Sapa lagi Kuat tidoq nie….. (manusia vs binatang)

Bincangkan………….

humans-vs-animals_52dfdbd00c878_01

humans-vs-animals_52dfdbd00c878_02

PErlukan Perkhidmatan PEreka Grafik…??

Assalamualaikum Kepada sahabat2 blogger….

Kepada sahabat2 yang perlukan perkhidmatan mereka banner atau poster, saya sedia membantu anda semua…

Dulu naim pernah mereka poster dan banner untuk kawan-kawan yang buat program kat Universiti… terutama sekali buat banner… antara banner-banner yang saya telah hasilkan…

 

BANNER BENGKEL

BANNER ARIP PEKAN

banner karnival

photograpy mat

recyle jana

Pijie banner

InshaAllah… ada rezeki nak buat kelas adobe photoshop…..

boleh wassup atau mesej no- 0139182168 dan emel maklumat tentang program….

psstt…-nak cari duit lebih…..^^

Cinta jarak JAUH…. (~nur disana~)

Assalamualaikum……

Apa rasanya bercinta… tetapi pada jarak yang jauh…. tiada bertemu rupa, hanya kata2 dan tulisan dari kejauhan yang menjadi penawar kerinduan….

Rindu itu kadang2 menjadi sesuatu yang paling menyiksakan… dan kerinduan itu hanya terubat jika kita ketemu insan atau sesuatu yang menjadi kerinduan di hati….

Ahhh… ini semua picisan…. tetapi rinduku ini bukan kerinduan picisan.. yang merindui akan sesuatu yang belum tentu termiliki…

Aku sebenarnya merindui akan suasana… suasana dimana pakaian2 putih… jubah2 putih dapat kulihat di sekelilingku… aku sebenarnya merindui, suara-suara yang mengetuk pintu hati ini…. aku merindui… akan pesanan dan peringatan yang dahulunya sangat aku dahagakan dan menjadi panduan untuk aku melayari hidup ini…

sekarang semuanya itu tiada bersamaku… sudah agak lama aku tidak mengunjungi tempat itu… bukan kerana aku tidak mahu… tetapi akan perkara lain, mengekangku…. dan sekarang.. aku sejauh 400 km darinya….

418876_491696510887906_1691603621_nPerkarangan Surau

320082_503274393063451_1591087593_nUst Ghazali

562975_503274246396799_683425495_n

564192_503274139730143_1362795745_n

Ohhh… kerinduan akan suasana di Surau An-nur seksyen 1 bandar baru bangi… aku terasa rindu yang amat… jika rezeki aku masih panjang… akan ku kunjungi bahkan menetap… menetap berhampiran surau tersebut… kerana aku dahagakan ilmu percuma itu… yang membantuku mengharungi hidup.. dalam mengenal halal dan haram… salah dan betul… putih mahupun hitam…… Surau Annur… aku sangat merinduimu…..

Psssttt.. : InshaAllah….. bakal ketemu kembali…

Pelukis paling Laju dan mengejutkan..!!

Memang Teror Tahap Level 9999….

Did You Know…???

388336_168643369896782_1455117782_np/s: Disclaimer… GAmbar last tu bukan admin punyer….

Cara UpCycle Handfon jadi Survival Tool…

Cool enough said.. Nak TRy test jap….

lolz_01 lolz_02 lolz_03 lolz_04

~OTAK~

SuBahanallah….

otak1otak2

 

Kebesaran Allah…..

Antara Dosa dan Keampunan

Assalamualaikum…

Salam Alik… Selawat dan Salam Keatas junjungan BEsar kita.. rasulullah S.A.W…

entry yang naim tulis kali nie… tentang Taubat dan Dosa…. Dimanakah Penyudahnya..??

Tengah Pagi Yang hening Nie… NAim tak dapat nak lelapkan mata… skang jam Menunjukkan pukul 4.20 pagi…

Hati gundah, mengenangkan berapa banyak dosa yang naim lakukan… takut rasanya nak tidur.. takut tiada lagi esok untukku bertaubat mohon ampun atas Dosa2 yang naim lakukan berulang kali….

images (2)

KAta ustaz… ada satu hadis… Ketika seorang sahabat datang bertanya kepada rasulullah… Bahawa dia telah melakukan suatu dosa…jika dia memohon ampun kepada Allah, Adakah Allah akan Mengampuninya… So, nabi Jawab.. Allah akan MEngampunimu… sahabat tadi bertanya lagi… Ya rasulullah.. jika aku mengulanginya lagi… adakah di ampunkan dosaku.. Nabi menjawab… Ya Allah Akan mengampunkan dosamu… maka Sekali lagi sahabat itu bertanya… jika ku mengulanginya lagi… Nabi Menjawab.. Ya Allah akan mengampunimu… dan jika Ku mengulanginya lagi…. Sekali lagi.. nabi menjawab.. Ya Allah tetap akan mengampunimu…. Sabahat Bertanya tidak puas hati… Ya rasulullah… Sampai bila Allah tetap akan menggampuni Dosa-dosaku jika ku tetap mengulanginya…?? Nabi Menjawab… Sehingga Engkau Jemu Memohon Ampun Kepada Allah… dan Allah Sesekali tidak Jemu Mengampunkanmu… Maka MEnitislah Air mata Sahabat Tadi mendengar jawapan dari Rasulullah S.A.W…

Taubat

Maka naim mengetahui akan hal ini… so, adakah naim akan terus melakukan dosa2 berulang kali dengan niat Allah tetap akan mengampunkannya…?? ya sudah tentu.. kerana Allah itu Maha Pengampun.. Pintu Taubat sentiasa terbuka Luas..

Namun….. Naim perlu ingat… suatu kisah dimana 2 orang hamba Allah, yang seorangnya sepanjang hidupnya sentiasa melakukan amalan ahli neraka.. Namun akhirnya hayatnya teringin melakukan suatu kebaikan dan Allah memasukkannya ke syurga.. dan seorang lagi sepanjang hidupnya sentiasa melakukan amal ahli syurga.. Namun pada akhir hayatnya teringin melakukan maksiat kepada Allah.. MAka Allah masukkannya kedalam neraka…

Apa maknanya yang Ingin Disampaikan….?? Tidak lain Allah nak bagitahu kita yang kita nie tiada masa untuk melakukan dosa dan maksiat kerana bila2 sahaja ajal bakal menjemput kita… dan bila saat itu tertutup sudah pintu taubat… tertolak segala pohon keampunan…

Jadi naim berpesan kepada diri sendiri…. dan sahabat2 yang membaca.. agar sentiasa kita berwaspada dengan gerak-geri kita… Kerana, lahirnya kita tidak dipinta, matinya kita tiada tertunda… semua dalam genggamanNya… Sentiasalah kita berpegang dengan istighfar.. kerana kita tidak sunyi dari melakukan dosa… sedangkan nabi sendiri beristighfar dalam riwayat 70 kali sehari… inikan pula kita hamba yang tidak maksum..

images (1)

Dosa… Memang boleh diampun.. namun Ajal… tidak mengenal santun.. Wallahu a’lam…

p/s : Ya Allah berilah daku kekuatan untuk menempuhi Ujianmu… Aamiin Ya Rabb…

 

Bintang Meletup (video 58 Tahun)

salam alaik sahabat2…. Pernahkah anda mendongak ke langit… melihat bintang2 cerah bergemerlapan… dan bertasbih memuji kebesaran Ilahi akan keindahan malam yang penuh cahaya dari Bintang2….

Tahukah sahabat sekalian bahawasanya.. Bintang2 yang anda lihat itu telah mati…?? 

Iya.. Bintang2 itu telah mati.. dan cahaya yang anda lihat itu adalah masa lalu.. yang mengambil masa untuk sampai ke penglihatan anda mengambil masa berpuluh tahun lamanya.. akibat perjalanan yang terlalu jauh… Sejauh berpuluh Bilion tahun cahaya…jaraknya… jadi Ingin Naim kongsikan satu video yang diambil dari Telescope Isaac Newton dan nordin optical telescope di Spain yang menunjukkan letupan supernova sebuah bintang yang dilihat mengambil masa selama 58 tahun untuk sampai di penglihatan kita.. Imej ini di ambil pada tahun 1901, dan bintang yang meletup itu dinamakan GK Persei yang beribu kali ganda lebih besar dari matahari kita dan jarak letupan sejauh 1300 tahun cahaya dari bumi… Saksikan….Subahanallah…

P/S : Dari seorang Cikgu Physics..

Cantikkah Yang Kau cari..?? (edisi Muhasabah)

Salam alaik… Cantikkah yang kau Cari…??

entry Kali ini Ingin sekali Naim Mengajak sahabat2 dan diri naim sendiri untuk bermuhasabah sebentar… dalam Kreateria mencari pasangan Hidup… adakah Cantik atau Hemsem(bagi Wanita) menjadi kreateria utama bagi kita dalam mencari pasangan Hidup…?

Sudah tentu bagi Lelaki seperti naim tidak terlepas dari memandang kecantikan yang Allah Kurniakan diatas dunia ini berupa makhluk Allah yang dikenali sebagai Wanita.. Sememangnya Kecantikan itu menjadi daya penarik.. Menjadi fitrah kepada semua manusia untuk menjadi cantik.. dilihat cantik…

isteri imam muda hizbur

Isteri Imam Muda Hizbur

Namun begitu kawan2.. adakah cantik di pandangan manusia itu penting..?? bagaimana pula cantik di pandangan Allah…??

Dalam memilih pasangan.. siapa yang tak nak pasangannya cantik dan hemsem.. bayangkan bila sampai hari bersanding.. Orang rmai datang melihat kebahagiaan pasangan masing-masing cantik dan menawan, memukau pandangan umum dan membuatkan pasangan kita jatuh cinta… memang jikalau hendak diukur begitu… semua orang pun nak pasangan mereka cantik.. termasuk la orang yang menulis nie..

namun apa yang dirisaukan adalah…(bagi seorang lelaki atau suami)

1. Kecantikan ISterinya dinikmati oleh lelaki lain. Diidam2 oleh org lain..

2. Kecantikan Isterinya tidak kekal..

3. Cantik luaran sahaja, dalaman hancur..

4. Cantik tu menyebabkan hantaran kawen tinggi, ramai orang berebut..

5. Cantik itu menyebakan isterinya digoda org lain.

6. kecurangan boleh berlaku.

7. dan kerisauan..kerisauan yang lainnya..

208964_492648777419084_1324291069_n

Banyak yang naim teliti, gambar2 pasangan yang berumah tangga.. yang selamat diijabkabulkan.. mempunyai pasangan yang cantik hemsem… namun ianya tidak menjamin keharmonian rumah tangga.. mungkin disebabkan faktor diatas..dan ada juga pasangan(yang cantik dan Hemsem) yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat…dan ke syurga hendaknya…

Jadi naim buat Konklusi sendiri bahawa kecantikan bukan faktor utama untuk kebahagiaan.. namun kecantikan boleh dianggap bonus kepada pasangan tersebut..

486994_485141864864151_1494810639_n

Jadi apakah Faktor utama Penentu Kebahagiaan Yer…??? adakah kecantikan…?? Harta..?? Keturunan.. ?? MAhupun Pangkat…?? apa yang naim lihat, semua itu mampu memberi kebahagiaan.. Kecantikan mampu beri kebahagiaan… Harta mampu beri bahagia.. Keturunan yang baik dipandang mulia.. pangkat yang tinggi dihormati… namun tuan/puan yang mulia sahabat2 yang membaca Blog Naim nie.. adakah itu semua Kekal.. ??? tidak…. bukan.. Semua itu berfungsi hanya ketika berada di dunia… namun hanya satu yang tetap terus kekal memberi kebahagiaan ketika tiada kecantikan untuk di tatap.. ketika tiada harta untuk dibelanjakan, ketika tiada keturunan untuk di banggakan, ketika tiada pangkat untuk dihormati…

itulah  Agama… Ilmu agama itu sendiri…. Yang Menakluk semua aspek kebahagiaan di dunia ini.. mahupun di akhirat sana…

images

Naim pernah terdengar suatu ayat…(Hadis rasanya)  “Allah yang maha penyayang, memberikan rahmatnya kepada semua manusia.. tak kira dia baik ker… dia jahat ker.. dia kafir ker.. dia Islam ker.. dia menteri ker.. dia ustaz ker.. dia apa sekali pun.. Allah tetapi beri segala nikmat padanya… NAmun.. Allah Beri Agama Kepada orang Yang Hanya  Allah Cintai..”….

Maka Sudah tentulah logiknya Beruntunglah Orang yang dicintai Allah.. Kerana Orang yang mempunyai Allah sudah tentu Mempunyai Segalanya…. Sebab itulah.. Jika kita cintakan Kecantikan tidak salah.. Jika KIta tak lupa akan Pencipta Kecantikan itu… Jika kita mahu bercinta juga tidak salah… Yang penting kita tidak lalai mencintai Pencipta Cinta itu sendiri.. iaitu Allah Rabbuljalil…

So KAwan2… Jom pilih… cantik pun kita nAk.. Harta Pun kita NAk.. Keturunan Yang baik pun kita nak.. Tapi kalau semua tu tak da… Cukuplah jika Pasangan kita tu ada Agama… KErana sudah tentu… itu Menjadi Penentu Kebahagian kita di dunia dan akhirat….. Amin Ya rabbb…

p/s : Nak Berumah Tangga… Lelaki jangan Main2…

Previous Older Entries Next Newer Entries

%d bloggers like this: