Yakin…Tiada cinta Tanpa Akad…..

Cinta tanpa akad hanya dusta…. Membawa kepada hanya keluh kesah….

manis hanya di awal waktu…. keruh dikala sendu…..

Kesakitan yang selama ini ditanggung menjadi sisa-sisa kenangan yang menyakitkan hati dan raga… memakan jiwa… lantas kembali mencari cinta Hakiki..

Syukur kerana masih sempat… masih diberi peluang….

tiada yang dapat ku tuturkan melainkan kata hati yang mencerminkan perbuatanku sekarang…. untuk kembali mencari redha…. kerana selama ini ku alpa dalam dakapan syahdu.. istidraj cinta….

1660513_10152772675284572_1802732195_n

Perlahan-lahan akan ku ubah… langkah kaki yang sasar ini…. ke arah yg lebih terarah… kerana ku lakukan ini demi cinta…. Cinta yang Hakiki… dan demi cinta Manusiawi… suatu masa kelak…. andai bukan sekarang….bila lagi….

296861_10150329452892592_747566151_n

 Cinta hanya menurut Nafsu……. hanya membawa kepada Lesu…

Cinta yang menurut Allah…. Akan membawa kepada Indah…

Cinta……

p/s: betulkan niat… tabahkan hati…

Meski ku rapuh……..

 

Langkah-langkah yang telah ku lalui penuh kerapuhan kepadamu Allah…..

tiada yang mampu ku lakukan melainkan akan kudratMu… tetapi aku tetap lupa akan Mu…..

setiap kali daku berada dalam keadaan untuk memilih… Engkau membimbingku untuk mencari kebaikan.. tetapi nafsuku…. nafsuku mengajakku melakukan kejahatan….

Sungguh…. sungguh rapuh… sungguh lemah….. aku tiada daya… menahan godaan, akan setiap maksiat yang ku lakukan…

Aku bermimpi untuk menjadi hambaMu yang taat… namun ianya tinggal sekadar mimpi-mimpi… Indah…

Aku kembali menjadi JAHIL dalam tahu….. lebih teruk dari jahil tidak mengetahui apa2….

Dalam mencariMu Allah…. aku tahu… engkau tidak pernah berganjak seinci pun dariku… dan aku…. aku yang semakin menjauh… aku semakin jauh… mana erti mencariMu…. ???

kerana aku lupa….. Sepatutnya aku MencariMu….. Tetapi sebaliknya Aku mencari cinta HambaMu yang belum2 tentu menjadi milikku…. sungguh rapuh harapanku… kerana tidak bersandar pada cintaMu dahulu….

Kecewa…. akan diriku… kecewa akan akhlakku.. kecewa… akan keihklasanku..

Hanya ENGKAU TAK PERNAH MENGECEWAKAN ku ALLAH……

Subahanallah…. Alhamdulillah… lailahaillah… Allahuakhbar….

pssttt- Kembali…..

Jodohkan itu suprise Allah… buat manusia..

Assalamualaikum……. jodoh itu rahsia… dan sudah di tentukan….

kita akan rasa gembira dan teruja jika kita menerima hadiah suprise dari kawan-kawan… cuba bayangkan suprise dari Allah… tuhan kita, sudah2 tentu tahap keterujaan dan ke-suprise-asan akan mencapai tahap maksima… namun persoalannya… Adakah kita yakin dengan pilihanNya untuk kita….??

1608705_3930407236374_1102776198_n

Jadi seberapa yakin…. dan seberapa ikhlas… itu yang diukur… jika kita mahukan hati seseorang… mintalah pada Pemilik Hati.. iaitu Sang Pencipta Hati…

Cinta jarak JAUH…. (~nur disana~)

Assalamualaikum……

Apa rasanya bercinta… tetapi pada jarak yang jauh…. tiada bertemu rupa, hanya kata2 dan tulisan dari kejauhan yang menjadi penawar kerinduan….

Rindu itu kadang2 menjadi sesuatu yang paling menyiksakan… dan kerinduan itu hanya terubat jika kita ketemu insan atau sesuatu yang menjadi kerinduan di hati….

Ahhh… ini semua picisan…. tetapi rinduku ini bukan kerinduan picisan.. yang merindui akan sesuatu yang belum tentu termiliki…

Aku sebenarnya merindui akan suasana… suasana dimana pakaian2 putih… jubah2 putih dapat kulihat di sekelilingku… aku sebenarnya merindui, suara-suara yang mengetuk pintu hati ini…. aku merindui… akan pesanan dan peringatan yang dahulunya sangat aku dahagakan dan menjadi panduan untuk aku melayari hidup ini…

sekarang semuanya itu tiada bersamaku… sudah agak lama aku tidak mengunjungi tempat itu… bukan kerana aku tidak mahu… tetapi akan perkara lain, mengekangku…. dan sekarang.. aku sejauh 400 km darinya….

418876_491696510887906_1691603621_nPerkarangan Surau

320082_503274393063451_1591087593_nUst Ghazali

562975_503274246396799_683425495_n

564192_503274139730143_1362795745_n

Ohhh… kerinduan akan suasana di Surau An-nur seksyen 1 bandar baru bangi… aku terasa rindu yang amat… jika rezeki aku masih panjang… akan ku kunjungi bahkan menetap… menetap berhampiran surau tersebut… kerana aku dahagakan ilmu percuma itu… yang membantuku mengharungi hidup.. dalam mengenal halal dan haram… salah dan betul… putih mahupun hitam…… Surau Annur… aku sangat merinduimu…..

Psssttt.. : InshaAllah….. bakal ketemu kembali…

Antara Dosa dan Keampunan

Assalamualaikum…

Salam Alik… Selawat dan Salam Keatas junjungan BEsar kita.. rasulullah S.A.W…

entry yang naim tulis kali nie… tentang Taubat dan Dosa…. Dimanakah Penyudahnya..??

Tengah Pagi Yang hening Nie… NAim tak dapat nak lelapkan mata… skang jam Menunjukkan pukul 4.20 pagi…

Hati gundah, mengenangkan berapa banyak dosa yang naim lakukan… takut rasanya nak tidur.. takut tiada lagi esok untukku bertaubat mohon ampun atas Dosa2 yang naim lakukan berulang kali….

images (2)

KAta ustaz… ada satu hadis… Ketika seorang sahabat datang bertanya kepada rasulullah… Bahawa dia telah melakukan suatu dosa…jika dia memohon ampun kepada Allah, Adakah Allah akan Mengampuninya… So, nabi Jawab.. Allah akan MEngampunimu… sahabat tadi bertanya lagi… Ya rasulullah.. jika aku mengulanginya lagi… adakah di ampunkan dosaku.. Nabi menjawab… Ya Allah Akan mengampunkan dosamu… maka Sekali lagi sahabat itu bertanya… jika ku mengulanginya lagi… Nabi Menjawab.. Ya Allah akan mengampunimu… dan jika Ku mengulanginya lagi…. Sekali lagi.. nabi menjawab.. Ya Allah tetap akan mengampunimu…. Sabahat Bertanya tidak puas hati… Ya rasulullah… Sampai bila Allah tetap akan menggampuni Dosa-dosaku jika ku tetap mengulanginya…?? Nabi Menjawab… Sehingga Engkau Jemu Memohon Ampun Kepada Allah… dan Allah Sesekali tidak Jemu Mengampunkanmu… Maka MEnitislah Air mata Sahabat Tadi mendengar jawapan dari Rasulullah S.A.W…

Taubat

Maka naim mengetahui akan hal ini… so, adakah naim akan terus melakukan dosa2 berulang kali dengan niat Allah tetap akan mengampunkannya…?? ya sudah tentu.. kerana Allah itu Maha Pengampun.. Pintu Taubat sentiasa terbuka Luas..

Namun….. Naim perlu ingat… suatu kisah dimana 2 orang hamba Allah, yang seorangnya sepanjang hidupnya sentiasa melakukan amalan ahli neraka.. Namun akhirnya hayatnya teringin melakukan suatu kebaikan dan Allah memasukkannya ke syurga.. dan seorang lagi sepanjang hidupnya sentiasa melakukan amal ahli syurga.. Namun pada akhir hayatnya teringin melakukan maksiat kepada Allah.. MAka Allah masukkannya kedalam neraka…

Apa maknanya yang Ingin Disampaikan….?? Tidak lain Allah nak bagitahu kita yang kita nie tiada masa untuk melakukan dosa dan maksiat kerana bila2 sahaja ajal bakal menjemput kita… dan bila saat itu tertutup sudah pintu taubat… tertolak segala pohon keampunan…

Jadi naim berpesan kepada diri sendiri…. dan sahabat2 yang membaca.. agar sentiasa kita berwaspada dengan gerak-geri kita… Kerana, lahirnya kita tidak dipinta, matinya kita tiada tertunda… semua dalam genggamanNya… Sentiasalah kita berpegang dengan istighfar.. kerana kita tidak sunyi dari melakukan dosa… sedangkan nabi sendiri beristighfar dalam riwayat 70 kali sehari… inikan pula kita hamba yang tidak maksum..

images (1)

Dosa… Memang boleh diampun.. namun Ajal… tidak mengenal santun.. Wallahu a’lam…

p/s : Ya Allah berilah daku kekuatan untuk menempuhi Ujianmu… Aamiin Ya Rabb…

 

Cantikkah Yang Kau cari..?? (edisi Muhasabah)

Salam alaik… Cantikkah yang kau Cari…??

entry Kali ini Ingin sekali Naim Mengajak sahabat2 dan diri naim sendiri untuk bermuhasabah sebentar… dalam Kreateria mencari pasangan Hidup… adakah Cantik atau Hemsem(bagi Wanita) menjadi kreateria utama bagi kita dalam mencari pasangan Hidup…?

Sudah tentu bagi Lelaki seperti naim tidak terlepas dari memandang kecantikan yang Allah Kurniakan diatas dunia ini berupa makhluk Allah yang dikenali sebagai Wanita.. Sememangnya Kecantikan itu menjadi daya penarik.. Menjadi fitrah kepada semua manusia untuk menjadi cantik.. dilihat cantik…

isteri imam muda hizbur

Isteri Imam Muda Hizbur

Namun begitu kawan2.. adakah cantik di pandangan manusia itu penting..?? bagaimana pula cantik di pandangan Allah…??

Dalam memilih pasangan.. siapa yang tak nak pasangannya cantik dan hemsem.. bayangkan bila sampai hari bersanding.. Orang rmai datang melihat kebahagiaan pasangan masing-masing cantik dan menawan, memukau pandangan umum dan membuatkan pasangan kita jatuh cinta… memang jikalau hendak diukur begitu… semua orang pun nak pasangan mereka cantik.. termasuk la orang yang menulis nie..

namun apa yang dirisaukan adalah…(bagi seorang lelaki atau suami)

1. Kecantikan ISterinya dinikmati oleh lelaki lain. Diidam2 oleh org lain..

2. Kecantikan Isterinya tidak kekal..

3. Cantik luaran sahaja, dalaman hancur..

4. Cantik tu menyebabkan hantaran kawen tinggi, ramai orang berebut..

5. Cantik itu menyebakan isterinya digoda org lain.

6. kecurangan boleh berlaku.

7. dan kerisauan..kerisauan yang lainnya..

208964_492648777419084_1324291069_n

Banyak yang naim teliti, gambar2 pasangan yang berumah tangga.. yang selamat diijabkabulkan.. mempunyai pasangan yang cantik hemsem… namun ianya tidak menjamin keharmonian rumah tangga.. mungkin disebabkan faktor diatas..dan ada juga pasangan(yang cantik dan Hemsem) yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat…dan ke syurga hendaknya…

Jadi naim buat Konklusi sendiri bahawa kecantikan bukan faktor utama untuk kebahagiaan.. namun kecantikan boleh dianggap bonus kepada pasangan tersebut..

486994_485141864864151_1494810639_n

Jadi apakah Faktor utama Penentu Kebahagiaan Yer…??? adakah kecantikan…?? Harta..?? Keturunan.. ?? MAhupun Pangkat…?? apa yang naim lihat, semua itu mampu memberi kebahagiaan.. Kecantikan mampu beri kebahagiaan… Harta mampu beri bahagia.. Keturunan yang baik dipandang mulia.. pangkat yang tinggi dihormati… namun tuan/puan yang mulia sahabat2 yang membaca Blog Naim nie.. adakah itu semua Kekal.. ??? tidak…. bukan.. Semua itu berfungsi hanya ketika berada di dunia… namun hanya satu yang tetap terus kekal memberi kebahagiaan ketika tiada kecantikan untuk di tatap.. ketika tiada harta untuk dibelanjakan, ketika tiada keturunan untuk di banggakan, ketika tiada pangkat untuk dihormati…

itulah  Agama… Ilmu agama itu sendiri…. Yang Menakluk semua aspek kebahagiaan di dunia ini.. mahupun di akhirat sana…

images

Naim pernah terdengar suatu ayat…(Hadis rasanya)  “Allah yang maha penyayang, memberikan rahmatnya kepada semua manusia.. tak kira dia baik ker… dia jahat ker.. dia kafir ker.. dia Islam ker.. dia menteri ker.. dia ustaz ker.. dia apa sekali pun.. Allah tetapi beri segala nikmat padanya… NAmun.. Allah Beri Agama Kepada orang Yang Hanya  Allah Cintai..”….

Maka Sudah tentulah logiknya Beruntunglah Orang yang dicintai Allah.. Kerana Orang yang mempunyai Allah sudah tentu Mempunyai Segalanya…. Sebab itulah.. Jika kita cintakan Kecantikan tidak salah.. Jika KIta tak lupa akan Pencipta Kecantikan itu… Jika kita mahu bercinta juga tidak salah… Yang penting kita tidak lalai mencintai Pencipta Cinta itu sendiri.. iaitu Allah Rabbuljalil…

So KAwan2… Jom pilih… cantik pun kita nAk.. Harta Pun kita NAk.. Keturunan Yang baik pun kita nak.. Tapi kalau semua tu tak da… Cukuplah jika Pasangan kita tu ada Agama… KErana sudah tentu… itu Menjadi Penentu Kebahagian kita di dunia dan akhirat….. Amin Ya rabbb…

p/s : Nak Berumah Tangga… Lelaki jangan Main2…

Sollu ala Nabiy…..(edisi Maulidur Rasul)

nabi muhammad saw

Seringkah KIta terfikir, bagaimana mulia dan bersihnya hati  nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi…

Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila dilukai…

Allah…. Sungguh mulia peribadi KekasihMu ini.. Wariskan sebahagian daripadanya kedalam diri kami… Amiin… Sollu’ alaih…

 

P/s : CRedit to Kak Khairunnisa’..

Salam Maulidur Rasul…

MUnajat Si Fakir Hina

(Ya Rasulullah daku Rindu)……

Tak terlafaz KAta…..Tiada Kata Seindahnya….

Walau Kau Telah Tiada Ya Rasul…. Di HAti ini MAsih Semarak.. tiada Yang lebih ku cintai Ya Rasul MElainkan Dirimu.. Tiada yang kurindui.. Melainkan untuk bersua.. bertemu denganmu Ya Rasul.. Namun jasad yang hina ini adakah layak untuk bertemu dengan ya Rasul.. Kekasih Allah.. Siapalah daku ini… Insan biasa yang ingin sekali jika tak mampu memeluk tubuhmu yang harum.. sekurangnya mahu sekali melihatmu…

Kisah-Cinta-Nabi-SAW-Mandi-Bersama-Istri

Ya Rasul… Kau tinggalkan kami… warisanmu ya rasul.. namun kami selalu leka ya rasul tanpamu.. sesungguhnya rasul.. kami merinduimu… ingin sekali jika masa dapat ku putarkan ya rasul.. Ingin ku kembali kemasa mu.. Kezaman yang mengandungi dirimu…

Senyumanmu ya rasul… Sangat ku rindui walau tidak pernah ku melihatnya… sangat membahagiakan.. sangat mengharukan… setiap kali ya rasul.. ketika ku membaca sirah-sirahmu… menitis air mataku… cemburu melanda di saat ku hanya mampu membaca sirahmu.. tanpa boleh berjuang bersamamu…

tumblr_lzdanvAuDO1qjtkiko1_500

Ya rasul.. sukarnya untuk umatmu menerima kepergianmu.. dimasa itu… Sukar lagi bagi kami ya rasul… merinduimu tanpa melihatmu.. mecintaimu tanpa pernah bersua denganmu… menangisi pemergianmu tanpa pernah bersama denganmu… ya rasul.. Ingin sekali ku bersua denganmu…

Kedatanganmu ke alam ini memberi umat manusia ini seribu satu kebahagiaan,seribu satu rahmat, seribu satu pengertian yang tak dapat daku gambarkan ya rasul.. Dirimu hadir menyempurnakan Akhlak.. Menyempurnakan Segala Nabi dan Rasul sebelummu… Kesan Kehadiranmu dialam ini terpahat dihati-hati umat… sehingga hari kiamat… Ya rasul… Kami merindumi… daku merinduimu….

Titipan ini, daku nukilkan tanpa sedar berderai airmataku….. airmata syahdu ini sangat merinduimu ya rasul…

Tidak ku nukilkan ini hanya pada saat dan ketika menyambut kelahiranmu ya rasul… Namun telah lama ku pendamkan kerinduan ini ya rasul… tidak tertahan lagi, menahan kerinduan ini… ingin sekali kutinggalkan dunia ini.. ku ingin sekali bersamamu ya rasul… tiada apa didunia ini untukku.. jika engkau bersamaku…

Ya rasul… diriku tiada apa yang dapat ku sembahkan untuk menjadi kebanggaan buat mu ya rasul.. diriku sangat hina.. malu menyelubungi diri ini saat jari-jemariku menukilkan kata-kata ini… namun selawat dan salam sahaja dapat ku berikan..banyak lagi yang perlu ku lakukan… terlalu bnyak sunnahmu yang masih ku lupa… masih belum ku tahu….. Ya rasul… maafkan daku…

love_for_rasulullah_s_a_w__by_saurukent-d4slw82

Ya rasul Allah… KEkasih Allah…. Kasihmu pada umatmu….. sehinggakan syafaat kau bawa untuk bertemu umatmu dipintu syurga… sedangkan kau boleh sahaja berada di syurga.. kau keluar ke telagamu memberi minum kami.. kau bersama kami melintasi titian.. kau bela kami disana.. kau barsama kami sehingga kesyurga…satu Doamu yang kau simpan, khas buat nabi2 dan rasul… dimana Nabi Nuh mendoakan kaumnya tenggelam.. Allah kabulkan… NabiSoleh dan Nabi Luth, Mendoakan Kehancuran Kaumnya.. Allah Kabulkan.. NAbi Sulaiman Mendoakan sebuah Kerajaan yang agung tanpa ada selepas itu kerajaan sepertinya.. Allah kabulkan…Namun, Dirimu Ya rasulullah.. Kau simpan doa Itu untuk digunakan di akhirat sana… Sebagai hak Untuk Memberi syafaat buat kami…. Ya Rasul….. Terima Kasih Ya Rasulullah….  Tiada kata yang dapat ku gambarkan perasaanku terhadapmu ya rasul… tiada… tiada…tiada… Maafkan daku jika nukilan ku ini tidak kena pada keagungan dirimu.. jika ada kata yang lebih baik.. akan ku gunakan… namun ini sahaja kemampuanku, untuku melafazkan, betapa ku cinta… kurindu… dan ku ingin sekali berjumpa denganmu…. Ya rasulullah…………………. Tak terlafaz kata…….

396265_327317070640330_688219132_n

Salam Maulidur Rasul………

~Cinta…OOoo Cinta…. Semua Kerana Cinta~

Assalamualaikum Sahabat2 Yang dikasihi…

Cinta… Apa Itu Cinta..?? mudah kita dengar setiap hari.. Namun Sukar untuk diterjemahkan dengan Tepat… apakah Itu cinta sebenarnya… Senang Untuk Naim tuturkan semua yang kita lakukan dan hasilnya Terbaek.. adalah disebabkan cinta.. berbanding dengan sesuatu yang kita lakukan dengan cara terpaksa tanpa cinta… mungkin sebab itulah kita pernah terdengar kata-kata cinta tak Boleh dipaksa.. JIka di paksa Hancur Binasa…

cinta

Semuanya terpulang kepada kita bagaimana kita menguruskan cinta itu sendiri..

Pertama : Tanya diri kita bagaimanakah kita menghargai Cinta… Adakah kita pernah Mengenal akan Pencipta Cinta Itu   Sendiri… Subahanallah.. Jika kita Kenal akan Pencipta Cinta itu, semestinya Tiada cinta Di dunia ini yang dapat Mengatasi cinta kita padaNya..

Kedua : atas apakah kita guna cinta itu..?? Fitrah manusia, mencintai sesuatu yang baik… jarang sekali kita melihat manusia yang cinta melakukan sesuatu yang buruk.. jika yang buruk itu adalah nafsu.. Bukann cinta.. Nafsu yang didorong Syaitan melahirkan Cinta Dunia.. tidak salah mencintai Dunia.. namun Jangan Tinggalkan Akhirat.. tapi Kebanyakkan kita banyak Menguruskan Dunia.. Berbanding Menyediakan Persiapan ke Akhirat..

Ketiga : Siapakah yang pAtut menerima Cinta kita….?? Sudah tentu rankingnya kita perlu tahu.. agar tidak terpesong keutamaan akan cinta kita kepada Khaliq dan makhlukNya..

1.Cinta Pertama kita Semestinya Allah SWT (PEncipta sekalian Alam),

cinta dan islam

2.cinta Kedua Kita Semestinya Rasulullah SAW(pemberi Syafaat Diakhirat dimana tiada nabi dan rasul yang mampu memberi syafaat pertolongan).

Kisah-Cinta-Nabi-SAW-Mandi-Bersama-Istri

3.Cinta kepada kedua Ibu Bapa.. (yang melahirkan membesarkan dan memberi pendidikan pada kita, tanpa doa mereka kita tiada apa2)

4237792812_deabb31f35-300x201

4.Cinta Pada suami dan Suami Pada Isteri…

asyiknya-cinta1nnn

5. Jika diatas sudah lengkap Cintanya… Cintalah Pada Dunia(uruskan Duniamu dengan Baik) dan Carilah Bekalan Pada Akhirat.. dengan BErcucuk Tanam Amalan Di DUnia…

ready

Naim Pernah mendengar satu ungkapan bijak pandai…. Dunia dicipta untuk Manusia, Manusia dicipta untuk Akhirat….

Ooohhhh Indahnya Cinta jika kita salurkannya dengan cara yang betul…

“cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermulacinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-galasemua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..”

Hadis cinta
P/S : Sebelum Nak bercinta dengan Makhluknya… Tanya Sama hati Ada cinta tAk sama Penciptanya… bAru Betul..

Alhamdulillah… Umurku masih ada..(edisi Akhir Tahun)

assalamualaikum sahabat2 yang sangat dicintai dan dirindui..

Alhamdulillah… jika anda terbaca entry naim kali nie… maknanya.. Allah masih lagi mahu memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.. dan memperbanyakkan bekalan untuk perjalanan seterusnya nnti.. dan sebaik2 bekal adalah taqwa… marilah kita sama2 meningkatkan potensi kita masing2…

tumblr_m6gciovf0n1rvgf3co1_500

Syukur naim panjatkan ke hadrat Ilahi.. tiada tara nikmat yang Allah berikan ini.. tidak terkira…  Alhamdulillah…

sahabat2 semua.. sudah lama kiranya naim tidak menulis disini.. kali terakhir menulis bulan Jun lepas.. masa tu naim buat praktikal di sebuah sekolah di Melaka.. More

Previous Older Entries

%d bloggers like this: