Alhamdulillah Ya Allah….. (edisi Update 2015)

Bismillahirrahmanirrahim…

Wooowww…. Lama gila tak update status kat Blog nie…. Rasa mcm dah lebih setahun, sejak last update 14 februari 2014.. lamanya jari jemari ini tak menari-nari di papan kekunci ini… mungkin di penghujung tahun 2015 ini dapat aku simpulkan sebagai tahun yang paling rahmat bagiku… Alhamdulillah ya Allah…

large

Sejek kali terakhir blog ini di update… pelbagai peristiwa yang tidak disangka-sangka berlaku dalam hidupku.. rezeki tidak henti2 menjengah ke muka pintu.. sehingga terlupa dalam kesibukkan mencari Sakinah,mawaddah, dan warahmah…

Alhamdulillah… dalam mengulit bahagia saat ini, terlalu banyak kenangan manis yang kini berada dalam lipatan sejarah hidupku… terlalu bnyak sehingga jari yang mula menari-nari ini terus kebas menaip (akibat lama tak Update)…

Biarlah Nukilan Kalam Ar-Rijal Bercherita….

Hidupku berubah 360 darjah semenjak aku mendapat tawaran temuduga menjadi guru Mara….

perjalanan hidupku selepas itu penuh warna warni….

Sehingga aku ketemu seorang bidadari….. Yang merubah hidupku dari warna-warni ke tahap syurga dunia-wi…..

10408558_10205711605215412_1842183888915404806_n

dialah Isteriku… Sang Bidadari…..( Kisah bersambung…)

Mana pi Mufti….?? sengap tak kata apa kaa…?

Bismillahhirahmanirrahim..

Lepaih satu satu… apa nak jadi dengan Malaysia nie agaknya….

Baru2 nie telah dianjurkan suatu seminar pemikiran pikiran Kassim Ahmad : Suatu Penilaian, dimana Dr Kassim Ahmad telah muncul setelah beberapa lama mendiamkan diri .

Pendangan dan pemikirannya yang kontroversi apabila mendakwa Islam yang sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama….

b63ba417efc757a46074ab55899a96e2

Beliau yang bekas ketua parti sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sebelum memasuki umno, kini mengajar umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar… Pendapatnya yang menolak hadis dan pandangan ulama dalam tafsir Al-quran.. tidak dapat diterima akal sama sekali…

Katanya “Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

“Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka,” kata beliau ketika memberi ucapan dalam “Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian” di Putrajaya. – MalaysiaKini.

Beliau juga turut menyatakan, kenapa perlu mendewa-dewakan Nabi Muhammad dalam syahadah dan bahawasanya rambut itu bukan aurat, hujah beliau adalah berdasarkan tafsiran ayat pertama dalam surah Al-Munafiqun.

Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.

Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”.

Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa.

“Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah,” kata beliau. -MalaysiaKini

Dimana Mufti Semuanya… Diam…… senyap seribu bahasa….. adakah sebab Hamba Allah nie…??

1964876_830536443630226_643940836_n

Lebih dukacita beberapa orang mufti dan pemimpin agama yang biasa cepat mengeluarkan pandangan yang melibatkan pembangkang terus diam membisu tidak mengeluarkan kenyataan kecaman sebagaimana biasa.

Apakah ini membuktikan politik melebihi segalanya termasuk isu akidah bagi mereka ini?

Pandangan yang sangat berat mcm nie membuatkan aku rasa geram yang amat… beliau seorang yang sudah berusia… kubur kata mari rumah kata pergi… Namun masih belum sedar Islam tu apa sebenarnya…

Kenyataan beliau bukanlah suatu yang baru, buku beliau yang dahulu pernah diharamkan kerana diyakini boleh membawa kepada terpesongnya akidah…

Melihat latar belakang beliau, pandangannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.

Lantaran itu wujudnya istilah seperti jahil murakab, iaitu seseorang yang tidak menyedari bahawa ia tidak mengetahui. Atau dalam bahasa biasa “dia tidak tahu yang dia tidak tahu.”

Jadi nak Buat apa…??

Pihak berkuasa… yang ada power dalam hal mcm nie.. perlulah bertindak, seperti jabatan kemajuan Islam Malaysia dan Majlis agama Islam negeri agar perkara seperti ini dapat di banteras.. sebelum ianya bertelur dan beranak..

Memang pelik pemikiran beliau, akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi.

Ambil contoh gesaan beliau agar al-Quran ditafsir semula, dan pentafsirannya mestilah berdasarkan al-Quran sahaja, bukan Hadis dan bukan pandangan para sahabat atau para alim ulama.

Persoalannya, kalau beliau menolak Hadis, bagaimana beliau boleh beriman dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan Baginda membacakan al-Quran ini?

Umpamanya, di dalam al-Quran, Allah memerintahkan sujud, bagaimana kita nak tahu cara perbuatan sujud tersebut kalau bukan melalui cara yang ditunjukkan Rasullulah?

Demikian juga puasa, zakat dan seluruh ajaran al-Quran. Kalaulah Rasulullah bukan pentafsir kepada al-Quran, apakah kita lebih layak mentafsirnya?

Kassim Ahmad, dan orang-orang Islam yang lain yang jelas dilihat keliru perlu dipanggil, diperbetulkan dan diberi kefahaman sebenar terhadap kekeliruan tersebut.-MalaysiaKini.

Bagi Aku secara peribadi… perlu ada suatu wacana yang boleh dibahaskan secara ilmiah tentang pemikiran beliau ini, agar dia dapat sedar… semoga hidayah Allah hadir buat kita semuanya…. Wallahu a’lam..

psstt : Hidayah perlu dicari hari2…

Yakin…Tiada cinta Tanpa Akad…..

Cinta tanpa akad hanya dusta…. Membawa kepada hanya keluh kesah….

manis hanya di awal waktu…. keruh dikala sendu…..

Kesakitan yang selama ini ditanggung menjadi sisa-sisa kenangan yang menyakitkan hati dan raga… memakan jiwa… lantas kembali mencari cinta Hakiki..

Syukur kerana masih sempat… masih diberi peluang….

tiada yang dapat ku tuturkan melainkan kata hati yang mencerminkan perbuatanku sekarang…. untuk kembali mencari redha…. kerana selama ini ku alpa dalam dakapan syahdu.. istidraj cinta….

1660513_10152772675284572_1802732195_n

Perlahan-lahan akan ku ubah… langkah kaki yang sasar ini…. ke arah yg lebih terarah… kerana ku lakukan ini demi cinta…. Cinta yang Hakiki… dan demi cinta Manusiawi… suatu masa kelak…. andai bukan sekarang….bila lagi….

296861_10150329452892592_747566151_n

 Cinta hanya menurut Nafsu……. hanya membawa kepada Lesu…

Cinta yang menurut Allah…. Akan membawa kepada Indah…

Cinta……

p/s: betulkan niat… tabahkan hati…

Meski ku rapuh……..

 

Langkah-langkah yang telah ku lalui penuh kerapuhan kepadamu Allah…..

tiada yang mampu ku lakukan melainkan akan kudratMu… tetapi aku tetap lupa akan Mu…..

setiap kali daku berada dalam keadaan untuk memilih… Engkau membimbingku untuk mencari kebaikan.. tetapi nafsuku…. nafsuku mengajakku melakukan kejahatan….

Sungguh…. sungguh rapuh… sungguh lemah….. aku tiada daya… menahan godaan, akan setiap maksiat yang ku lakukan…

Aku bermimpi untuk menjadi hambaMu yang taat… namun ianya tinggal sekadar mimpi-mimpi… Indah…

Aku kembali menjadi JAHIL dalam tahu….. lebih teruk dari jahil tidak mengetahui apa2….

Dalam mencariMu Allah…. aku tahu… engkau tidak pernah berganjak seinci pun dariku… dan aku…. aku yang semakin menjauh… aku semakin jauh… mana erti mencariMu…. ???

kerana aku lupa….. Sepatutnya aku MencariMu….. Tetapi sebaliknya Aku mencari cinta HambaMu yang belum2 tentu menjadi milikku…. sungguh rapuh harapanku… kerana tidak bersandar pada cintaMu dahulu….

Kecewa…. akan diriku… kecewa akan akhlakku.. kecewa… akan keihklasanku..

Hanya ENGKAU TAK PERNAH MENGECEWAKAN ku ALLAH……

Subahanallah…. Alhamdulillah… lailahaillah… Allahuakhbar….

pssttt- Kembali…..

Jodohkan itu suprise Allah… buat manusia..

Assalamualaikum……. jodoh itu rahsia… dan sudah di tentukan….

kita akan rasa gembira dan teruja jika kita menerima hadiah suprise dari kawan-kawan… cuba bayangkan suprise dari Allah… tuhan kita, sudah2 tentu tahap keterujaan dan ke-suprise-asan akan mencapai tahap maksima… namun persoalannya… Adakah kita yakin dengan pilihanNya untuk kita….??

1608705_3930407236374_1102776198_n

Jadi seberapa yakin…. dan seberapa ikhlas… itu yang diukur… jika kita mahukan hati seseorang… mintalah pada Pemilik Hati.. iaitu Sang Pencipta Hati…

Kreatif tahap Gabam, Aquascaping… di pertandingan lanskap akuarium dunia..

Subahanallah…. Maha suci Allah yang menciptakan Manusia.. dan manusia mencipta sesuatu yang indah dari anugerah akal kurniaan Allah….. Memang ohsem.. jom layan gambau2 di bawah…

Desktop548_01 Desktop548_02 Desktop548_03 Desktop548_04 Desktop548_05

nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan….. subahanallah…

Cuti BErsalin…. Negara yang Paling PEduli akan Ibu2…?

Kalau kat Malaysia cuti Ibu bersalin adalah 90 hari gaji berbayar….. Mari bezakan Malaysia dengan Negara2 lain di dunia….. akan keprihatinan kepada Ibu-ibu……

 

61390228585_freesize_01 61390228585_freesize_02

Sumber Astro…

Yeaahah…… Malaysia akhirnya Punyai Adiwira tokuhatsu sendiri…

Dulu masa kecik… (sekarang pun…) layan Kamen Rider… Baja Hitam… Cyber cop…

akhirnya, kini Generasi muda boleh layan Adiwira versi Malaysia…. KOmen………… RYUJIN JUWARA…!!!

 

 

Kalau kat Malaysia terkenal dgn Kangkung… kalau kat Indo… poster pilihan raya yang sangat FACEPALM>>>

KAh kah kah,…. hahahha… Nak kata kreatif ker  mcm mana nie haaaa…. cuba kita try test kat malaysia, coba memvariasikan kempen-kempen di malaysia mcm nie… INdo…

556853_10202511652818602_550308033_n 11-(1)_01 1381672_10202197079674470_725854227_n 11-(1)_02 11-(1)AS_01 11-(1)AS_021466080_10202512963931379_2008641656_n

psssttt- kita terkenal dengan kangkung…….

Bukti bergambaq memakai niqab dan menutup aurat bukan alasan untuk tidak menjadi wanita perkasa..

Bukan Alasan…. sungguh perghh..!!!

mengintip-aksi-polisi-wanita-irak-berjubah-saat-latihan-tembak-001-nfi_01 mengintip-aksi-polisi-wanita-irak-berjubah-saat-latihan-tembak-001-nfi_02 mengintip-aksi-polisi-wanita-irak-berjubah-saat-latihan-tembak-001-nfi_03

psssttt – Hampa jangan dok buat pasai dengan depa naaa….

Previous Older Entries

%d bloggers like this: