Another You…

Assalamualaikum WBt..

Bismillahhirrahmanirrahim..

“Another You…. I seek everywhere..none, there will be no another You..” 

Masa-masa begini, ketika hujan renyai-renyai di luar sana… naim keseorangan,sambil mendengar petikan gitar dari kumpulan Cromok lagu yang bertajuk another You.. mmg sgt mengasyikkan, lantas naim menilai detik2 kehidupan naim sehingga kehari ini.. Ya Allah bnyak dosa yang telah aku lakukan….. bagaimana amalku, adakah diterima..

Lagu nie walaupun tiada liriknya, naim seolah-oleh mengerti, akan makna yang hendak disampaikan.. mencari ‘Another You’….

Ketika kita merasa senang… adakah kita ingat akan segala nikmat yang Allah berikan pada kita sehingga kita mampu untuk mengecapi apa yang ada hari ini.. adakah lantas ucapan syukur terukir dan dilafaz… Alhamdulillah… naim diberikan lagi umur.. naim diberikan lagi kesempatan untuk terus menjadi hamba Allah.. masih terus diberikan kesempatan untuk bertaubat, meminta ampun..

Ketika kita berada dalam keadaan susah… adakah disaat itu baru kita teringat kan Allah… atau mencari Another YOu…?? sekarang manusia bnyak menjadi hamba duit… dengan duit manusia sombong dan bangga.. lantas Allah menjadikan hati mereka cenderung kearah itu… mencari orang yang terus bergantung kepada Allah pada zaman sekarang dimana dan walau dalam apa jua keadaan, sangat payah.. ramai orang yang mengejar wang ringgit kerana percaya itu yang mampu menyelamatkannya.. adakah itu Another YOu..??

apa yang terjadi keatas diri naim berbeza pula.. naim mencari Another YOu… untuk naim gantikan seseorang yang telah pergi selama-lamanya dari hidup naim… setelah dia dimiliki oleh orang lain..

dalam mencari, naim bertanyakan diri sendiri, adakah aku mencari seseorang yang sepertinya atau lebih baik darinya…?? lantas merefleksi kepada diri sendiri… adakah aku sudah jumpa Another Me…?? or I still the old Me..

Takdir Allah itu sudah tertulis.. dia bukan milik naim, tetapi milik orang yang lebih baik dari naim… Jika naim mencari orang yang sepertinya, sudahkah naim menjadi seseorang yang lebih baik…??? pertanyaan itu selalu bermain di minda…

Perkenalan dengan seorang insan yang bagi naim amat tepat pada masanya, merungkai seribu satu pertanyaan yang bersarang di minda ini. semuanya adalah kerana Mak naim… mak naim yang menjumpai insan ini..

jika dilihat dari mata kasar yang zahir, dia tidak seperti insan yang naim selalu impikan.. tapi jika dilihat dari kaca mata Ibu naim.. dialah insan yang paling tepat untuk naim.. benarlah, apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita…

Naim ikhlaskan diri untuk teruskan perkenalan dan dia pun respon positif terhadap naim.. Alhamdulillah.. perkenalan kami setakat ini berjalan lancar… masih ingat kah pembaca semua tentang Bunga..??

Apa yang saya ingin sampaikan adalah, jika cuba untuk mencari yang serupa pada sesuatu yang Allah cipta khas hanya untuknya.. kita takkan pernah jumpa.. sebab diri anda hanyalah anda seorang.. tiada dua.. dia mungkin pergi buat selamanya… tetapi Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk saya.. InsyaAllah.. kami berkawan, dalam proses mengenali.. saya cuma harap ini yang terakhir… Another You, I never met.. but there someone better… naim harap dan berdoa agar dia dapat terima naim, mak naim sayang sangat dengan Bunga nie.. terukir senyuman di wajah yang suci itu bila naim sebut nama BUNGA.. itu sudah cukup mengembirakan naim..  alhamdulillah….

P/s : Naim dah pergi merisik.. jumpa ibu dia.. tinggal dia saja.. sebab kami masing2 tidak mengenali…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: