Dalam Sujud CintaKU… (edisi Mencari Redha Ilahi)

Assalmualaikum Wbt, teman-teman sekalian…

Ya Allah ya tuhanku… Tiada daya bagiku melainkan hanya mengharap pada kekuasaanMU..

Setelah lama menghilang… akhirnya Naim kembali semula.. kembali lagi.. dah dua kali mcm nie.. untuk satu-satu masa lama tak update.. dan kali kedua nie bukan sebab sibuk.. tetapi berlaku musibah pada naim, Innalillahiwaiinalhirajiun…

Apa yang berlaku beberapa bulan lepas membuatkan jari-jemari ini tak mampu mengukilkan kata-kata indah lagi… terasa terpalit, terluka… tapi tak mengapa.. InsyaAllah, Allah telah merancang yang terbaik untuk Naim dan yang berlalu kita perlu redha dan biarkan ianya berlalu… Itu sunnahtullah…

Tiada lebih pedih kehilangan Satu Cinta manusia.. Melainkan Pedih lagi Jika Allah melupakan kita, lantas CintaNya tidak lagi untuk kita… Yang itu patut kita cemaskan…

Untuk beberapa bulan yang lalu… NAim agak ‘lost’ dalam dunia.. Hilang dalam satu kehilangan… walaupun agak privasi, tetapi serba sedikit harap dapat dijadikan pengajaran bagi sahabat-sahabat yang membaca..

“Ikhlaskan diri dalam Mencari Redha, Betulkan Niat dalam mencari Cinta”

Naim jadikan ayat di atas sebagai pegangan dan ingatan bagi diri Naim sendiri selepas ini…

Kalau dulu, Naim selalu fikir.. siapa ya yang bakal menjadi zaujahku di masa depan..?? pertanyaan yang sering kali bermain di benak fikiran.. kadang2 terbawak sebelum tidur.. terlintas wajah seseorang… mungkin kebanyakkan sahabat yang mengikuti tulisan Naim tahu siapa orang itu..

Sehinggakan dalam sujud di tikar sajadah pun Naim terlintas semua itu… Astaghafirullahal azim.. dalam hati mula berfikir, “ish aku tak buleh mcm nie.. nak kena kawen nie…” dah selalu sangat benda yang mcm nie jadi… sehinggakan Naim terlupa satu perkara.. Niat….

Adakah Kita selalu check Niat kita balik sebelum memulakan sesuatu perkara… atau pekerjaan.. atau terus hentam balun jah.. Niat adalah pokok sesuatu pekerjaan kita itu untuk menjadi pahala atau dosa… Masa itu Naim hanya fikir tentang diri yang mahu nikah,nikah, nikah.. almaklumla.. calon mcm dah ada masa tu..(~_~)..

Itulah.. dalam menikmati Kurniaan Allah… kita sering terlupa untuk mengucap syukur… Lantas apa bila diambil kembali dia.. baru kita sedar… Ya Allah niatku tak betul..

Nikah itu perkara yang bagus dan baik.. tapi jika ianya sekadar untuk memenuhi jiwa manusia yang perlukan pasangan hidup, apa bezanya kita dengan orang yang bukan Islam.. mereka juga berkahwin.. adakah kita Niatkan kerana Allah…??

Ikhlaskan dulu Mencari redha Allah… cinta Allah… Baru Niatkan mencari Cinta Manusia.. dan bersatu dalam redhaNya..

Sekarang, sesudah kehilangan orang yang Naim sangka akan menjadi suri dihati ini.. BAru Naim tahu betapa terasa kosongnya hati ini… Namun apa yang lebih memilukan dan mengosongkan.. Naim mula melupakan surau dan masjid.. Astaghafirullahalzaim.. Ampunkan dosaku Ya Allah…

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Sungguh Naim di Uji…. Selama hampir dua bulan Naim berada dalam keadaan diuji.. Alhamdulillah… Naim masih diberi Hidayah Allah…. Apalah hidup ini tanpa Redha Allah.. apalah harganya dunia yang fana ini.. apakah lebih berkilau permata, jua wanita dan tingginya pangkat, yang hanya memalingkan kita dariNya……jika semuanya itu akan Dipenuhi di Syurga Nanti…

Jangan pernah mengalah dengan dunia… dan sehingga sekarang Naim belum pernah mengalah lagi, InsyaAllah,, rancangan Allah yang terbaik.. Andai dia jodoh Naim.. Naim bersyukur.. Andai tiada… itu sudah ketentuanNya.. Namun titipan doa sentiasa bersemi…InsyaAllah..

p/s: Cukuplah Cinta Ilahi, jika tiada bagiku cinta Insani… -Ar-Rijal

11 Comments (+add yours?)

  1. Hanggok Basi..
    Dec 12, 2011 @ 01:10:13

    salam.. banyak pengajaran.. ><

    Reply

  2. Nurkamila Mohd Zain
    Jan 28, 2012 @ 06:55:34

    bgus sgt..(^_^)

    Reply

  3. ahmad syafiq
    Mar 19, 2012 @ 15:00:36

    assalamualaikum…sungguh tersentuh hati membace ksah ni…ksah ni lbey krg dngan sy yg lalai dngan kehidupan duniawi…tp alhamdulillah kesedaran itu hadir dlm dri hari demi hari…:)

    Reply

  4. ~N.A.I.M~
    Mar 24, 2012 @ 16:54:46

    Sekadar peringatan bersama…

    Reply

  5. lia
    Apr 02, 2012 @ 14:21:40

    InsyaAllah, yang baik itu datang dr Allah S.W.T.
    Allah menguji kerana sygkn hambaNya.. rindukan hambaNya..

    Reply

  6. fizieys
    May 22, 2012 @ 07:18:15

    Apa yang terjadi dalam hidup ini mungkin ada kehebatan dan hikmah disebaliknya…Tuhan sudah merancang yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

    Reply

  7. tiung
    Aug 01, 2012 @ 08:27:38

    salam…
    seronok dan insaf bila baca coretan ikhlas ni..
    tahniah dr sy..

    Reply

  8. human
    Oct 22, 2012 @ 07:05:41

    kisah awk spt saya… yang berpikir mahu berkahwin, yg kononnya sudah bertemu jodoh antara kami… sehingga kedua-dua belah pihak keluarga sudah mengetahui dan bersetuju.. tapi jodoh itu mmg rahsia Allah.. dia pergi tinggalkan saya untuk seseorang yang lain… sy sokong kata-kata kamu… biarlah kita hilang cinta manusia.. asalkan jangan hilang cinta Allah.. sedang menguatkan hati.. ^^

    Reply

  9. anne
    May 28, 2013 @ 10:33:55

    sama yg sy lalui skrg, dlm kami cuba utk perbaiki diri masing2, dia semakin jauh dari sy, dlm sy makin syg pd dia, dia semakin jauh dr sy, sy redha kalau dia bukan jodoh sy, sbb bkn kali pertama sy kehilangan insan tersayang sbb Allah masih sayang pd sy🙂

    Reply

  10. Maisha Shunada
    Jun 11, 2013 @ 17:34:47

    assalamualaikum..
    hidup ini memang kadangkala tidak seperti yang disangkakan tapi sebenarnya Allah merupakan kekuatan kita.. semua itu mematangkan .. kisah kamu btul2 myentuh hati.. kuatkan iman ..

    Reply

  11. fikrynevertary
    Oct 23, 2014 @ 17:05:48

    semoga allah mencurahkan karunia-nya kepada kita semua

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: