Apa yang ‘membunuhku…???!!’

Assalamualaikum kepada semua sahabat sekalian…

Naim agak terkilan kerana tanpa naim sedari..kadang2 teringat tapi lepas tu terlupa,bahawasanya naim dah lama tak up-date blog nie… naim tak pasti kenapa…cuma persoalannya sekarang..Apakah yang membunuh semangat naim untuk menulis…??

Pada permulaan naim berhenti menulis dgn niat hanya untuk sementara,kerana desakan pelbagai kerja luar yang lain,seperti asgment,stdy(kdg2..he..) dn pelbagai lagi perkara yang membuatkan naim akhirnya terlupa tentang naim punyai blog untuk diambil perhatian…(sory yer Justnaim^^)…

Cuba kita ambil ikhtibar disini,fikirkan mcm mana kalau Pencipta kita,yakni Allah S.W.T lupakan kita…nauzubillah.. bagaimana keadaan kita agaknya ya…masih hidup kah kita..?? masih bernafaskah kita..?? masih belajarkah kita..?? Sudah semestinya TIDAK… Kemudian cuba tanya diri sendiri..berapa bnyak kalikah kita mengingati Allah dalam sehari… .?? (jawab dlm hati….)

Naim mengingatkan diri sendiri terutamanya,dan sahabat2 sekalian..marilah kita kembali,kembali mengingati rukun Iman..kembali mengingati mati..kembali mengingati adanya hari kebangkitan..kembali memikirkan bahawa betapa perlunya kita kepada Allah dalam setiap nafas kita….

Setiap teguk udara,setiap denyut nadi,setiap amal perbuatan,setiap hati2..berada dalam pengetahuan dan genggamanNya..dengan begitu mudah Allah boleh lupakan kita,jantung takkan berdenyut tanpa izinNya..jika itu kemahuanNya..begitu rapuhnya manusia itu..lihat..!! betapa kasih sayangnya Allah kepada hambaNya…

Namun mengapa masih kita lupakan Allah..tuhan semesta Alam yang menciptakan kita…?? alasan yang mudah,kerana kita nie manusia..betul kita manusia… tapi ingatlah bahawanya Allah berfirman,

Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa.” (Yunus 10:12.).

Adakah kita hamba yg ingat Allah masa susah,berpaling dariNya ketika senang…Sememangnya itu satu kerugian dunia akhirat yang sangat nyata…… nauzubillah…

P/s: Wahai hati janganlah dikau lalai dalam membelah badai lautan kehidupan……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: