Harga Sekuntum Cinta…

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

~MUhasabah CinTA~

Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT…

Alhamdulillah… Sehingga saat ini kita masih diberi peluang untuk terus hidup, dan kita mengisi hidup ini dengan taubat dan amal soleh, yang boleh membawa kita dengan kasih Allah cinta Allah dan redha Allah SWT.

MUhasabah CinTA…

Kita ini sebenarnya diciptakan untuk kebahagiaan.. MAnusia dicipta untuk bahagia dan perlu berusaha untuk mendapat kebahagiaan… Namun kebahagiaan ini tidak mungkin kita perolehi jika tidak melalui 3 perkara..

Yang pertamanya, kabahagiaan akan dikurniakan kepada kita, apabila kita mengenali Allah, manusia yang tidak kenal Allah, akan diharamkan kebahagiaan itu, dan apabila kita mengenali Allah, kita akan mentaatiNYa.. dan selepas itu… kita akan terus mencintai Allah..

Hanya dengan mencintai Allah sahaja, seseorang itu akan dikurniakan kecintaan yang sebenar-benarnya.. Jika kita mengejar cinta, kenalilah Allah dulu dan taatilah Allah dalam perkara yang kita senangi atau dalam perkara yang kita sukar laksanakan, kerana itulah jalan untuk mendapat cinta Allah..

Cinta adalah satu amalan hati.. Bukan mata, bukan jasadi, yang akan wujud dalam lahiriah dan jika tersembunyi pula akan terkesani adanya cinta itu.. Cinta selalunya ada perbuatan untuk membuktikan cinta itu..

Selalunya orang lelaki susah untuk mengungkapkan cinta…

Namun perkara itu jika diungkap kepada perkara yang Allah redha, maka ia jadi ibadah.. rasa cinta itu ibadah, bercinta itu ibadah dalam perkara yang Allah redha..

sebaliknya jika perkara itu yang Allah tidak redha, maka ianya jadi maksiat..

wahai sahabat-sahabatku.. jangan mulakan rumah tangga yang suci itu dengan maksiat..

Kata Dr. Hisyam al-awa’di, ” Brothers and sisters.. You get married to increase your Iman.. ” jadi takkan mungkin meningkat iman melalui maksiat..

kosongkan hati dengan cinta yang berbentuk maksiat.. itu pengorbanan yang pertama sekali dalam memburu CintaNya..

Cinta Itu Ada berjenis-jenis.. Ulamak membahagikan cinta itu kepada empat perkara :

1. Cinta yang berbentuk ibadah, rasa cinta yang membuatkan timbulnya perasaan hina kepada Allah, rasa yang sangat memerlukan Allah..(cinta yang dikejar) dalam surah al-hujurat ayat :7

Allah berfirman : ” tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan cinta itu indah dalam hatimu. “

Allah menyebut secara direct dalam Al-Quran tentang cinta.

2.  Cinta Syirik, semoga Allah menjauhi kita dari cinta ini. Jika kita mencintai seorang siswa atau seorang siswi sehingga durhaka kepada Allah, kita berada dalam bahaya syirik kepada Allah, semoga Allah bersihkan kita dari cinta begini.

3. Cinta Maksiat, cinta yang paling banyak  yang berlaku di IPT.. Cinta yang menyebabkan kita melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan.

4. Cinta Manusiawi, atau Fitrah.. cinta yang mmg ada..cinta ibubapa,sahabat2..

Jadi kita harus muhasabah diri kita, bagaimana kita menguruskan perasaan cinta kita, bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan cinta Allah, mahabbatullah.. diantaranya berada dalam suasana zikrullah, suasana membaca al-quran, ibadah solat..

Tapak untuk kita mendapatkan cinta Allah adalah, kita benar-benar mentauhidkan Allah dalam segala aspek kehidupan kita, ikhlaskan Ibadah kita.. mengungkapkan cinta itu senang.. membuktikan cinta itu payah. Jadi naim mengajak diri naim dan sahabat2 sekalian, marilah kita berusaha mentazkiahkan hati kita, merawat hati kita, dan memohon dengan sesungguhnya pada Allah, supaya dikurniakan rasa cinta pada Allah dengan sebenar-benarnya dan berharap agar Allah balas cinta kita. Kerana Cinta yang paling pedih adalah cinta yang tidak berbalas, inikan pula cinta Allah.. bayangkan pada ketika kita berhajat pada Allah, Allah tidak mahu memandang kita dan Allah tidak mahu lagi berkata-kata dengan kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan memberkati hidup kita dunia dan akhirat.

P/s : Muhasabah kembali kita berada di cinta yang keberapa……kejarlah cinta yang pertama.

Kenapa agama kamu menyuruh kamu menutup AURAT…??

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Non muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim :tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya
dibukakn bungkusannya..kemudian dia
melemparkan kedua gula2 itu ke
atas lantai..lalu bertanya kpd
lelaki kristian “Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?


Non muslim : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.. =)

P/s : credit to  http://pencariancinta90.blogspot.com/

Cara seorang Lelaki memulakan Zina dengan seorang Perempuan

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…


20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…

27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..

*dan kejadian terus berulang..

Hidayah…

Bismillahhirahmanirrahim..

Assalamualaikum…WBT.

Terasa kagum, kenapa..?? Tepat dengan tajuk entry kali ini.. Hidayah.. Hidayah..???!! nama orang ker..??

Naim nak cerita tentang 2 perkara berbeza tetapi serupa dalam satu cerita..

Alhamdulillah, syukur pada ilahi, hidayah masih lagi dikurniakan pada kita hari ini… Hidayah bagi naim umpama tangan seorang ibu yang memegang anak kecilnya ketika melintas jalan.. cuba apabila tangan itu dilepaskan, cepat2 saja anak kecil itu berlari ke tengah jalan… nauzubillah..

begitulah Hidayah.. atau maknanya, Hidayah itu sebagai petunjuk dari Allah kepada hambanya..

Masuk bab cerita, seminggu lepas naim menerima satu mesej dari seorang sahabat, Hidayah namanya..(mmg nama sebenar), bertanyakan tentang ada tak dalam kalangan sahabat2 naim perempuan yang boleh mengajar Al-quran, pembacaan tajwid yang betul.. Hidayah adalah sahabat naim di tempat mengajar.

terasa kagum dan terkesima, Ya Allah Ini insan terpilih.. sedangkan Naim sendiri pun rasa masih belum sempurna bacaan al-quran tapi tak terasa mahu berguru. Tersedar dari lamunan. masih bnyak yang perlu dibaiki.

Kena dengan nama orangnya.. Alhamdulillah.. Hidayah milik Allah..

Jadi lantas naim cadangkan untuk menyertai usrah hulu langat di bawah Ikram, sebab di sana ada pelbagai program yang dapat membantu membina Insan,termasuklah pembacaan Al-quran..

terasa jari jemari ini ingin menulis, kerana baru sebentar tadi Hidayah yang diceritakan tadi memberitahu, sudah bersama usrah semalam. Alhamdulillah… dan sekarang hanya perlu istiqamah(pesanan untuk diri sendiri juga). InsyaAllah.. kesusahan jalan menuntut ilmu itu Allah balas dengan dipermudahkan jalannya ke syurga..

Semoga kita sama-sama check balik Bacaan Al-quran kita. Ingat ya setiap ayat dalam A-Quran itu kalau tidak kena makrajnya bila dibaca lain maknanya. semoga dipermudahkan oleh Allah…. Amin, InsyaAllah..

P/s: Hidayah hanya seorang sahabat….

Protected: Redho.. (-_-)

This content is password protected. To view it please enter your password below:

True LOVE never Dies…(edisi English)

There was once a guy who was very much in love with this girl. This romantic guy folded 1,000 pieces of papercranes as a gift to his girl. Although, at that time he was just a small executive in his company , his future doesn’t seemed too bright , they were very happy together . . Until one day , his girl told him she was going to overseas and will never come back . . She also told him that she cannot visualise any future for the both of them, so let’s go their own ways there and then . . . heartbroken , the guy agreed . .


When he regained his confidence , he worked hard day and night , slogging his body and mind just to make something out of himself . . Finally with all these hardwork and with the help of friends , this guy had set up his own company . . .

“You never fail until you stop trying.” he always told himself . . “I must make it in life!”
One rainy day , while this guy was driving , he saw an elderly couple sharing an umbrella in the rain walking to some destination . . Even with the umbrella , they were still drenched . . It didn’t take him long to realise those were his ex-girlfriend’s parents . . With a heart in getting back at them , he drove slowly beside the couple , wanting them to spot him in his luxury sedan . . He wanted them to know that he wasn’t the same anymore, he had his own company , ca r, condo , etc . . He had made it in life !
Before the guy can realise , the couple was walking towards a cemetary ,and he got out of his car and followed them . . . and he saw his ex-girlfriend, a photograph of her smiling sweetly as ever at him from her tombstone . . . and he saw his precious papercranes in a bottle placed beside her tomb . . Her parents saw him . . He walked over and asked them why this had happened . . They explained , she did not leave for France at all . .She was stricken ill with cancer . . In her heart , she had believed that he will make it someday , but she did not want her illness to be his obstacle . . . therefore she had chosen to leave him . .


She had wanted her parents to put his papercranes beside her , because , if the day comes when fate brings him to her again he can take some of those back with him . . The guy just wept . . . the worst way to miss someone is to be sitting right beside them but knowing you can’t have them and will never see them again . .
The End

A tragic story that perhaps happens only in the movies . . At the end of the day , money is money is money but love is divine . . In our quest for our material wealth, take time to make time for our loved ones . . There will be a time when we have only memories to cling to . .
Take this weekend to show our “love” to all that are close to us . .

P/S : Allah have a plan for us… And let be Husnu Zhon toward Allah… In everyway, every day….. InsyaAllah..

Jangan Pernah Berubah (edisi Tangis)

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die….memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, “kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain”.. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die………

“SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!”
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima.. 
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah..

 

Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. “Kalau la Nadia tau..” Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. “Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!” ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku…

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4…
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa… Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn… Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. “Nadia eksiden!” Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. “Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln..” Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. “Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn… Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz..” Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan “kalau sy x de” tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya… Aku mampu merelakan pemergiannya… Tabahkn hatiku Ya Allah…. -Al Fatihah…..

p/s : Hargailah Insan Di Sisi….

Floria PutraJaya 2011 (edisi Jalan-jalan)

Assalamualaikum.. WBt..

Wah berselang 2 hari baru dapat menaip balik… sementara menunggu gambar2 dan mendapatkan ilham menulis… itu yang lambat sikit tu.. Tapi Alhamdulillah.. jariku kembali menari di papan kekunci…^^

Pada 14 dan 15 haribulan July yang lepas, baru-baru nie.. seorang kawan naim mengajak Naim pergi Putrajaya, oleh kerana tak merancang, agak terkejut jugak la.. dan tak tahu apa yang ada kat putrajaya masa tu.. Kawan kata nak gi tengok Floria.. pada mulanya Naim fikir Floria tu artis…… ish2..Rupanya, Naim tak mengikuti perkembangan semasa ..

Floria tu sebenarnya adalah satu festival bunga besar-besaran yang diadakan di Putrajaya selama seminggu bermula dari 12-17 July kalau tak salah..

Yang menariknya,Floria 2011 ini juga mempamerkan lebih 12,000 bunga mawar pelbagai species.. wow!! banyak tu.. selama nie pikirkan 2, 3 species jah..

Masa mula-mula Naim menjejakkan kaki kat situ, perkara pertama yang muncul dalam kepala nie, adalah mak naim.. bayangkanlah kalau Mak Naim dan seangkatan dengannya datang ke festival bunga-bunga mcm nie…buleh histeria kot… alamatnya satu lori kena borong ha… penuh bunga kat rumah nnti… hehehe.. sory ya mak.. Cek tak mengumpat mak tau… ^^ hehe BUNGA..!!

Orang Jugak kata, Bunga Mawar itu simbol cinta dan kasih sayang…hehehe.. Nanti hari2 nak beli Bunga…^^

Dan lagi satu perkara yang menarik perhatian Naim adalah hiasan landskap yang begitu Indah dengan pelbagai Bunga yang disusun dengan Kemas dan menarik… (Kalau nak tahu mcm mana dalam hati ada taman, pergilah Floria nnti yer..)

P/s : Indahnya Ciptaan yang Maha Esa … Subbahanallah…!! Bunga Mawar khas buat yang tersayang…

KeJutan DiniHAri.. (edisi Jodoh)

Assalamualaikum… wbt.

Pagi Tadi suatu fenomena telah berlaku…Terima satu mesej dari mak tersayang dari kampung… selepas membaca mesej tu…Naim nak senyum pun ada… Nak ketawa pun ada.. takjub pun ada..nak nanges pun ada.. Nak lari satu padang pun ada… bercampur baur perasaan nie..

Apa mesej Tu… lebey kurang mcm nie la..

Mak : ” Askm Cek, Cek ada kwn dak..??”

Naim : ” Wassalam alaik mak.. ada cek tinggal dengan Rumate..”

Mak : “Bukan yang itu… yang Special.. “

Naim : (@@) (muka terkezut..!!!) ” Mak pun tau kan kisah cek, awat mak ada calon ka..??” (nada manja)

Mak : “Ada bdk UUM nie 21 umur dia, kos ekonomi.. la nie dia cuti dok keja kat kantin sekolah dengan mak.. sama dengan kita org biasa2 saja..”

Naim : (*_*)..(muka terkejut 2 kali ganda!!, dengan nada cool).. “Mak ada gambar dia… Siapa nama dia.. kenal tak famili dia..??” (excited.!!)

Mak : Kalau ada jodoh cek.. dia putih gebu..(GULP..!!)

Naim : “Namanya..???” (excited!!)

Mak : “Nama dia Bunga… Mak dok tanya dah,  dia pun tak dak kawan lagi, Mak tanya dia senyum aja, mak bagi gambar cek.. tengok la nnti…” (GULP3..!!!_)

Naim : “InsyaAllah… Pilihan mak pilihan cek jugak..(anak  mak).. Mak dah kenai perangai cek mcm mana.. InsyaAllah pilihan mak adalah yang terbaek bagi cek, kalau ada berita habaq na.. nak wat istikharah..”

Mak : InsyaAllah… ok.. 🙂

Sampai situ jah mesejnya…. (tersenyum sorang2..)

Teringat Kepada malam sebelum naim tido…(selepas main doTA dan Solat Isya’)

Ya Allah Ya Tuhanku… Andai Jodoh itu dekat… Dekatkanlah lagi.. andai jauh.. Dekatkan… andai sudah Hampir.. Kirimkanlah berita itu… dan pagi nie…!! Alhamdulillah… walaupun belum konfirm lagi.. tapi dalam hati sudah ada taman rasanya.. Luka makin sembuh.. Alhamdulillah.. Bagi Naim, apa yang mak beritahu adalh suatu perkara yang agak pelik bagi naim.. sebabnya, dulu NAim penah bagi tahu mak.. untuk carikanlah.. letih sudah nak ngorat.. Mak kata.. CARI SENDIRI…!! hehe..

Tup2!!..

Tak pa la mak… mak kan nAk menantu Dari Jepun… Tak dapat Jepun pun Owang Kola Kedah Pun ok Jugak.. Janji wanita, bukan muhrim.. ada agama.. cukuplah.. InsyaAllah… Dalam Memburu Impian, Ku terserempak sang Peneman… Mungkin kah…..?? Kepada sahabat-sahabat pembaca Blog NAim-Rijal, doakan Naim agar kali nie menjadi ya… Aminn..

P/S : Namanya Bunga…. Itu sajakah..?? Misteri betul…. I LIKE…!!!!!!

Previous Older Entries Next Newer Entries

%d bloggers like this: