Entry Pertama Di tahun 2013 (edisi azam baru)

Assalamualaikum sahabat2 sekalian…

entry kali nie agak terlewat skit naim tulis.. yer lah.. dah masuk 2 haribulan januari di tahun 2013… huhuhu.. kan… rasa mcm nak berpatah balik jer masa tu.. nak jer tulis entry nie ngam2 1 hari bulan.. tapi apakan daya… buat lah mcm manapun masa yang pergi tetap akan berlalu tanpa kembali….

737669_128616283969605_214511774_o

Berbalik kepada entry naim kali ini… wahhh..!!! azam baru tu…

hehehhe…

Sebut jer pasal azam berazam nie…. tentunya banyak yang kita nak buat kan pada tahun 2013 nie… ada yang berazam nak kawen(amboih ko naim yang first ko sebut ea).. ada yang berazam nak beli kete, beli rumah(sewa pun jadilah), ubah perangai… dan macam2 lagi lah yang se angkatan dengannya.. sesuatu perkara yang kita teringin nak capai…

Namun.. adakah azam2 kita tahun lepas sudah sempurna… atau pun belum tercapai lagi.. dan kita pun menyambungnya tahun ini.. bagi yang menyambung, meneruskan azam tahun lepas Alhamdulillah.. bagi yang tidak… Kenapa ya..???

tumblr_m891bbohaz1ruc9eto1_500

adakah anda berputus asa untuk mencapai apa yang anda azamkan… mungkin sudah bertahun2 anda usahakan tetapi tidak juga tercapai azam anda… namun adakah anda hendak berputus asa sekarang..?? sudah tentu tidak…. keep on going man..!!!

Naim juga mempunyai beberapa azam tahun baru… dan azam yang lepas yang masih belum terkotakan… InsyaAllah.. selagi nyawa masih bertaut di tubuh badan ini.. akan ku gerakkan jua meredah rimba hutan dunia ini…. berpatah sayap bertongkat paruh… berpantang maut sebelum ajal…. Lahau lawala qhuwatailla billah…(tiada daya dan upaya melainkan kekuasaan Allah semata)…

Azam All The Best!!!

untuk tahun baru nie… Naim bersama dengan dua orang rakan.. berkongsi suka duka dalam dunia pendidikan dengan membuka pusat tuisyen.. jadi dengan harapan.. bersama2 dapat mengembangkan lagi pusat tuisyen tersebut agar berkembang maju di masa hadapan.. InsyaAllah.. dan ada beberapa lagi azam… yang penting adalah.. diri naim… agar menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun2 yang lepas…. Ya Allah… Andai dosaku di tahun lalu… seperti buih di lautan… ampunilah daku ya Allah… Luakanlah rumahku ya Allah… Berkatilah rezekiku ya Allah… untuk tahun ini dan juga tahun2 yang akan datang…

Ampunilah Dosa kedua orang tuaku… dosa Adik2ku.. dosa Insan yang ku sayang…. dan Dosa orang2 mukmin yang berada di semua tempat tidak kira masa.. yang hidup mahupun yang meninggal dunia….

Jadikanlah aku insan yang mengajak kepada kebaikan.. dan yang mampu menengakkan kalimahmu di atas muka bumi ini… dan juga hadirkanlah buatku zuriat yang soleh dan solehah… Amin Ya Rabbal Alamin….

p/s: Tahun 2013…… apa yang tersimpan buatku..??? semuanya adalah rancangan yang terbaek dari Allah SWT…. ehem2.. ada kawen2 yang bujet nak kawen ke tahun nie..?? jangan lupa hantar kad yer….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: