PErlukan Perkhidmatan PEreka Grafik…??

Assalamualaikum Kepada sahabat2 blogger….

Kepada sahabat2 yang perlukan perkhidmatan mereka banner atau poster, saya sedia membantu anda semua…

Dulu naim pernah mereka poster dan banner untuk kawan-kawan yang buat program kat Universiti… terutama sekali buat banner… antara banner-banner yang saya telah hasilkan…

 

BANNER BENGKEL

BANNER ARIP PEKAN

banner karnival

photograpy mat

recyle jana

Pijie banner

InshaAllah… ada rezeki nak buat kelas adobe photoshop…..

boleh wassup atau mesej no- 0139182168 dan emel maklumat tentang program….

psstt…-nak cari duit lebih…..^^

Advertisements

Buat sang puteri..

Assalamualaikum…..

tengah baca2 nota medan elektro malam nie…sambil2 dengar lagu spider yang bertajuk di atas…terasa sayu plak…. sudah sekian lamanya menunggu…hu2…

tut2..bunyi mesej…najah(s/u PENDIDIK) mesej mintak esok MT PENDIDIK kumpul 9 pg di FAkulti untuk memperkenalkan pendidik kpd pelajar tahun satu.. oleh kerana ada surat pelepasan kuliah.naim turutkan juga..walaupun sayang untuk meninggalkan kelas medan elektro esok…

bila dah ada kesedaran untuk ke kelas dengan penuh persediaan kan…kita sangat menantikan kelas tuh… tapi untuk adik2 tahun 1 abg naim(he2.. ;-)) snggup turun esok jumpa adik2 sekalian… tak mengapa la..nnti boleh mintak kat PijiE(hasrul hafizan) nota…std sekali jie…..he2…

InsyaAllah…niat kerana Allah……

P/S : Adik2 tahun satu kali nie tak ramai..jadi ambik peluang nie nak dekati mereka… 😉

Forum Perdana Isra’ Mikraj

Assalamualaikum W.B.T.. Bismillahirahmanirrahim… Alhamdulillah…baru sekejap tadi naim baru ja menghadiri satu majlis ilmu yang di anjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Masjid Al-Hasanah dan Malaysian Care. Banyak perkara yang selama ini Naim tak berapa tahu mengenai israel,yahudi,Zionis,asal usul diorang dan sebab musabab apa dan kenapa perkara yang berlaku di palestin pada hari ini,telah di kupas oleh ahli panel dengan mantap di forum tadi…

Panel yang hadir bukan lah calang2 orang nya…tajuk yang di bincangkan di kupas dengan begitu mendalam sekali… teruja jugak la naim mendengar satu persatu perkara yang di bahaskan..untuk pengetahuan kawan2.. yahudi dengan israel itu adalah dua perkara yang berbeza..seperti islam dan melayu.. Yahudi itu adalah agama mereka dan israel itu adalah keturunan…dan lagi..tak semua israel itu jahat..ada israel yang islam..ada yang menentang penaklukan palestin.. bahkan mesir yang diharapkan mereka yang jadi duri dalam daging…dan jangan lupa jugak tentang Zionisme..

banyak ilmu yang dapat naim serap insyaAllah…di harapkan program-program yang sepertinya ini dapat di jalankan lagi bagi meniup kesedaran dan membongkar segala penipuan,strategi atau dakyah yang di jalankan… dan ingatlah..

Allah berfirman; “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya” [Q.S. Ali Imran :54]

Setiap kejahatan yang sebelum nie di lakukan terus di balas Allah S.W.T..dan tggulah pembalasan seperti yang telah dijanjikan..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

marilah kita sama-sama membuka mata kita dengan menolong dengan sedaya mampu dari aspek wang ringgit mahupun doa..insyaAllah..andai di tanya satu hari nnti apa yang kita berikan untuk membebaskan saudara kita di sana..kita ada jawapannya….

p/s: gambo di atas di ambil di internet..hebat akak2 nih…

Tragedi malamku di UKM..

Assalamualaikum W.B.T..

Entry yang mungkin mengundang suspenz ini sebenarnya tak da la suspen mana pun…he2…

Cter nya macm nie…oleh kerana naim terpaksa balik awal untuk 5 dan 6 haribulan july nie disebabkan Fakulti perlukan wakil dari PENDIDIK dan MPP…jadi naim terpaksa balik.. namun begitu sebenarnya pelajar yang bukan PC (pemudah Cara,bukan personel computer ok).. tak boleh masuk pada minggu MMP (Minggu Mesra Pelajar) nie..menyedari hakikat itu naim minta la dengan saudari Najah(setiausaha agong PENDIDIK,agong la sngt..he2) untuk surat kebenaran masuk kampus.Saudari Najah bg tahu surat telah disediakan oleh Fakulti…ok la macam tuh

Namun sesampai ja kat UKM nie naim terlepas pandang pasal surat tuh… Dok wat rilek la kan..pada satu malam tuh selepas isya’,naim pun nak kuar jap untuk gi isi minyak…nak sampai ja kat umah pak guard kat pintu masuk utama(yang ada skrin besau tuh) naim di tahan…. hah sudah…!!! habis la aku..he2..

Dengan tenangnya Naim park moto kat tepi tak nak ggu jalan..bersedia menjawab segala pertanyaan..he2..(Niat naim baik,wat pa nak takut..) Selepas berdiskusi dengan pak guard selama 5 minit..pak guard pun pesan la kat naim…nnti tolong ya dik ambik la surat kebenaran tuh,nnti abg kena marah dengan bos kalo dok bio owang kuar masuk tanpa permit..(huh macam pendatang tak halal ja aku nih)..aku pun jawab.. wakarimasen..aligator gozaimass…he2.( maaf ya terima kasih bnyak2)…

hah..moral of da story…peraturan di buat ada sebabnya..dan perlu lah di patuhi selagi tak melanggar hukum syarak, hukum Allah…tapi hamba Allah yang bernama Naim nie selalu saja melanggar peraturan…itulah manusia… bukan robot…ada owang cakap “rule made to be broken..”he2..tapi jangan la selalu langgaq peraturan(hah terkeluaq slang Kedah)… yang penting…Amal Makruf Nahi Mungkar k…wassalam….

P/S : Dok bertahan la kat cnie…mcm fugitive ja aku nih…hahaha..untuk kawan2 coz mate..rindu kat korang…. ;-)..

Final Exam dah dekat nih…!!

Assalamualaikum…bismillahirahmanirrahim…

aduh.. naim asalnya tak tahu nak tulis ayat macam mana..tapi saja nak bagi tahu kat sini Exam just around da corner… so baru la terasa stress tuk study kan… naim slalunya macam tue la… tapi walau macam manapun.. gud luck ya suma kawan2… insyaAllah…

nenek pernah berkata…. “biarlah kita gagal..tetapi kita berusaha..janganlah kita gagal..kerana kita tak buat apa2…” tue ja la kot nak tulis…nak gi study nih..wawawawa….bertarung untuk terus hidup!!!!!!!!

AGM (Annual General Meting) PENDIDIK 10/11

AGM PENDIDIK FAKULTI PENDIDIKAN AKAN DIadakan pd ISNIN 8.32010…Bertempat didewan budiman..JAM 7.45 malam..DIHARAP SEMUA DAPAT HADIR..SEBARKAN KEPADA SEMUA PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN..UKM

KEKASIHKU PEMBUNUH (18++)

Assalamualaikum…sebagai pengajaran..
Memang tidak disangka,
Itulah kenyataannya
Hidup ini tidak seindah seperti yang Disangka
Disangka panas ke petang
Hujan gerimis di tengah hari.
Keindahan menjadi kengerian.

2 tahun dahulu, seorang sahabat membaca akhbar tempatan yang bertajuk ‘pelajar perempuan UUM membunuh diri’. Heboh satu Malaysia. Hari ini peristiwa itu telah menjadi sejarah ngeri bagi para pengkagum cinta sepertiku. Kusoroti kembali kisah tragis cinta ini. Cinta yang memakan diri sendiri.

5 tahun dahulu, Sedi(bukan nama sebenar) seorang anak muda-belia yang tampan. Petah berkata-kata. Malang benar jika seseorang gadis yang tidak mengenalinya. Pelajar paling glamour di tingkatan 6 SMK Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Jaguh dalam permainan sepak takraw dan antara harapan sekolah untuk berjaya dalam STPM. Latarbelakang pendidikan agama sewaktu belajar di SMA Wataniyyah, Temerloh membolehkan Sedi menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Pra U sekolah dengan mudah. Tanpa tandingan.

Begitulah lengkapnya peribadi sedi. Insan dipuja oleh ramai orang. Kisah bermula setelah kedatangan ani(bukan nama sebenar) ke sekolah itu. Ani juga tidak kurang cantiknya. Kecantikannya yang menggegarkan jiwa si pemerhati.

Kisah cinta Ani dengan Sedi bermula apabila Ani ditugaskan sebagai pengarah program lawatan ke Kuala Lumpur dimana Sedi sebagai pemantaunya. Hubungan rasmi bertukar menjadi hubungan cinta. Semakin aktif Ani dalam persatuan semakin sayang Ani kat Sedi. Suatu hari sedi mengadu kesempitan wang, Ani sedia memberi kad ATM BSN untuk menampung kehidupan Sedi.

Hubungan romantik cukup indah umpama pasangan muda zaman sekarang. Pi mai, pi mai. Bonceng motorsikal, makan bersama dan berkempit-kempit di taman bunga atau di pantai. Cukup bahagia sampai tahi hidung masin pun menjadi manis.

Apabila exam mendatang, mereka belajar bersama. Melakar perancangan bersama untuk ke universiti. Exam disudahi dengan baik. Sesudah exam, Sedi bekerja di KL manakala Ani bekerja di Kuantan. Setiap hari minggu Sedi pulang. Kerinduan kepada kekasih. Akibat kerinduan yang teramat sangat, syaitan mula memujuk sehingga tidak terbilang kondom dibasahi cecair yang hasyir. Dan Ani tersenyum dengan layanan Sedi yang cukup ganas itu. Kuda liar tanpa pengalaman katakan.

Kenapa
intan bertukar menjadi batu pejal
kenapa
wali menjadi syaitan
kenapa
kasihku dipersiakan
kenapa
pengorbananku tidak dihargai

keputusan diumumkan, Ani dan Sedi memperolehi result yang cemerlang dan terbilang. Tapi malang nasib mereka apabila Sedi mendapat tawaran ke UM dan Ani pula ke UUM. Meraunglah si Ani. Bagi meraikan hari terakhir mereka. Mereka melafazkan janji, baiah sesama mereka untuk setia selamanya. Mereka pun bertunang. Majlis bertunang ini diraikan dengan dua-tiga kali gobek tanpa kondom dimasukkan ke dalam sarung. Inilah tanda setia, tanda kekal bersama kekasih yang paling dogol. Paling BANGGANG.

Kehidupan kampus bermula. Peringkat awalnya seminggu sekali Sedi ke UUM, lama-kelamaan 2 minggu sekali dan akhirnya sebulan sekali. Pelbagai alasan diberi sibuk dengan tugasan, kelas dan persatuan. alasan diterima baik oleh Ani, maklumlah pelajar varsiti uniperdana yang terulung di negara ini. Sekarang, Bekerjasama dengan Cambridge pulak, lagi besar lubang hidung NC.

Di UM, Sedi mula membariskan kata-kata indah kepada gadis-gadis cantik. Antaranya budak sabahan, Ana dari kolej pertama. Tugasan bersama membuat Sedi dan Ana semakin rapat. Fikiran terhadap Ani semakin menipis. Alasan untuk ke utara semakin dipelbagaikan. Ani mula bergelodak jiwanya. Resah, gelisah dan binggung.

Suatu hari, ‘Sedi, datang ke UUM, Ani nak bincang tentang masalah kita’ ujar Ani dalam keadaan tersedu sedan. ‘masalah apa?’ tanya Sedi. ‘Ani mengandung’ jawab Ani ‘ apa…….’ terkejut Sedi bagai halilintar membingit telinga yang dipenuhi 2 gram tahi telinga.

Di UUM, ‘Sedi, kena tanggungjawablah! Kan Di yang buat’ paksa Ani. ‘Sedi tak ada duit nak kahwin’ lemah suara Sedi… ‘Ani, tak kira Sedi kena tanggungjawab. Perut semakin besar, nanti kita yang dapat malu’ tegas Ani. ‘sapa yang malu, Anilah yang malu. Entah jantan mana Ani gauli’ balas Sedi. Tergaman Ani dengan alasan Sedi, meraunglah Ani.

mudah,
sesudah maduku kau rampas
sesudah kelapaku ditebuk tupai
kau menjauhi diri
tinggal aku dalam kegelapan ciptaanmu

kurayu,
kupujuk
kusujud
kuugut
kau tetap menyundalkanku
kesudahan bunuh diri pilihanku
padan muka engkau
padan muka aku…

perut semakin membunting, Ani gelisah dan resah. Ani terpaksa ke UM untuk menagih janji Sedi. Akhirnya Sedi telah mendedahkan bahawa dia mempunyai teman baru, Ana. Menangislah Ani. ‘Di, kalau tak nak kahwin, Ani nak matilah’ ugut Ani sambil menunjukkan racun ditangannya. ‘minumlah kalau berani’ jawab Sedi secara selamba. Sedi ingat ia satu gurauan. Ani terus meminum racun tersebut. Keadaan gawat, Sedi tergaman. Darah membuak keluar dari mulut Ani.

Di Hospital, Ani disahkan kritikal. Sedi semakin kaget. 2 hari selepas itu Ani meninggal dunia.

Tajuk akhbar ‘PELAJAR UUM MEMBUNUH DIRI’ di ruang yang agak tersembunyi di dalam akhbar tersebut. Pelajar perempuan tersebut membunuh diri di hadapan kekasihnya, seorang pelajar UM. Pelajar UM yang tidak ada belas kasihan membenarkan gadis yang dibuntingnya membunuh diri.

KOMENTAR SAHABAT

Edie : Sedi, kau cukup licik. Tidak bertanggungjawab.

Naim: Sedi, Pembunuh…..

Ayu: tak sangka, Sedi yang nampak baik ini tergamak melakukan perkara ini.

Aku: sukar nak percaya tetapi inilah realitinya.

Ha……ha…….. kini Sedi rancak bersama Ana yang tidak mengetahui cerita. Mereka nampak bahagia. Setiap kali berjumpa, ketawalah si Ana, Sedi tersenyum puas. Cinta mereka berterusan, mungkin akhirnya tembelang akan pecah. Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Woi….yes….yes.., gembira Sedi dan Ana bersama keluarga semasa konvokesyen UM 2003/04. kisah yang berlaku 2 tahun yang lalu telah menjadi sejarah. Sejarah yang bisu. Bisu untuk selamanya??……………

Sahabat
Sukar mengenalimu
Isi didalam tak seindah kulit diluar
Hingga aku tertipu dengan keterbilangan dirimu

Aku tak sangka
Disebalik baikmu
Ada rahsia besar
Yang gila dan zalim

Sahabat
Taubatlah
Kembali ke jalan benar

P/S : Ingatan kepada Diri Hamba Allah yang hina ini..

H*****H bacalah..!!

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Keputusan pilihan raya kampus (PRK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih belum rasmi ekoran bantahan yang dibuat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Pimpinan GMUKM Jumaat lalu, secara aman menghantar surat rayuan beserta duit bantahan kepada pihak pentadbiran universiti kerana mendakwa berlaku penyelewengan yang sangat ketara ketika proses PRK kali ini.

Dakwaan ini termasuk jumlah undi yang diumumkan oleh setiap pengetua kolej tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan dari pusat penjumlahan undi.

Malah, sepanjang proses pilihanraya kampus ini dijalankan, telah berlakunya ‘double standard’ pihak universiti terhadap Pro Mahasiwa (Pro-M) untuk berkempen.

Ekoran bantahan itu, pihak pentadbiran melanjutkan tempoh 48 jam yang diberikan GMUKM sehingga esok untuk mengumumkan keputusan rasmi.

Pihak pengurus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga bersetuju untuk bersidang bersama-sama pengetua kolej dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) esok sebelum mengumumkan keputusan rasmi.

Namun GMUKM mempertikai keperluan JAKSA menyertai sidang berkenaan sedangkan mereka tidak terlibat dalam menguruskan pemilihan tersebut.

Turut dikesalkan GMUKM mengenai tindakan pihak pentadbiran yang sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor (TNC) bagi menyelesaikan kes ini secara aman.

Sehubungan itu, GMUKM berharap persidangan itu menemui satu penyelesaian yang adil terhadap Pro-M.

Jumaat lalu, GMUKM selepas solat Jumaat mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat kampus mengenai situasi PRK kali ini secara aman. Namun, apa yang dikesalkan mereka tindakan pihak pentadbiran memanggil polis beserta Pasukan Polis Persekutuan (FRU) yang dilihat sengaja menimbulkan suasana tegang dan menakut-nakutkan mahasiswa.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat Jumaat. Mereka juga melakukan kekasaran dengan merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang memberikan penerangan.

Dua mahasiswa ditangkap sewaktu sesi penerangan itu namun dilepaskan 30 minit kemudian dan diarahkan  ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang itu untuk memberikan keterangan.

PRK Khamis lalu  menyaksikan Pro-M tewas di tangan Pro-Aspirasi. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A manakala bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

p/s: kepada pihak tertentu..Nak menipu pun Berpada-padalah (tengok tempat la)…Mahasiswa bukan bodoh..!!

warkaH TintaDuat…

ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.

Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.

Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1

3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.

p/S: kepada yang mempunyai blog,FB dan lain2..tolong sebarkan,kempen kan kebenaran ini….

%d bloggers like this: