Duit oh duit.. nak chekau kat mana lagi nie….??

Assalamualaikum wbt..

Parah suda… hehehe… mcm nie la setiap kali bila ujung sem… semuanya duit…. mana nk chekau..?? tambah plak naim ambek short sem..nah ha…

Entry kali nie nak bercerita tentang duit skit… selalunya bagi remaja mcm naim nie(remaja lagi ker..??) bila pegang duit biru mata hitamku… nah guna ja,tak kira… akibatnya kering di hujung petang(sem).. semoga sahabat-sahabat lain ambek la ikhtibar yer…hehehe

meh cni nak cter serba sedikit perihal nak mengurus duit/wang…

1.Catat semua perbelanjaan : benda nie la yang paling naim tak mampu nk buat… “kak minta resit..” aduh selalu tak ingat kata keramat tu… bila housewife tanya..minta resit bang… kita pun marah balik isteri.. RESIT TA DAK..!! tak guna punyer suami…(kata si isteri)..

2.Nilai setiap perbelanjaan : selalunya masa menilai nie,naim buat masa dok belek2 hanfon..belek2 jam tangan yang dah berapa puluh kali tuka..yang terbaru samurai watch pun rosak..tunggu isteri beli tak beli2 pun..(eh aku mana beristeri lagi..(*_*)), so skang la masanya tuk berubah..ambek berat skit harga barang tu..walaupun seposen ja..

3.Buat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan : kalau bab buat perbandingan harga nie rasanya semua owang dah teror..tinggal nk berbelanja mengikut keperluan tu yang susah.. ada yang berbelanja kalau bleh satu mall tu nk borong ha…IKUT nafsu serakah betol..!!! kalau nk berbelanja tu.. pastikan ukur baju di badan sendiri dulu..jangan ukur di badan dato’ plak.. maaf ya dato’…

4.Jejaki kemana perginya wang : Macam mana nk jejak…jejak mcm jejak kasih tu ha… cari sampai dapat punca kat mana duit keluar,resit sume yang isteri minta tadi..pastikan ada.. jangan ko gi jerkah isteri plak.. baik isteri ko tu Alhamdulillah la.. tambah plak kalau isteri ko akauntan,bleh buat imbangan duga terus.. manage skit idup ko..

5.Bahagikan wang mengikut keperluan : Bab-bab bahagi nie,alhamdulillah la naim single lagi..nak bahagi pun tak da sapa lagi… bahagi kat mak ayah ada la.. nnti bila beristeri dan beranak pinak,baru la nk pening2 chekau duit nak bahagi2… Ustaz naim pernah bagi tau.. bagi yang belum nikah,gaji simpan 50% tuk belanja kawen,sebab la nie hantaran mcm nak jual anak jer.. 10k,20k,30k nasib bek aku bukan dato’ K.. walaupun nama Khairul,(cari jer anak yatim wat isteri..dapat pahala)..dan bagi yang sudah nikah nisbahnya 20:30:50… paham-paham la sendirik yer… (@_@)

Rasanya cukuplah setakat ini petua untuk dikongsikan pada hari ini. Semoga ini membantu kawan-kawan dalam pengurusan kewangan dengan cara yang lebih berhemah.(skema gila ayat..) pheeweet..!!

p/s : Saya nak jadi suami mithali…(^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: