh sesetengah manusia dan akhirnya mensia-siakan nyawa yg begitu berharga dgn bunuh diri…sy serahkan kepada sahabat2 untuk membelek Al-quran yg mungkin telah lama kita letakkan disuatu sudut di rumah,hostel…

Jika Allah betul2 sayang kita..sangat belas kasihan pada kita kenapa tak diciptakan sahaja syurga…jgn diciptakan neraka…??

mungkin seorang akan menjawab…. “jadi kalau begitu,tak perlulah aku jadi baik….aku nak jadi orang yang paling kaya didunia ini dengan apa cara sekalipun…aku nak mencabuli semua gadis yang dirasakan chantek.. sebab buat jahat lebih seronok dari menjadi baik…aku boleh buat sesuka hati……Kerana akhir sekali aku masuk syurga jugak…so what da point in our life…both good people and bad people will be in heaven….di boleh buat sesuka hati di syurga tanpa ada sesiapa yang boleh menghalang..dan tanpa sebarang hukuman…”

so think about it now…Di mana keadilan dan kasih sayang Allah,jika di sana hanya syurga menanti..?? Subbahanallah…!!!

Lihat,sentuh,dan rasa….disekeliling anda siapa yang menciptakan semua ini……dan fikir semula…siapa aku..?? dimana pengakhiran aku….

kerana di sana hanya ada 2 pilihan…. syurga ataupun neraka….

hanya  syurga yg kita mahukan..dan tentu sekali menolak neraka… sudah tentu bayarannya dengan pahala bukan dengan dosa….jadi tiket ke syurga adalah perbuatan anda sekarang di dunia….

Naim berpesan pada diri ini..dan sahabat sekalian… ingatlah setiap kali kita menggangkat takbir..kita selalu bersumpah bahawa,….solatku,amalku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah S.W.T…. wallahu’alam..

P/S: santapan rohani…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: