Jangan mengeluh kerana kesibukan…(edisi maulidur rasul)

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian…

Barakallahufik… Alhamdulillah masih lagi bernafas naim di dunia ini rupanya,itulah.. lama sgt tak up-date blog nie, Ya Allah apa sudah jadi…. Sibuk????!!!!! hehehehe..

Kalau sebelum nie naim mengeluh sana-sini… aduh..kenapa cbuk sgt aku nie… aduh..tak cukup masa ler nk stdy.. aduhai..stdy tak masuk mcm2 pikir… tetapi ingatlah.. apa amalan yang kita lakukan sehingga kita merasa terlalu cbuk… fikirkan kembali,adakah amalan dunia atau amalan akhirat…semuanya dunia semata-mata.. macam mana nk convert semua amalan itu kepada ibadah…??

Abang Usrah naim ada berpesan… Cukup lah kamu sebelum keluar dari bilikmu,niatkan semua,segala yang kamu lakukan hari ini adalah semata-mata kerana Allah..kerana Mencari Redha Allah..kerana Semata-mata berserah pada Allah… Jaga waktu Dhuhamu.. Jaga Wudu’ mu.. Jaga tutur kata,langkah gerakmu… Jangan mengeluh dgn Kesibukkan yang melanda… bayangkan segala amalan yang mendatangkan pahala ibadah yang dilakukan pada hari tersebut,terhapus begitu sahaja kerana dek mengeluh… Nauzubillah….

Tak dinafikan,naim agak terleka untuk meng-update blog kesayangan nie dek tak sempat tapi faktor terbesarnya adalah “facebook note” naim hampir-hampir menggantikan blog ini dgn itu… Namun Alhamdulilah,blog Naim ini bnyak memberi kesan sentimental dalam hidup naim.. sayangnya nk gantikan dgn apa-apa pun….

Banyak juga bahan-bahan yang seatutnya naim masukkan dalam blog ini di letakkan di Facebook,tapi tak mengapalah,di sana bnyak yang copy paste daru taip sendiri,tapi kat sini adalah hasil nukilan naim semata-mata…. di situ yang sayang sgt… sangat istimewa.. kepuasan itu ada…

Di kesempatan ini naim ingin mengucapkan salam maulidur Rasul, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W… Cinta kita ingatan kita kepada kekasih Allah ini bukan hanya pada saat ini ketika ini.. tapi di setia degup jantung di setiap hela nafas kita insyaAllah… kerana sesungguhnya,Rasul Allah itu jugalah yang akan memberi Syafaat kepada kita di hari akhirat kelak.. di hari kita sangat butuhkan pertolongan…

Nabi pernah bertanya kepada sahabat-sahabat,”siapakah orang yang paling mulia..??”

Para sahabat menjawab, “semestinya para nabi dan rasul ya Rasulullah…. ”

Nabi berkata,”Betul… Tetapi kurang tepat,para nabi dan rasul sudah semestinya mulia…”

Sahabat pun mencuba lagi, dgn bertanya “adakah kami ya Rasulullah..??”

Nabi menjawab.. “betul..tetapi masih kurang tepat,kamu sememangnya mulia,kerana bersamaku menolongku menegakkan syiar Islam..” ada lagi…

Sahabat pun kebingunggan…. dan Nabi tiba-tiba tertunduk dengan berlingan air mata… lalu berkata..

“adalah orang yang paling mulia itu adalah umat akhir zaman,Selepas zaman kamu,selepas kewafatanku.. yang mencintai ku, yang masih menyebarkan Ajaran Allah,yang sentiasa berselawat keatasku..dgn kepercayaan dan keimanan,berdasarkan al-Quran dan sunnahku semata-mata…tanpa pernah melihatku,bersamaku,mendengar kata-kataku…. mereka rindu padaku dan aku juga rindu pada mereka… aku sangat rindu bertemu mereka… Rasulullah dan sahabat terus berlinangan air mata….”

“Bersaksi cinta di atas cinta,dalam alunan tasbihku ini,menerka hati yang tersembunyi… berteman di malam sunyi penuh doa… sebut namamu terukir merdu,terlukis dalam sajadah cinta,tetap kau pilihan sebagai teman tetap abadi hingga akhir zaman……”

P/S :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: