Hidupku Seorang Musafir….

Assalamualaikum sahabat2 sekalian… Yang jauh, yang dekat… yang di hati.. dan yang berada di mata… saya doakan agar kita semua dalam penjagaan dan rahmatNya.. amin InsyaAllah…

Entry kali nie adalah entry yang pertama naim untuk tahun 2012 ni.. Sebulan skip tak menulis blog tercinta nie.. Al maklumlah.. sibuk dengan Exam.. dan bermacam2 lagi.. tapi rasanya itu bukan alasan.. saja nak cari alasan.. kalau betul2 uruskan masa, mesti sempat punya kan3…

sebenarnya bnyak yang naim berkongsi dengan rakan2.. tapi jari-jemari nie letih menari kalau lama2.. so naim akan pickup pelan2 apa yang tertinggal….

kalau berdasarkan tajuk entry kali nie, tentang bermusafir… Esok pada tanggal 20.1.12 naim akan bertolak balik ke kampung.. dan yang bestnya, naim akan balik dengan moto naim.. so mmg excited la sangat2…

 

lantas teringat naim, tentang satu sabda Nabi S.A.W tentang hidup kita ini, yang tidak ubah seperti seorang yang bermusafir… Apabila panas kita berhenti sekejap berteduh, apabila telah redup, kita sambung meneruskan perjalanan… betapa sementaranya hidup di dunia ini…

Hidup yang sesingkat ini kalau tidak makin dekat dengan Ilahi.. malah semakin jauh.. alangkah celakanya kita.. namun jika umur yang kita hadapi ini digunakan sepenuhnya semata2 mencari redha Allah.. alangkah bahagianya.. dan tercukupnya kita dengan nikmat2 yang Allah beri…

Naim pernah mendengar, Hidup kita ini hanyalah antara dua nafas… Sedut dan hembus… Jika kita hidup di malam hari… belum tentu kita berjumpa pagi hari… jika kita hidup di pegi hari, belum tentu kita bertemu dengan petangnya… dan jika kita hidup di petang hari.. belum tentu kita berjumpa dengan malamnya… sungguh, manusia itu merancang.. tetapi rancangan Allah adalah yang terbaik…

Bila difikirkan umur naim yang juga semakin meningkat ini… Tahun nie sudah 23… kelihatan masa sangat pantas berlalu… Setahun dirasakan sebulan.. sebulan dirasakan seminggu.. seminggu dirasakan sehari.. malahan sabda Nabi S.A.W sehari akan terasa seperti percikan api sahaja.. begitu cepat masa berlalu.. ya  Allah, adakah umurku selama ini diredhaiMu…

Muda sebelum tua… Sememangnya umur naim masih muda.. dan semangat untuk bersuka-suka.. bergembira… mmg sangat kuat… mmg cenderung kearah itu.. namun kata-kata Nabi S.A.W menyedarkan naim.. Allah menyanyangi seseorang yang dapat menahan nafsunya dan lantas meninggalkannya kerana Allah… mmg susah untuk kita tinggalkan sesuatu yang kita minat…. dan balasanya tentulah syurga.. sebelum kita semakin tua.. maka waktu muda inilah kita berhempas pulas mengisi ilmu di dada..

Cuti sebulan yang akan datang ini… Naim teringin nak masuk kelas bahasa arab… naim dah lama menyimpan cinta terhadapa bahasa Al-Quran ini.. namun kekangan demi kekangan melanda.. Ahhh..!!! itu semua alasan.. tapi naim akan tebus masa2 itu… Alhamdulillah.. Allah membuka hati naim untuk terus mendalami bahasa ahli syurga ini.. rasa iri hati dengan rakan2 yang boleh berkomunikasi dan memahami isi kandungan Al-quran memberikan motivasi tambahan pada naim…

Selepas cuti ini, naim akan menjalani praktikal selama 5 bulan setengah di sebuah sekolah di Melaka, Sek. Men. Kebangsaan Bukit Rambai.. Naim sudah melawat sekolah tersebut tempah hari.. dan Alhamdulillah.. apa yang naim lihat guru2 dan pelajar2 di sana serta persekitaran sekolah amat baik.. tak sabar naim nak menimba ilmu dan berkongsi ilmu nie… berdebar pun ada… tapi yang paling bestnya dapat merasai jadi cikgu sebenar…^^

Yang terakhir… Naim mohon sahabat2 yang membaca tulisan naim ini, agar memaafkan segala salah silap, ketidak sesuaian bahasa yang naim gunakan di sini, jika ada sebarang kegurisan hati.. naim mohon maaf dan doakan naim…

sesungguhnya doa yang cepat dimakbulkan Allah, adalah doa dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain, tanpa diketahui oleh sahabat yang di doakan itu…

Hidupku seorang musafir……

dalam kemusafiran ini ku masih mencari peneman….

P/S :  Ahabbaka allazhi ahbabtani lahu, Allahu ma’ak ….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: