Mana pi Mufti….?? sengap tak kata apa kaa…?

Bismillahhirahmanirrahim..

Lepaih satu satu… apa nak jadi dengan Malaysia nie agaknya….

Baru2 nie telah dianjurkan suatu seminar pemikiran pikiran Kassim Ahmad : Suatu Penilaian, dimana Dr Kassim Ahmad telah muncul setelah beberapa lama mendiamkan diri .

Pendangan dan pemikirannya yang kontroversi apabila mendakwa Islam yang sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama….

b63ba417efc757a46074ab55899a96e2

Beliau yang bekas ketua parti sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sebelum memasuki umno, kini mengajar umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar… Pendapatnya yang menolak hadis dan pandangan ulama dalam tafsir Al-quran.. tidak dapat diterima akal sama sekali…

Katanya “Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

“Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka,” kata beliau ketika memberi ucapan dalam “Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian” di Putrajaya. – MalaysiaKini.

Beliau juga turut menyatakan, kenapa perlu mendewa-dewakan Nabi Muhammad dalam syahadah dan bahawasanya rambut itu bukan aurat, hujah beliau adalah berdasarkan tafsiran ayat pertama dalam surah Al-Munafiqun.

Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.

Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”.

Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa.

“Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah,” kata beliau. -MalaysiaKini

Dimana Mufti Semuanya… Diam…… senyap seribu bahasa….. adakah sebab Hamba Allah nie…??

1964876_830536443630226_643940836_n

Lebih dukacita beberapa orang mufti dan pemimpin agama yang biasa cepat mengeluarkan pandangan yang melibatkan pembangkang terus diam membisu tidak mengeluarkan kenyataan kecaman sebagaimana biasa.

Apakah ini membuktikan politik melebihi segalanya termasuk isu akidah bagi mereka ini?

Pandangan yang sangat berat mcm nie membuatkan aku rasa geram yang amat… beliau seorang yang sudah berusia… kubur kata mari rumah kata pergi… Namun masih belum sedar Islam tu apa sebenarnya…

Kenyataan beliau bukanlah suatu yang baru, buku beliau yang dahulu pernah diharamkan kerana diyakini boleh membawa kepada terpesongnya akidah…

Melihat latar belakang beliau, pandangannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.

Lantaran itu wujudnya istilah seperti jahil murakab, iaitu seseorang yang tidak menyedari bahawa ia tidak mengetahui. Atau dalam bahasa biasa “dia tidak tahu yang dia tidak tahu.”

Jadi nak Buat apa…??

Pihak berkuasa… yang ada power dalam hal mcm nie.. perlulah bertindak, seperti jabatan kemajuan Islam Malaysia dan Majlis agama Islam negeri agar perkara seperti ini dapat di banteras.. sebelum ianya bertelur dan beranak..

Memang pelik pemikiran beliau, akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi.

Ambil contoh gesaan beliau agar al-Quran ditafsir semula, dan pentafsirannya mestilah berdasarkan al-Quran sahaja, bukan Hadis dan bukan pandangan para sahabat atau para alim ulama.

Persoalannya, kalau beliau menolak Hadis, bagaimana beliau boleh beriman dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan Baginda membacakan al-Quran ini?

Umpamanya, di dalam al-Quran, Allah memerintahkan sujud, bagaimana kita nak tahu cara perbuatan sujud tersebut kalau bukan melalui cara yang ditunjukkan Rasullulah?

Demikian juga puasa, zakat dan seluruh ajaran al-Quran. Kalaulah Rasulullah bukan pentafsir kepada al-Quran, apakah kita lebih layak mentafsirnya?

Kassim Ahmad, dan orang-orang Islam yang lain yang jelas dilihat keliru perlu dipanggil, diperbetulkan dan diberi kefahaman sebenar terhadap kekeliruan tersebut.-MalaysiaKini.

Bagi Aku secara peribadi… perlu ada suatu wacana yang boleh dibahaskan secara ilmiah tentang pemikiran beliau ini, agar dia dapat sedar… semoga hidayah Allah hadir buat kita semuanya…. Wallahu a’lam..

psstt : Hidayah perlu dicari hari2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: