Dalam Sujud CintaKU… (edisi Mencari Redha Ilahi)

Assalmualaikum Wbt, teman-teman sekalian…

Ya Allah ya tuhanku… Tiada daya bagiku melainkan hanya mengharap pada kekuasaanMU..

Setelah lama menghilang… akhirnya Naim kembali semula.. kembali lagi.. dah dua kali mcm nie.. untuk satu-satu masa lama tak update.. dan kali kedua nie bukan sebab sibuk.. tetapi berlaku musibah pada naim, Innalillahiwaiinalhirajiun…

Apa yang berlaku beberapa bulan lepas membuatkan jari-jemari ini tak mampu mengukilkan kata-kata indah lagi… terasa terpalit, terluka… tapi tak mengapa.. InsyaAllah, Allah telah merancang yang terbaik untuk Naim dan yang berlalu kita perlu redha dan biarkan ianya berlalu… Itu sunnahtullah…

Tiada lebih pedih kehilangan Satu Cinta manusia.. Melainkan Pedih lagi Jika Allah melupakan kita, lantas CintaNya tidak lagi untuk kita… Yang itu patut kita cemaskan…

Untuk beberapa bulan yang lalu… NAim agak ‘lost’ dalam dunia.. Hilang dalam satu kehilangan… walaupun agak privasi, tetapi serba sedikit harap dapat dijadikan pengajaran bagi sahabat-sahabat yang membaca..

“Ikhlaskan diri dalam Mencari Redha, Betulkan Niat dalam mencari Cinta”

Naim jadikan ayat di atas sebagai pegangan dan ingatan bagi diri Naim sendiri selepas ini…

Kalau dulu, Naim selalu fikir.. siapa ya yang bakal menjadi zaujahku di masa depan..?? pertanyaan yang sering kali bermain di benak fikiran.. kadang2 terbawak sebelum tidur.. terlintas wajah seseorang… mungkin kebanyakkan sahabat yang mengikuti tulisan Naim tahu siapa orang itu..

Sehinggakan dalam sujud di tikar sajadah pun Naim terlintas semua itu… Astaghafirullahal azim.. dalam hati mula berfikir, “ish aku tak buleh mcm nie.. nak kena kawen nie…” dah selalu sangat benda yang mcm nie jadi… sehinggakan Naim terlupa satu perkara.. Niat….

Adakah Kita selalu check Niat kita balik sebelum memulakan sesuatu perkara… atau pekerjaan.. atau terus hentam balun jah.. Niat adalah pokok sesuatu pekerjaan kita itu untuk menjadi pahala atau dosa… Masa itu Naim hanya fikir tentang diri yang mahu nikah,nikah, nikah.. almaklumla.. calon mcm dah ada masa tu..(~_~)..

Itulah.. dalam menikmati Kurniaan Allah… kita sering terlupa untuk mengucap syukur… Lantas apa bila diambil kembali dia.. baru kita sedar… Ya Allah niatku tak betul..

Nikah itu perkara yang bagus dan baik.. tapi jika ianya sekadar untuk memenuhi jiwa manusia yang perlukan pasangan hidup, apa bezanya kita dengan orang yang bukan Islam.. mereka juga berkahwin.. adakah kita Niatkan kerana Allah…??

Ikhlaskan dulu Mencari redha Allah… cinta Allah… Baru Niatkan mencari Cinta Manusia.. dan bersatu dalam redhaNya..

Sekarang, sesudah kehilangan orang yang Naim sangka akan menjadi suri dihati ini.. BAru Naim tahu betapa terasa kosongnya hati ini… Namun apa yang lebih memilukan dan mengosongkan.. Naim mula melupakan surau dan masjid.. Astaghafirullahalzaim.. Ampunkan dosaku Ya Allah…

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Sungguh Naim di Uji…. Selama hampir dua bulan Naim berada dalam keadaan diuji.. Alhamdulillah… Naim masih diberi Hidayah Allah…. Apalah hidup ini tanpa Redha Allah.. apalah harganya dunia yang fana ini.. apakah lebih berkilau permata, jua wanita dan tingginya pangkat, yang hanya memalingkan kita dariNya……jika semuanya itu akan Dipenuhi di Syurga Nanti…

Jangan pernah mengalah dengan dunia… dan sehingga sekarang Naim belum pernah mengalah lagi, InsyaAllah,, rancangan Allah yang terbaik.. Andai dia jodoh Naim.. Naim bersyukur.. Andai tiada… itu sudah ketentuanNya.. Namun titipan doa sentiasa bersemi…InsyaAllah..

p/s: Cukuplah Cinta Ilahi, jika tiada bagiku cinta Insani… -Ar-Rijal

Surat menyurat…(edisi kpada Bakal..)

Surat Cinta Untuk Future Wife(s) –

Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s)

I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I tak ada pun letak gambar cumel I kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak, okey tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don’t trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

p/s : Kepada bakal Wife(s) I.. jangan Marah yer..

ohh… Kucing Menguap..(edisi Cute)

Assalamualaikum… Perkara yang paling cute pernah naim nampak adalah bila kucen menguap.. tambah plak yang kecik2… tak tahu la kenapa masih ada manusia yang sanggup sepaks terajangs kucing-kucing nie… memang syaitoooonnnss nirrajim la yang buat mcm tu… Nabi pun sanggup gunting jubah kesayangan ketika hendak berperang, kerana tidak mahu menganggu seekor kucing yang tidur di atasnya…

 

Wanita dan 30 Fakta…..(edisi Hawa)

Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

 

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

 

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

 

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

 

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

 

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

 

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

 

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

 

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

 

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

 

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

 

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

 

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

 

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

 

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

 

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

 

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

 

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

 

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

 

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

 

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

 

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

 

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

 

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

 

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

 

27.Senjata wanita adalah airmata!!

 

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

 

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

 

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s : wanita itu sendiri adalah rahsia….

Atm Punya Cter….. ^^

Assalamualaikum… wbt..

Entah mana la datang golongan-golongan nie.. naim harap tak der la nampak menda nie kat mana-mana bank islam,mahupun bank BSN… ataupun HOng Leong Bank… (@@)

hanya orang yang ambek Major Math, minor Fizik jer bleh kluarkan dwet gamaknya..

 

sistem yang paling canggih yang dimiliki Manusia setakat nie….. Sabo jer la..

 

Stress kat Atm di telan…..????  Jangan gusar, cuba lah main solitare di sini…haha

 

Epic Fail la…… hahahha..

 

Batman pun kadang2 sesak jugak… Nie mesti abes dwet beli gajet kat lowyat nih… ngee..

 

Epic…. Wins…… hahahha..

 

Sekurity keselamatan yang paling selamat telah di aktivkan……

 

pernah tak terfikir kat mana superman simpan kat ATM dia… mesti selit celah dalam underwear kot… terbaek la..

 

p/s : setakat nie UKM masih ok lagi… setakat nie…….

 

 

Protected: Lukaku simpan dalam senyuman…(edisi cintan)

This content is password protected. To view it please enter your password below:

OGOS..Antara percaya atau tidak..??

Assalamualaikum wbt…

Percayakah kamu dengan horoskop..?? dengan ramalan-ramalan yang dilakukan berdasarkan tarikh lahir..bulan lahir..susuk fizikal…kening tebal mahupun nipis,atau bersambung..?? ada juga yang naim pernah nmpak kat fbuk kenal seseorang berdasarkan jenis darah… fuh,macam-macam kan sekarang…

tapi terus terang naim tak percayakan Horoskop atau sebarang dakyah2 yang bab2 meramal nasib nie.. tetapi kalau kajian yang dilakukan berdasarkan randomness,seperti yang dilakukan oleh Dato’ Dr. Fazilah Kamsah, InsyaAllah boleh diterima pakai sebagai penelitian awal sahaja,namun bukan kepercayaan sepenuhnya…

NAmun kat sini apa yang naim agak tertarik adalah tentang satu artikel mengenai sifat orang yang lahir bulan OGOS… yang lagi bestnya mcm terkena pada batang hidung naim jer… butiran di bawah nie… :-

 

 

kalau ikutkan kat situ tulis Rahsia Kasih Sayang mengikut bulan… naim lahir bulan ogos, dan 90% yang tertulis itu adalah diri naim…. wah3….

Namun begitu..itu adalah fitrah yang Allah swt kurniakan buat naim… Alhamdulillah naim bersyukur atas segala yang Allah berikan.. walaupun kita ada sifat dan fitrah masing-masing..namun janganlah kita lupa Pada rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang Allah sendiri telah berfirman dengan bermaksud :

Bismillahirramanirrahim…

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

(Al-Ahzab : 21).”

 

Jadi walau macam mana pun sifat kita pastikan Rasulullah dijadikan role model,contoh teladan dalam segenap hal..samada dalam pergaulan, percakapan, urusan harian..kerana semua itu adalah sunnah yang Nabi tinggalkan untuk kita Umatnya… Ingatlah..Nabi Isa dan Nabi Musa pun cemburu dengan kita..kalau boleh setakat menjadi khadam nabi menggangkat kasut Nabi pun mereka sanggup asalkan boleh jadi Umat Nabi Muhammad S.A.W.. betapa besarnya nikmat yang kita peroleh hari ini….

Jadi..Buka mata..Buka minda..Buka hati…. Jadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai lampu penyuluh kehidupan harian… Janji Rasul itu benar..Janji Allah itu benar…

p/s : yang baik jadikan pedoman,tapi yang buruk jangan dibuang… jadikan ianya sempadan…

Duit oh duit.. nak chekau kat mana lagi nie….??

Assalamualaikum wbt..

Parah suda… hehehe… mcm nie la setiap kali bila ujung sem… semuanya duit…. mana nk chekau..?? tambah plak naim ambek short sem..nah ha…

Entry kali nie nak bercerita tentang duit skit… selalunya bagi remaja mcm naim nie(remaja lagi ker..??) bila pegang duit biru mata hitamku… nah guna ja,tak kira… akibatnya kering di hujung petang(sem).. semoga sahabat-sahabat lain ambek la ikhtibar yer…hehehe

meh cni nak cter serba sedikit perihal nak mengurus duit/wang…

1.Catat semua perbelanjaan : benda nie la yang paling naim tak mampu nk buat… “kak minta resit..” aduh selalu tak ingat kata keramat tu… bila housewife tanya..minta resit bang… kita pun marah balik isteri.. RESIT TA DAK..!! tak guna punyer suami…(kata si isteri)..

2.Nilai setiap perbelanjaan : selalunya masa menilai nie,naim buat masa dok belek2 hanfon..belek2 jam tangan yang dah berapa puluh kali tuka..yang terbaru samurai watch pun rosak..tunggu isteri beli tak beli2 pun..(eh aku mana beristeri lagi..(*_*)), so skang la masanya tuk berubah..ambek berat skit harga barang tu..walaupun seposen ja..

3.Buat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan : kalau bab buat perbandingan harga nie rasanya semua owang dah teror..tinggal nk berbelanja mengikut keperluan tu yang susah.. ada yang berbelanja kalau bleh satu mall tu nk borong ha…IKUT nafsu serakah betol..!!! kalau nk berbelanja tu.. pastikan ukur baju di badan sendiri dulu..jangan ukur di badan dato’ plak.. maaf ya dato’…

4.Jejaki kemana perginya wang : Macam mana nk jejak…jejak mcm jejak kasih tu ha… cari sampai dapat punca kat mana duit keluar,resit sume yang isteri minta tadi..pastikan ada.. jangan ko gi jerkah isteri plak.. baik isteri ko tu Alhamdulillah la.. tambah plak kalau isteri ko akauntan,bleh buat imbangan duga terus.. manage skit idup ko..

5.Bahagikan wang mengikut keperluan : Bab-bab bahagi nie,alhamdulillah la naim single lagi..nak bahagi pun tak da sapa lagi… bahagi kat mak ayah ada la.. nnti bila beristeri dan beranak pinak,baru la nk pening2 chekau duit nak bahagi2… Ustaz naim pernah bagi tau.. bagi yang belum nikah,gaji simpan 50% tuk belanja kawen,sebab la nie hantaran mcm nak jual anak jer.. 10k,20k,30k nasib bek aku bukan dato’ K.. walaupun nama Khairul,(cari jer anak yatim wat isteri..dapat pahala)..dan bagi yang sudah nikah nisbahnya 20:30:50… paham-paham la sendirik yer… (@_@)

Rasanya cukuplah setakat ini petua untuk dikongsikan pada hari ini. Semoga ini membantu kawan-kawan dalam pengurusan kewangan dengan cara yang lebih berhemah.(skema gila ayat..) pheeweet..!!

p/s : Saya nak jadi suami mithali…(^_^)

“Kahwin”-Is that Real??

Assalamualaikum….

Terasa bahang perkahwinan makin dekat dengan naim… Entah kenapa.. calon tak da lagi nie…(HEHEHEHE)

kadang-kadang tertanya jugak aku nie termasuk dalam kategori apa ya..?? FARDHU, HARAM, MAKRUH, SUNAT atau HARUS… perkahwinan for me…-IS THAT REAL…?

“Semenjak kau datang dihatiku sayang semua resahku hilang..diriku bukanlah seorang yang mudah,menyerahkan cinta semudah kata…”

maaf la..mungkin calon tu masih belum nmpak terang pada naim… jujurnya.. untuk memperjelaskan kepada sahabat2 tentang kontroversi naim baru2 nie tentang baju nikah… hehehhe..

Tapi entah kenapa… terasa mcm minggu depan ja nk kawin nie… owng kata malam pertama nie ada dua… yang pertama di dunia, bersama isteri tercinta… yang kedua..di alam Barzakh sana..bersama amal kita..

jadi persoalannya di sini,malam pertama yang manakah yang naim rasa dekat itu…????

sebagai peringatan kepada diri naim yang lemah lagi hina ini, dan sahabat-sahabat sekalian..carilah bekalan..dan tiada sebaik bekalan melainkan bekalan berupa taqwa kepada ALLAH SWT…

InsyaAllah yang naim pinginkan kedua-duanya…doa sentiasa dipohon,agar naim tak mengadap Allah dalam keadaan masih bujang….

Dalam mengejar Impian,jangan kesampingkan kebergantungan kita kepada Allah… kerana kita sering lupa kita perlukan Allah lebih dari kita perlukan udara…

Naim pernah menyatakan hasrat kepada seorang Ustazah nie.. anna la terus terang… Dia nie yg special bnyak diam dari bercakap… walaupun kadang2 sakit perut dibuatnya,kelakar alahai…. mcm2 icon dia letak…(@@)..(^_^)…(*_*).. mcm2 lagi la.. tak tahan kot.. jawab tak pernah tepat pada persoalan.. sentiasa suka nk mengusik… bila tanya dah bertunang belum… tahu apa dia jawab….???

[12:11:23 AM] -: enjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atas….enjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atasenjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atas….enjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit nai…k atasenjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atas….enjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atasenjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atas….enjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atasenjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atas….enjit-enjit semut….sapa sakit naik atas…enjit2 semut…sapa sakit naik atas..

 

 

botak kepala aku garu…… kes pengaruh kak limah nie…. tak mengapalah…

yang penting skang… stdy bek2.. kluaq nnti kerja elok2..cari duit(dah start dah..) then hang nak pi pinang anak sapa pun p la…. jnji pulus masyuk.. yang penting,cari yang agama,Chantek itu bonus… hehehe..\

 

p/s : Ada lagi sapa-sapa nk jadi calon cek..??

 

Panas badan selepas makan durian..??

Assalamualaikum wbt….

Entry kali nie naim nak share tips makan durian…untuk mengelakkan rasa panas badan…hehe.. sebelum itu dengarkan kisah nie dulu…(:)

Semalam yang hangat bersama pulut durian… masyuk jer makan durian tu… dengan pulut2nya walaupun tanpa santan oleh kerana santannya telah pun kurang lazat,dek kerana mungkin dah lama dan agak berbau…

Terima kasih di ucapkan kepada Anna dan tidak dilupakan sahabatnya  Munajat zinnirah. dah lama teringin nak makan durian nih… Alhamdulillah dapat jugak makan malam semalam..

Bila dah kenyang perut… muka pun puas jer… selang setengah jam kemudian,tiba-tiba jah badan terasa panas…Hah sudah!!!!

Mula la terasa nk demam la…mata panas la.. almaklum lama tak makan durian,simptom2 nya pun dah lupa..

jadi oleh kerana itu semalam pun naim tido terbeliak mata….(@@)..eh tak da la gurau jer..semalam tido terjaga,tidur terjaga,tidur terjaga,terjaga tertidur….maK OII..

So kat cni naim ada dua tips nak share…satu tradisional punya…dan satu lagi moden punya..

Cara Traditional:- Sesudah abes korang belasah sebanyak manapun bijiks durian itu, ambil sedikit air..masukkan kedalam kulit bekas isi durian tu,then minum airnya..Then lepas tu rajin2 la buang kulit durian tu,jangan biar sepah plak,kang orang tanya,ada lagi tak durian…kempunan lak nnti kalo korang jwb “ada..nuh kat pasar malam…”

Cara moden :- cara nie paling senang dan siap tersedia jnji jgn berkira keluarkan sedikit duit.. penah dengar air cap kaki 6..eh..cap kaki 3.. gi beli sedozen kat kedai..lepas makan langgah air tu mcm dalam iklan… chantek…!!

P/S : untuk petua traditional tu kredit kepada sahabat saya Sirah Nasriah..

 

Previous Older Entries Next Newer Entries

%d bloggers like this: