Salam Maulidur Rasul…

MUnajat Si Fakir Hina

(Ya Rasulullah daku Rindu)……

Tak terlafaz KAta…..Tiada Kata Seindahnya….

Walau Kau Telah Tiada Ya Rasul…. Di HAti ini MAsih Semarak.. tiada Yang lebih ku cintai Ya Rasul MElainkan Dirimu.. Tiada yang kurindui.. Melainkan untuk bersua.. bertemu denganmu Ya Rasul.. Namun jasad yang hina ini adakah layak untuk bertemu dengan ya Rasul.. Kekasih Allah.. Siapalah daku ini… Insan biasa yang ingin sekali jika tak mampu memeluk tubuhmu yang harum.. sekurangnya mahu sekali melihatmu…

Kisah-Cinta-Nabi-SAW-Mandi-Bersama-Istri

Ya Rasul… Kau tinggalkan kami… warisanmu ya rasul.. namun kami selalu leka ya rasul tanpamu.. sesungguhnya rasul.. kami merinduimu… ingin sekali jika masa dapat ku putarkan ya rasul.. Ingin ku kembali kemasa mu.. Kezaman yang mengandungi dirimu…

Senyumanmu ya rasul… Sangat ku rindui walau tidak pernah ku melihatnya… sangat membahagiakan.. sangat mengharukan… setiap kali ya rasul.. ketika ku membaca sirah-sirahmu… menitis air mataku… cemburu melanda di saat ku hanya mampu membaca sirahmu.. tanpa boleh berjuang bersamamu…

tumblr_lzdanvAuDO1qjtkiko1_500

Ya rasul.. sukarnya untuk umatmu menerima kepergianmu.. dimasa itu… Sukar lagi bagi kami ya rasul… merinduimu tanpa melihatmu.. mecintaimu tanpa pernah bersua denganmu… menangisi pemergianmu tanpa pernah bersama denganmu… ya rasul.. Ingin sekali ku bersua denganmu…

Kedatanganmu ke alam ini memberi umat manusia ini seribu satu kebahagiaan,seribu satu rahmat, seribu satu pengertian yang tak dapat daku gambarkan ya rasul.. Dirimu hadir menyempurnakan Akhlak.. Menyempurnakan Segala Nabi dan Rasul sebelummu… Kesan Kehadiranmu dialam ini terpahat dihati-hati umat… sehingga hari kiamat… Ya rasul… Kami merindumi… daku merinduimu….

Titipan ini, daku nukilkan tanpa sedar berderai airmataku….. airmata syahdu ini sangat merinduimu ya rasul…

Tidak ku nukilkan ini hanya pada saat dan ketika menyambut kelahiranmu ya rasul… Namun telah lama ku pendamkan kerinduan ini ya rasul… tidak tertahan lagi, menahan kerinduan ini… ingin sekali kutinggalkan dunia ini.. ku ingin sekali bersamamu ya rasul… tiada apa didunia ini untukku.. jika engkau bersamaku…

Ya rasul… diriku tiada apa yang dapat ku sembahkan untuk menjadi kebanggaan buat mu ya rasul.. diriku sangat hina.. malu menyelubungi diri ini saat jari-jemariku menukilkan kata-kata ini… namun selawat dan salam sahaja dapat ku berikan..banyak lagi yang perlu ku lakukan… terlalu bnyak sunnahmu yang masih ku lupa… masih belum ku tahu….. Ya rasul… maafkan daku…

love_for_rasulullah_s_a_w__by_saurukent-d4slw82

Ya rasul Allah… KEkasih Allah…. Kasihmu pada umatmu….. sehinggakan syafaat kau bawa untuk bertemu umatmu dipintu syurga… sedangkan kau boleh sahaja berada di syurga.. kau keluar ke telagamu memberi minum kami.. kau bersama kami melintasi titian.. kau bela kami disana.. kau barsama kami sehingga kesyurga…satu Doamu yang kau simpan, khas buat nabi2 dan rasul… dimana Nabi Nuh mendoakan kaumnya tenggelam.. Allah kabulkan… NabiSoleh dan Nabi Luth, Mendoakan Kehancuran Kaumnya.. Allah Kabulkan.. NAbi Sulaiman Mendoakan sebuah Kerajaan yang agung tanpa ada selepas itu kerajaan sepertinya.. Allah kabulkan…Namun, Dirimu Ya rasulullah.. Kau simpan doa Itu untuk digunakan di akhirat sana… Sebagai hak Untuk Memberi syafaat buat kami…. Ya Rasul….. Terima Kasih Ya Rasulullah….  Tiada kata yang dapat ku gambarkan perasaanku terhadapmu ya rasul… tiada… tiada…tiada… Maafkan daku jika nukilan ku ini tidak kena pada keagungan dirimu.. jika ada kata yang lebih baik.. akan ku gunakan… namun ini sahaja kemampuanku, untuku melafazkan, betapa ku cinta… kurindu… dan ku ingin sekali berjumpa denganmu…. Ya rasulullah…………………. Tak terlafaz kata…….

396265_327317070640330_688219132_n

Salam Maulidur Rasul………

~Cinta…OOoo Cinta…. Semua Kerana Cinta~

Assalamualaikum Sahabat2 Yang dikasihi…

Cinta… Apa Itu Cinta..?? mudah kita dengar setiap hari.. Namun Sukar untuk diterjemahkan dengan Tepat… apakah Itu cinta sebenarnya… Senang Untuk Naim tuturkan semua yang kita lakukan dan hasilnya Terbaek.. adalah disebabkan cinta.. berbanding dengan sesuatu yang kita lakukan dengan cara terpaksa tanpa cinta… mungkin sebab itulah kita pernah terdengar kata-kata cinta tak Boleh dipaksa.. JIka di paksa Hancur Binasa…

cinta

Semuanya terpulang kepada kita bagaimana kita menguruskan cinta itu sendiri..

Pertama : Tanya diri kita bagaimanakah kita menghargai Cinta… Adakah kita pernah Mengenal akan Pencipta Cinta Itu   Sendiri… Subahanallah.. Jika kita Kenal akan Pencipta Cinta itu, semestinya Tiada cinta Di dunia ini yang dapat Mengatasi cinta kita padaNya..

Kedua : atas apakah kita guna cinta itu..?? Fitrah manusia, mencintai sesuatu yang baik… jarang sekali kita melihat manusia yang cinta melakukan sesuatu yang buruk.. jika yang buruk itu adalah nafsu.. Bukann cinta.. Nafsu yang didorong Syaitan melahirkan Cinta Dunia.. tidak salah mencintai Dunia.. namun Jangan Tinggalkan Akhirat.. tapi Kebanyakkan kita banyak Menguruskan Dunia.. Berbanding Menyediakan Persiapan ke Akhirat..

Ketiga : Siapakah yang pAtut menerima Cinta kita….?? Sudah tentu rankingnya kita perlu tahu.. agar tidak terpesong keutamaan akan cinta kita kepada Khaliq dan makhlukNya..

1.Cinta Pertama kita Semestinya Allah SWT (PEncipta sekalian Alam),

cinta dan islam

2.cinta Kedua Kita Semestinya Rasulullah SAW(pemberi Syafaat Diakhirat dimana tiada nabi dan rasul yang mampu memberi syafaat pertolongan).

Kisah-Cinta-Nabi-SAW-Mandi-Bersama-Istri

3.Cinta kepada kedua Ibu Bapa.. (yang melahirkan membesarkan dan memberi pendidikan pada kita, tanpa doa mereka kita tiada apa2)

4237792812_deabb31f35-300x201

4.Cinta Pada suami dan Suami Pada Isteri…

asyiknya-cinta1nnn

5. Jika diatas sudah lengkap Cintanya… Cintalah Pada Dunia(uruskan Duniamu dengan Baik) dan Carilah Bekalan Pada Akhirat.. dengan BErcucuk Tanam Amalan Di DUnia…

ready

Naim Pernah mendengar satu ungkapan bijak pandai…. Dunia dicipta untuk Manusia, Manusia dicipta untuk Akhirat….

Ooohhhh Indahnya Cinta jika kita salurkannya dengan cara yang betul…

“cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermulacinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-galasemua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..”

Hadis cinta
P/S : Sebelum Nak bercinta dengan Makhluknya… Tanya Sama hati Ada cinta tAk sama Penciptanya… bAru Betul..

Entry Pertama Di tahun 2013 (edisi azam baru)

Assalamualaikum sahabat2 sekalian…

entry kali nie agak terlewat skit naim tulis.. yer lah.. dah masuk 2 haribulan januari di tahun 2013… huhuhu.. kan… rasa mcm nak berpatah balik jer masa tu.. nak jer tulis entry nie ngam2 1 hari bulan.. tapi apakan daya… buat lah mcm manapun masa yang pergi tetap akan berlalu tanpa kembali….

737669_128616283969605_214511774_o

Berbalik kepada entry naim kali ini… wahhh..!!! azam baru tu…

hehehhe…

Sebut jer pasal azam berazam nie…. tentunya banyak yang kita nak buat kan pada tahun 2013 nie… ada yang berazam nak kawen(amboih ko naim yang first ko sebut ea).. ada yang berazam nak beli kete, beli rumah(sewa pun jadilah), ubah perangai… dan macam2 lagi lah yang se angkatan dengannya.. sesuatu perkara yang kita teringin nak capai…

Namun.. adakah azam2 kita tahun lepas sudah sempurna… atau pun belum tercapai lagi.. dan kita pun menyambungnya tahun ini.. bagi yang menyambung, meneruskan azam tahun lepas Alhamdulillah.. bagi yang tidak… Kenapa ya..???

tumblr_m891bbohaz1ruc9eto1_500

adakah anda berputus asa untuk mencapai apa yang anda azamkan… mungkin sudah bertahun2 anda usahakan tetapi tidak juga tercapai azam anda… namun adakah anda hendak berputus asa sekarang..?? sudah tentu tidak…. keep on going man..!!!

Naim juga mempunyai beberapa azam tahun baru… dan azam yang lepas yang masih belum terkotakan… InsyaAllah.. selagi nyawa masih bertaut di tubuh badan ini.. akan ku gerakkan jua meredah rimba hutan dunia ini…. berpatah sayap bertongkat paruh… berpantang maut sebelum ajal…. Lahau lawala qhuwatailla billah…(tiada daya dan upaya melainkan kekuasaan Allah semata)…

Azam All The Best!!!

untuk tahun baru nie… Naim bersama dengan dua orang rakan.. berkongsi suka duka dalam dunia pendidikan dengan membuka pusat tuisyen.. jadi dengan harapan.. bersama2 dapat mengembangkan lagi pusat tuisyen tersebut agar berkembang maju di masa hadapan.. InsyaAllah.. dan ada beberapa lagi azam… yang penting adalah.. diri naim… agar menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun2 yang lepas…. Ya Allah… Andai dosaku di tahun lalu… seperti buih di lautan… ampunilah daku ya Allah… Luakanlah rumahku ya Allah… Berkatilah rezekiku ya Allah… untuk tahun ini dan juga tahun2 yang akan datang…

Ampunilah Dosa kedua orang tuaku… dosa Adik2ku.. dosa Insan yang ku sayang…. dan Dosa orang2 mukmin yang berada di semua tempat tidak kira masa.. yang hidup mahupun yang meninggal dunia….

Jadikanlah aku insan yang mengajak kepada kebaikan.. dan yang mampu menengakkan kalimahmu di atas muka bumi ini… dan juga hadirkanlah buatku zuriat yang soleh dan solehah… Amin Ya Rabbal Alamin….

p/s: Tahun 2013…… apa yang tersimpan buatku..??? semuanya adalah rancangan yang terbaek dari Allah SWT…. ehem2.. ada kawen2 yang bujet nak kawen ke tahun nie..?? jangan lupa hantar kad yer….

Ajarkan aku doa….

prayer_doa

Suatu hari seorang sahabat Nabi bertanya kepada Rasulllah SAW..

“YA rasulullah ajarkan aku doa… agar aku sentiasa berdoa dengannya….”

Nabi Menjawab:Doanya.. More

Alhamdulillah… Umurku masih ada..(edisi Akhir Tahun)

assalamualaikum sahabat2 yang sangat dicintai dan dirindui..

Alhamdulillah… jika anda terbaca entry naim kali nie… maknanya.. Allah masih lagi mahu memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.. dan memperbanyakkan bekalan untuk perjalanan seterusnya nnti.. dan sebaik2 bekal adalah taqwa… marilah kita sama2 meningkatkan potensi kita masing2…

tumblr_m6gciovf0n1rvgf3co1_500

Syukur naim panjatkan ke hadrat Ilahi.. tiada tara nikmat yang Allah berikan ini.. tidak terkira…  Alhamdulillah…

sahabat2 semua.. sudah lama kiranya naim tidak menulis disini.. kali terakhir menulis bulan Jun lepas.. masa tu naim buat praktikal di sebuah sekolah di Melaka.. More

Protected: Jangan KAta Mcm Tu tak Baik tau…

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Another You…

Assalamualaikum WBt..

Bismillahhirrahmanirrahim..

“Another You…. I seek everywhere..none, there will be no another You..” 

Masa-masa begini, ketika hujan renyai-renyai di luar sana… naim keseorangan,sambil mendengar petikan gitar dari kumpulan Cromok lagu yang bertajuk another You.. mmg sgt mengasyikkan, lantas naim menilai detik2 kehidupan naim sehingga kehari ini.. Ya Allah bnyak dosa yang telah aku lakukan….. bagaimana amalku, adakah diterima..

Lagu nie walaupun tiada liriknya, naim seolah-oleh mengerti, akan makna yang hendak disampaikan.. mencari ‘Another You’….

Ketika kita merasa senang… adakah kita ingat akan segala nikmat yang Allah berikan pada kita sehingga kita mampu untuk mengecapi apa yang ada hari ini.. adakah lantas ucapan syukur terukir dan dilafaz… Alhamdulillah… naim diberikan lagi umur.. naim diberikan lagi kesempatan untuk terus menjadi hamba Allah.. masih terus diberikan kesempatan untuk bertaubat, meminta ampun..

Ketika kita berada dalam keadaan susah… adakah disaat itu baru kita teringat kan Allah… atau mencari Another YOu…?? sekarang manusia bnyak menjadi hamba duit… dengan duit manusia sombong dan bangga.. lantas Allah menjadikan hati mereka cenderung kearah itu… mencari orang yang terus bergantung kepada Allah pada zaman sekarang dimana dan walau dalam apa jua keadaan, sangat payah.. ramai orang yang mengejar wang ringgit kerana percaya itu yang mampu menyelamatkannya.. adakah itu Another YOu..??

apa yang terjadi keatas diri naim berbeza pula.. naim mencari Another YOu… untuk naim gantikan seseorang yang telah pergi selama-lamanya dari hidup naim… setelah dia dimiliki oleh orang lain..

dalam mencari, naim bertanyakan diri sendiri, adakah aku mencari seseorang yang sepertinya atau lebih baik darinya…?? lantas merefleksi kepada diri sendiri… adakah aku sudah jumpa Another Me…?? or I still the old Me..

Takdir Allah itu sudah tertulis.. dia bukan milik naim, tetapi milik orang yang lebih baik dari naim… Jika naim mencari orang yang sepertinya, sudahkah naim menjadi seseorang yang lebih baik…??? pertanyaan itu selalu bermain di minda…

Perkenalan dengan seorang insan yang bagi naim amat tepat pada masanya, merungkai seribu satu pertanyaan yang bersarang di minda ini. semuanya adalah kerana Mak naim… mak naim yang menjumpai insan ini..

jika dilihat dari mata kasar yang zahir, dia tidak seperti insan yang naim selalu impikan.. tapi jika dilihat dari kaca mata Ibu naim.. dialah insan yang paling tepat untuk naim.. benarlah, apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita…

Naim ikhlaskan diri untuk teruskan perkenalan dan dia pun respon positif terhadap naim.. Alhamdulillah.. perkenalan kami setakat ini berjalan lancar… masih ingat kah pembaca semua tentang Bunga..??

Apa yang saya ingin sampaikan adalah, jika cuba untuk mencari yang serupa pada sesuatu yang Allah cipta khas hanya untuknya.. kita takkan pernah jumpa.. sebab diri anda hanyalah anda seorang.. tiada dua.. dia mungkin pergi buat selamanya… tetapi Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk saya.. InsyaAllah.. kami berkawan, dalam proses mengenali.. saya cuma harap ini yang terakhir… Another You, I never met.. but there someone better… naim harap dan berdoa agar dia dapat terima naim, mak naim sayang sangat dengan Bunga nie.. terukir senyuman di wajah yang suci itu bila naim sebut nama BUNGA.. itu sudah cukup mengembirakan naim..  alhamdulillah….

P/s : Naim dah pergi merisik.. jumpa ibu dia.. tinggal dia saja.. sebab kami masing2 tidak mengenali…………

Hidupku Seorang Musafir….

Assalamualaikum sahabat2 sekalian… Yang jauh, yang dekat… yang di hati.. dan yang berada di mata… saya doakan agar kita semua dalam penjagaan dan rahmatNya.. amin InsyaAllah…

Entry kali nie adalah entry yang pertama naim untuk tahun 2012 ni.. Sebulan skip tak menulis blog tercinta nie.. Al maklumlah.. sibuk dengan Exam.. dan bermacam2 lagi.. tapi rasanya itu bukan alasan.. saja nak cari alasan.. kalau betul2 uruskan masa, mesti sempat punya kan3…

sebenarnya bnyak yang naim berkongsi dengan rakan2.. tapi jari-jemari nie letih menari kalau lama2.. so naim akan pickup pelan2 apa yang tertinggal….

kalau berdasarkan tajuk entry kali nie, tentang bermusafir… Esok pada tanggal 20.1.12 naim akan bertolak balik ke kampung.. dan yang bestnya, naim akan balik dengan moto naim.. so mmg excited la sangat2…

 

lantas teringat naim, tentang satu sabda Nabi S.A.W tentang hidup kita ini, yang tidak ubah seperti seorang yang bermusafir… Apabila panas kita berhenti sekejap berteduh, apabila telah redup, kita sambung meneruskan perjalanan… betapa sementaranya hidup di dunia ini…

Hidup yang sesingkat ini kalau tidak makin dekat dengan Ilahi.. malah semakin jauh.. alangkah celakanya kita.. namun jika umur yang kita hadapi ini digunakan sepenuhnya semata2 mencari redha Allah.. alangkah bahagianya.. dan tercukupnya kita dengan nikmat2 yang Allah beri…

Naim pernah mendengar, Hidup kita ini hanyalah antara dua nafas… Sedut dan hembus… Jika kita hidup di malam hari… belum tentu kita berjumpa pagi hari… jika kita hidup di pegi hari, belum tentu kita bertemu dengan petangnya… dan jika kita hidup di petang hari.. belum tentu kita berjumpa dengan malamnya… sungguh, manusia itu merancang.. tetapi rancangan Allah adalah yang terbaik…

Bila difikirkan umur naim yang juga semakin meningkat ini… Tahun nie sudah 23… kelihatan masa sangat pantas berlalu… Setahun dirasakan sebulan.. sebulan dirasakan seminggu.. seminggu dirasakan sehari.. malahan sabda Nabi S.A.W sehari akan terasa seperti percikan api sahaja.. begitu cepat masa berlalu.. ya  Allah, adakah umurku selama ini diredhaiMu…

Muda sebelum tua… Sememangnya umur naim masih muda.. dan semangat untuk bersuka-suka.. bergembira… mmg sangat kuat… mmg cenderung kearah itu.. namun kata-kata Nabi S.A.W menyedarkan naim.. Allah menyanyangi seseorang yang dapat menahan nafsunya dan lantas meninggalkannya kerana Allah… mmg susah untuk kita tinggalkan sesuatu yang kita minat…. dan balasanya tentulah syurga.. sebelum kita semakin tua.. maka waktu muda inilah kita berhempas pulas mengisi ilmu di dada..

Cuti sebulan yang akan datang ini… Naim teringin nak masuk kelas bahasa arab… naim dah lama menyimpan cinta terhadapa bahasa Al-Quran ini.. namun kekangan demi kekangan melanda.. Ahhh..!!! itu semua alasan.. tapi naim akan tebus masa2 itu… Alhamdulillah.. Allah membuka hati naim untuk terus mendalami bahasa ahli syurga ini.. rasa iri hati dengan rakan2 yang boleh berkomunikasi dan memahami isi kandungan Al-quran memberikan motivasi tambahan pada naim…

Selepas cuti ini, naim akan menjalani praktikal selama 5 bulan setengah di sebuah sekolah di Melaka, Sek. Men. Kebangsaan Bukit Rambai.. Naim sudah melawat sekolah tersebut tempah hari.. dan Alhamdulillah.. apa yang naim lihat guru2 dan pelajar2 di sana serta persekitaran sekolah amat baik.. tak sabar naim nak menimba ilmu dan berkongsi ilmu nie… berdebar pun ada… tapi yang paling bestnya dapat merasai jadi cikgu sebenar…^^

Yang terakhir… Naim mohon sahabat2 yang membaca tulisan naim ini, agar memaafkan segala salah silap, ketidak sesuaian bahasa yang naim gunakan di sini, jika ada sebarang kegurisan hati.. naim mohon maaf dan doakan naim…

sesungguhnya doa yang cepat dimakbulkan Allah, adalah doa dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain, tanpa diketahui oleh sahabat yang di doakan itu…

Hidupku seorang musafir……

dalam kemusafiran ini ku masih mencari peneman….

P/S :  Ahabbaka allazhi ahbabtani lahu, Allahu ma’ak ….

 

Adakah engkau yakin ini Cinta..??

Assalamualaikum WBT, sahabat2 sekalian yang sudi membaca entry2 naim yang sebelum2 nie.. mahupun yang akan datang… terima kasih…

Tajuk entry kali nie, naim ambil dari lirik lagu Imran Ajmain-Seribu tahun..

Tadi masa dalam kereta, naim dengar dalam radio lagu nie… entah kenapa tersentuh hati nie masa dengar tadi.. Betapa naim rela mengejar satu cinta yang entah ya, entah tidak mungkin menjadi milik naim.. sedangkan Cinta yang Satu itu naim lupa akannya… Ya Rabb..

Tenggelam akan gelombang lautan..membisu suara burung-burung yang berkicauan.. membuatkan naim bertanya kembali adakah ini Cinta…

Hidup kita yang serba singkat dan sementara ini.. hanyalah satu pinjaman.. jika mahu mengejar cinta, walau jauhnya seribu batu sekalipun.. adakah kaki kita mampu untuk itu….

Jika mahu menunggu Cinta seribu tahun sekalipun.. adakah Hidup kita sepanjang itu…

Untuk orang yang kita cintai.. mungkin itu dianggap sebagai kiasan..

Hanya satu Cinta yang tidak perlu kita berkejar sejauh seribu batu… Satu cinta yang kita tidak perlu menunggu seribu tahun untuknya…

Satu cinta yang hanya untuk hambaNya yang terpilih… hambaNya yang bersyukur… dan untuk hambaNya yang bertaqwa..

Yang cintanya tidak pernah putus kepada kita sejak dari azali lagi… hanya dengan RahmatNya kita hidup di dunia ini.. Hanya dengan kasih sayangNya, kita masih bernyawa ketika ini… Alhamdulillah ya Rabb…

Kita selalu menzalimi diri kita sendiri, tanpa kita sedari.. sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang zalim.. begitu sayangnya Allah pada kita.. adakah kita setia denganNya…??

Jadikan tahun Baru Hijrah yang bakal kita sambut ini sebagai titik tolak,untuk kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. dan Keazaman itu penting juga istiqamah yang berpanjangan… InsyaAllah..

doa akhir tahun dan awal tahun..

Lagu Imran Ajmain- Seribu Tahun..

P/s : adakah aku akan menamatkan zaman bujangku ditahun baru…….?? nantikan..

 

Ceritera aku dan M ku…(kisah cinta Tragis)

Assalamualaikum WBT..

entry kali nie nak kisahkan satu Kisah cinta Jodoh dan pertemuan yang tak pernah dirancang… Bertemu tanpa pernah bersua, bercerita tanpa kata-kata… Bercinta tanpa perlu meluahkan Rasa…

setelah 3 bulan Menghitung saat2 diijab kabulkan dan sekarang sah ‘dia’ menjadi milikku.. Alhamdulillah…

Ingin aku perkenalkan M ku yang tercinta….

‘Rijal Yang Dicari’

Alhamdulillah.. selama tiga bulan bertungkus lumus, akhirnya dapat juga aku memiliki sebuah Motosikal TZM (M).. Ala2 Superbike Gitu..

Naim dah pakai moto nie dekat 2 minggu dah.. Alhamdulillah.. semua spek ok.. tak bnyak meragam dan yang bestnya Pickup mantap.. Yang tak bestnya penggunaan minyak yang mengancam jiwa dan raga… Pergh..!! Paham jer la kan.. Moto 2 stroke(2 Lejang) nie menelan minyak bagaikan Gajah Meneguk air di kali… 10 hinggit tahan seminggu.. tu pun nasib bek tak gi jalan jauh2.. Lepas nie bujet nak adjust kat kedai kasi jimat Minyak sikit…. Nak jalan jauh.. kalau tak parok la poket nie ha.. mana dengan belanja nak kawin lagi… what.. kawin..!! hehe..

so skang dengan Rasminya… M ini menjadi milikku.. dengan slogan ” Power is nothing without control, passion is worthless without wisdom” mmg kena pegang kata2 nie.. untuk keselamatan naim jugak…

Almaklumlah, semenjak pakai moto nie, time berhenti kat traffic light ada ja mamat 125z tak pun rzx tak pun 135LC yang try cucuk2 aku.. masa mula2 pakai dulu tak ingat dunia ha.. sahut cabaran yang ada.. janji tak makan asap.. tapi bila pikir balik apa faedah yang aku dapat dok pulun race dengan dwang.. silap2 hari bulan, berlubang piston aku.. so slogan di atas amat penting… Power yang kita ada, kena control dengan akal dan bertindak dengan berhikmah dalam segala hal.. bukan saja dipraktikkan bila nek moto, malah boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian.

so alhamdulillah.. skang hati sudah tenang. Janji dapat merasa pakei moto besau.. wau…wau.. hehe

ada duit skit, kita kasik Mod skit.. Bila dah ada duit la…

M kesayangan ni diberi nama ‘Ar-rijal’  kalau jumpa kat tengah jalan tu tegur2 la yer.. bleh ajak makan2…  terbaik..!!

P/s : Lepas nie balik kedah sambil Meroket melayan Angin sepoi2 bahasa…^^

Previous Older Entries Next Newer Entries

%d bloggers like this: